CABUTAN SIJIL KEMATIAN
CABUTAN SIJIL KEMATIAN
Permohonan untuk mendapatkan salinan daftar kematian oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran fee yang ditetapkan.
[Seksyen 32, Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang JPN.LM13 dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Pemohonan cabutan kematian boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika bukan warganegara)
2. Surat Rasmi Jabatan untuk memohon carian dalam daftar (bagi permohonan dari Jabatan Kerajaan)
3. Sebarang dokumen atau maklumat yang boleh dijadikan asas membuat cabutan dalam daftar kematian seperti Permit Menguburkan / Laporan Polis
BAYARAN
Bayaran permohonan : RM 5.00
