CABUTAN SIJIL KEMATIAN DI LUAR NEGARA

 
 
CABUTAN SIJIL KEMATIAN DI LUAR NEGARA
 
Permohonan untuk mendapatkan salinan daftar kematian oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran fee yang ditetapkan.
 
[Seksyen 9(1), Akta 152]
 
PROSEDUR PERMOHONAN
 
Pemohon perlu mengisi borang JPN.LM02 dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Permohonan cabutan kematian boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
Nota : Surat Perakuan Pengesahan Kematian akan dikeluarkan kepada pemohon
 
DOKUMEN SOKONGAN
 
1.      Sijil Kematian asal yang dikeluarkan oleh negara berkenaan yang telah diterjemah dalam Bahasa Malaysia/ Inggeris
2.      Dokumen Pengenalan Diri simati
3.      Sijil Kelahiran simati (jika ada)
4.      Dokumen Pengenalan Diri pemohon
5.      Perakuan kematian oleh Suruhanjaya Tinggi / Kedutaan/ Pejabat Konsul Malaysia di negara berkenaan.
 
BAYARAN
 
Tiada bayaran dikenakan.