Mendaftar Kematian Biasa
MENDAFTAR KEMATIAN BIASA
Pemohon daftar kematian biasa adalah kematian yang berlaku di Malaysia dan didaftarkan dari tempoh 7 hari dari tarikh kematian.
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang JPN.LM02 dengan lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan.Pendaftaran kematian boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
DOKUMEN SOKONGAN
-
Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati yang asal
-
Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum
-
Dokumen bukti kematian seperti permit perkuburan
-
Perakuan oleh Pengamal Perubatan mengenai sebab-sebab kematian [Borang JPN.LM09 atau JPN.LM10 (Post Mortem)]
BAYARAN
Bayaran permohonan adalah percuma.
[Seksyen 19, Akta 299]
