MENDAFTAR LEWAT KEMATIAN
MENDAFTAR LEWAT KEMATIAN
Pemohon daftar lewat kematian adalah kematian yang berlaku di Malaysia dan didaftarkan selepas hari ke 14 dari tarikh kematian. Walau bagaimanapun pendaftaran bagi mayat tidak dijumpai TIDAK BOLEH DIDAFTARKAN.
[Seksyen 21, Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang JPN.LM02 dan JPN.LM28 dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Pendaftaran kematian boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia. Permohonan diterima selepas keputusan carian diperolehi (Borang JPN.LM14) kecuali jika kematian berlaku selepas tahun 2003. Walau bagaimanapun pendaftaran bagi mayat tidak dijumpai TIDAK BOLEH DIDAFTARKAN.

DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen pengenalan diri si mati (Jika ada)
2. Dokumen pengenalan diri pemaklum (jika bukan warganegara)
3. Dokumen Perakuan Kematian JPN.LM09/JPN.LM10 (Jika kematian berlaku di hospital)
4. Permit Menguburkan
BAYARAN
· Bayaran Proses:- RM 10.00
· Kompaun tidak melebihi RM 50.00 jika permohonan diluluskan.