MENDAFTAR LAMBAT KEMATIAN

 
 
MENDAFTAR LAMBAT KEMATIAN
 
Pemohon daftar lambat kematian adalah kematian yang berlaku di Malaysia dan didaftarkan dari hari ke-8 hingga 14 dari tarikh kematian. Walau bagaimanapun pendaftaran bagi mayat tidak dijumpai TIDAK BOLEH DIDAFTARKAN.
 
[Seksyen 19, Akta 299]
 
PROSEDUR PERMOHONAN
 
Pemohon perlu mengisi borang JPN.LM02 dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Pendaftaran kematian boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
 
DOKUMEN SOKONGAN
 
1.      Perakuan Kematian JPN.LM09/JPN.LM10 (Jika kematian berlaku di hospital) atau Permit Menguburkan
2.      Dokumen pengenalan diri pemaklum (bukan warganegara)
3.      Dokumen pengenalan diri si mati (Jika ada)
4.      Borang JPN.LM25 / JPN.LM26 jika kad pengenalan / Sijil atau Cabutan Daftar Kelahiran simati tidak diserahkan.
 
BAYARAN
 
Bayaran proses : RM 5.00