Pendaftaran Biasa

 
 
PENDAFTARAN BIASA
 
Permohonan pendaftaran kelahiran biasa bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia dan didaftarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut dan pemaklum mestilah Ibu/bapa/saudara/orang yang mengetahui kelahiran tersebut. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sarawak untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
 
[Seksyen 10, Ordinan Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1951 (Sarawak Cap.10)]
 
PROSEDUR PERMOHONAN

Pemohon perlu mengisi Borang I dan Borang X (Cabutan) dengan lengkap beserta dokumen sokongan.

 
DOKUMEN SOKONGAN
 
1.      Dokumen Pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)
2.      Dokumen Pemeriksaan ibu mengandung
3.      Pengesahan Kelahiran atau kelahiran mati
4.      Dokumen Perkahwinan ibubapa (bagi anak pertama sahaja) – jika berkahwin
 
BAYARAN
 
Tiada bayaran dikenakan.