Pendaftaran Lambat

 
 
PENDAFTARAN LAMBAT
 
Permohonan pendaftaran kelahiran lambat bermaksud pendaftaran yang didaftarkan dalam tempoh 15 hari hingga 42 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut dan kelahiran berlaku di Malaysia. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sarawak untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
 
[Seksyen 18, Ordinan Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1951 (Sarawak Cap.10)]
 
PROSEDUR PERMOHONAN
 
Pemohon perlu mengisi Borang I dan Borang X (Cabutan) dengan lengkap beserta dokumen sokongan.
 
DOKUMEN SOKONGAN
 
1.      Dokumen Pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)
2.      Dokumen Pemeriksaan ibu mengandung
3.      Pengesahan Kelahiran atau kelahiran mati
4.      Dokumen Perkahwinan ibubapa (bagi anak pertama sahaja) – jika berkahwin
 
BAYARAN
 
Bayaran permohonan : RM 5.00