Print Friendly
Kelahiran

Pendaftaran Lewat Kelahiran

borang x-Permohonan Carian/Cabutan

BMK-81-Borang Maklumat Keluarga

BMK-81A-Senarai Gambar Pemohon,Ibu,Bapa dan Adik beradik

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

Pemohonan pendaftaran kelahiran lewat bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Sarawak yang didaftarkan selepas 42 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut. 

KELAYAKAN PEMOHON ATAU PENGANJUR ATAU PEMAKLUM
  1. Ibu atau bapa kandung kanak-kanak;
  2. Jika bapa kandung tidak diperolehi, ibu atau seorang penganjur yang mengetahui mengenai kelahiran yang umurnya 10 tahun lebih tua daripada kanak-kanak;
  3. Jika bapa tidak diperolehi dan ibu telah meninggal dunia, permohonan boleh dibuat oleh dua (2) orang penganjur yang mengetahui mengenai kanak-kanak tersebut dan masing-masing berumur 21 tahun dan ke atas di mana perbezaan umur sekurang-kurangnya 15 tahun lebih tua daripada kanak-kanak;
  4. Jika kanak-kanak yang baru dilahirkan hidup dan terdedah dan kelahirannya tidak didaftarkan, permohonan boleh dikemukakan oleh dua (2) orang penganjur yang merupakan Pegawai Kebajikan Masyarakat atau orang yang diberi hak penjagaan kanak-kanak mengikut AKta Perlindungan Kanak-Kanak 1991;

Pemohonan pendaftaran lewat kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN Sarawak yang berhampiran dengan tempat tinggal pemohon dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)
  1. Borang I – Daftar Kelahiran
  2. Borang X – Carian/Cabutan Daftar Kelahiran.
  3. Surat pengesahan kelahiran oleh Tuai Rumah/Ketua Kampung/Kapitan/Penghulu (Borang SPK)
  4. Surat pengesahan kelahiran oleh Bidan (Borang SPB)
  5. Salinan kad pengenalan atau salinan sijil kematian (jika bidan telah meninggal dunia) Tuai Rumah dan Bidan 
  6. Gambar berukuran passport (terkini) pemohon
  7. Cabutan Daftar Sekolah atau Sijil Persekolahan berserta pengesahan oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah jika kanak-kanak bersekolah dan berumur tujuh (7) tahun ke atas atau Surat Akuan Kanak-Kanak Tidak Pernah Bersekolah perlu diisi oleh Penghulu atau Ketua Kaum atau Ahli Parlimen atau ADUN dalam kawasan di mana kanak-kanak tinggal dan kanak-kanak berumur tujuh (7) tahun ke atas.
 
DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN) 
  1. Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport (ibu bapa kanak-kanak atau pemaklum atau saksi atau penganjur) atau Sijil Kematian ibu bapa kanak-kanak (asal dan  salinan);
  2. Sijil Perkahwinan atau Sijil Perceraian (asal dan salinan);
  3. Gambar Terkini Ukuran Pasport ibu dan bapa (satu (1) keping);
 
DOKUMEN ADIK BERADIK (ASAL DAN SALINAN)
  1. Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak jika ada (asal dan salinan); 
  2. Gambar Terkini Ukuran Pasport adik-beradik kandung seibu sebapa (satu (1) keping);
  3. Borang Maklumat Keluarga BMK81 dan BMK81A;
 
DOKUMEN PENGANJUR (ASAL DAN SALINAN)
  1. Akuan Sumpah Berkanun SA-81 bagi dua (2) orang penganjur yang mengetahui tentang kelahiran;
  2. Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport atau Sijil Kematian pemaklum atau saksi atau penganjur (asal dan salinan);
DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)
  1. Borang I – Daftar Kelahiran
  2. Borang X – Carian/Cabutan Daftar Kelahiran.
  3. Kad Pranatal atau Rawatan Mengandung, Kad Kesihatan & Imunisasi Kanak-Kanak, Surat Akuan Bidan atau Doktor (asal dan salinan).
  4. Discharge Summary (asal dan salinan) 
  5. Gambar berukuran passport (terkini) pemohon
  6. Cabutan Daftar Sekolah atau Sijil Persekolahan berserta pengesahan oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah jika kanak-kanak bersekolah dan berumur tujuh (7) tahun ke atas atau Surat Akuan Kanak-Kanak Tidak Pernah Bersekolah perlu diisi oleh Penghulu atau Ketua Kaum atau Ahli Parlimen atau ADUN dalam kawasan di mana kanak-kanak tinggal dan kanak-kanak berumur tujuh (7) tahun ke atas.
 
DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN) 
  1. Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport (ibu bapa kanak-kanak atau pemaklum atau saksi atau penganjur) atau Sijil Kematian ibu bapa kanak-kanak (asal dan salinan);
  2. Sijil Perkahwinan atau Sijil Perceraian(asal dan salinan);
  3. Gambar Terkini Ukuran Pasport ibu dan bapa (satu (1) keping);
 
DOKUMEN ADIK BERADIK (ASAL DAN SALINAN)
  1. Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak jika ada (asal dan salinan); 
  2. Gambar Terkini Ukuran Pasport adik-beradik kandung seibu sebapa (satu (1) keping);
  3. Borang Maklumat Keluarga BMK81 dan BMK81A;
 
DOKUMEN PENGANJUR (ASAL DAN SALINAN)
  1. Akuan Sumpah Berkanun SA-81 bagi dua (2) orang penganjur yang mengetahui tentang kelahiran;
  2. Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport atau Sijil Kematian pemaklum atau saksi atau penganjur (asal dan salinan);

Bayaran proses RM 10.00