Pendaftaran Perkahwinan Berlesen Bagi Pemohon Bukan Beragama Islam
PENDAFTARAN PERKAHWINAN BAGI PEMOHON BUKAN BERAGAMA ISLAM [PERMOHONAN PENDAFTARAN LESEN KHAS].
- Pasangan wajib hadir ke kaunter JPN semasa permohonan dan pendaftaran perkahwinan.
- Tempat permohonan adalah berdasarkan kepada alamat yang tertera dalam MyKad (warganegara) dan alamat tempat tinggal di Malaysia(bukan warganegara).
- Jenis-jenis lesen :-
- Borang Permohonan Lesen Bagi Pihak-Pihak Yang Mempunyai Tali Persaudaraan Yang Dilarang - Borang JPN.KC01A
- Fi adalah RM2.00.
- Borang Persetujuan Perkahwinan Bagi Seseorang Yang telah Genap 18 tahun Tetapi Belum Genap 21 Tahun - Borang JPN.KC01B
- Percuma.
- Borang Permohonan Lesen Perkahwinan Tanpa Memerlukan Pemberitahuan Perkahwinan Dan Perakuan Untuk Perkahwinan - Borang JPN.KC01C
- Fi adalah RM100.00.
- Borang Permohonan Lesen Bagi Perempuan Berumur Di Bawah 18 Tahun Tetapi Telah Genap 16 Tahun - Borang JPN.KC01D
- Fi adalah RM10.00.
- Borang Permohonan Lesen Untuk Mengupacarakan Perkahwinan Di Suatu Tempat Lain Daripada Pejabat Pendaftar - JPN.KC01E
- Fi adalah RM500.00
- Borang Permohonan Lesen Bagi Pihak-Pihak Yang Mempunyai Tali Persaudaraan Yang Dilarang - Borang JPN.KC01A
- Tempoh sahlaku bagi Lesen JPN.KC01C, JPN.01D dan JPN.KC01E adalah sebulan dari tarikh kelulusan.
- Dokumen-dokumen sokongan:-
- MyKad ASAL bagi warganegara.
- Pasport ASAL dan salinan fotostat maklumat diri serta tarikh ketibaan terkini ke Malaysia bagi bukan warganegara.
- Satu (1) keping gambar berwarna ukuran (32mm X 38mm)/pasport berlatar belakang BIRU bagi setiap pemohon.
- Jika berkaitan, pemohon bertaraf Duda/Janda - Dekri Nisi Mutlak ASAL wajib dikemukakan.
- Jika berkaitan, pemohon bertaraf Duda/Balu - Daftar Kematian ASAL wajib dikemukakan.
- Bagi pemohon bukan warganegara - Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan dari negara pemohon yang telah disahkan oleh pihak perwakilan Malaysia di negara pemohon ATAU kedutaan negara pemohon di Malaysia seterusnya disahkan oleh Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) di Putrajaya, Kuching atau Kota Kinabalu. Selepas itu, pemohon perlu membawa Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan dan dokumen sokongan yang lain serta pasport ASAL ke Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, Ibu Pejabat JPN, Putrajaya untuk mendapatkan surat kelulusan berkahwin di negeri yang berkenaan.
- Bagi pemohonan JPN.KC01B, sila kemukakan Daftar Kelahiran ASAL pemohon dan Dekri Nisi serta Perintah Penjagaan Anak, Daftar Kematian Ibu dan Bapa jika berkaitan:-
- Bapa kandung/bapa angkat mati.
- Ibu kandung/ibu angkat boleh memberikan kebenaran.
- Jika kedua-dua ibu bapa kandung/ibu bapa angkat telah mati, penjaganya.
- Jika semua mati, perintah mahkamah perlu dikemukakan.
- Borang Permohonan Pemberitahuan, Perkahwinan Dan Akuan Berkanun/Bertulis - JPN.KC02.
- Bayaran:-
- Perakuan
- Fi adalah RM10.00 (jika berkaitan).
- Daftar Perkahwinan
- Fi adalah RM20.00.
- Perakuan
