Pendaftaran Perkahwinan Bagi Pemohon Bukan Beragama Islam
PENDAFTARAN PERKAHWINAN BAGI PEMOHON BUKAN BERAGAMA ISLAM [PERMOHONAN PENDAFTARAN BIASA]
- Pasangan wajib hadir ke kaunter Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)/Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara semasa permohonan dan pendaftaran perkahwinan.
- Tempat permohonan adalah berdasarkan kepada alamat yang tertera dalam MyKad (warganegara) dan alamat tempat tinggal di Malaysia(bukan warganegara).
- Pemohon hendaklah bermastautin di daerah perkahwinan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum membuat permohonan pendaftaran perkahwinan di pejabat JPN yang berkenaan.
- Pengupacaraan perkahwinan akan dilakukan selepas 21 hari tetapi tidak melebihi tempoh 6 bulan daripada tarikh permohonan.
- Pemohon yang berumur di bawah 21 tahun, sila rujuk kepada prosedur pendaftaran perkahwinan berlesen (Kahwin Berlesen).
- Dokumen-dokumen sokongan :-
- MyKad ASAL bagi warganegara.
- Pasport ASAL dan salinan fotostat maklumat diri serta tarikh ketibaan terkini ke Malaysia bagi bukan warganegara.
- Satu (1) keping gambar berwarna ukuran (32mm X 38mm)/pasport berlatar belakang BIRU bagi setiap pemohon.
- Jika berkaitan, pemohon bertaraf Duda/Janda - Dekri Nisi Mutlak ASAL wajib dikemukakan.
- Jika berkaitan, pemohon bertaraf Duda/Balu - Daftar Kematian ASAL wajib dikemukakan.
- Bagi pemohon bukan warganegara - Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan dari negara pemohon yang telah disahkan oleh pihak perwakilan Malaysia di negara pemohon ATAU kedutaan negara pemohon di Malaysia seterusnya disahkan oleh Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) di Putrajaya, Kuching atau Kota Kinabalu. Selepas itu, pemohon perlu membawa Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan dan dokumen sokongan yang lain serta pasport ASAL ke Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, Ibu Pejabat JPN Putrajaya untuk mendapatkan surat kelulusan berkahwin di negeri yang berkenaan.
- Borang Permohonan Pemberitahuan, Perkahwinan Dan Akuan Berkanun/Bertulis – Borang JPN.KC02.
- Bayaran:-
- Perakuan.
- Fi adalah RM10.00.
- Daftar Perkahwinan.
- Fi adalah RM20.00.
- Fi adalah RM20.00.
- Perakuan.
|
|||||||||
