Pendaftaran Lewat

 
 
PENDAFTARAN LEWAT
 
Pemohonan pendaftaran kelahiran lewat bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia yang didaftarkan selepas 42 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.
 
[Seksyen 24(1), Ordinan Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1951 (Sarawak Cap.10)]
 
PROSEDUR PERMOHONAN
 
Pemohonan pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia dengan mengemukakan Borang I yang lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan. Jikalau ibubapanya telah meninggal dunia, mana-mana orang yang mengetahui kelahirannya yang sekurang-kurangnya berumur 10 tahun atau lebih tua dari pemohon. Bagaimanapun permohonan akan dipanjangkan ke Sarawak untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
Setiap permohonan yang dibuat akan diterima selepas keputusan carian diperolehi dengan menggunakan borang Borang X (Cabutan).
  
DOKUMEN SOKONGAN
 
1.      Dokumen Pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)
2.      Kad/Buku Pemeriksaan ibu mengandung (jika ada)
3.      Borang Pengesahan Kelahiran atau kelahiran mati (jika ada)
4.      Dokumen Perkahwinan (jika ada)
5.      Surat Akuan Berkanun Permohonan Pendaftaran Lewat Kelahiran SA81
6.      Borang Maklumat Keluarga – BMK81
7.      Senarai Gambar-gambar Bapa, Ibu dan Adik-Beradik – BMK81A
8.      Cabutan dari Sijil Kelahiran Borang XII
 
BAYARAN

Bayaran proses : RM10.00