Piagam Pelanggan Bahagian Perkahwinan & Penceraian

BIL
PIAGAM PELANGGAN TEMPOH PERMOHONAN DI PROSES

1.

 

 

Pengupacaraan Perkahwinan

 

Pengupacaraan dan pendaftaran perkahwinan diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi tempoh berikut dari masa surat temujanji pengupacaraan diterima daripada pasangan di kaunter pejabat JPNM.

 

 20 minit

2.

 

 

 

 

Pendaftaran Perkahwinan Yang Telah Diupacarakan Di Luar Negera Mengikut Adat/ Agama Sebelum 1.3.1982

Permohonan yang lengkap bagi mendaftarkan perkahwinan yang telah dilangsungkan di luar negara atau perkahwinan yang diupacarakan mengikut adat atau agama sebelum tarikh kuatkuasa Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (1.2.1882) akan diproses dan didaftarkan pada hari yang sama di kaunter pejabat JPNM. 

 1 hari

3.

 

 

 

 

 

 

Cabutan Daftar Perkahwinan

Permohonan lengkap untuk cabutan Daftar Perkahwinan diterima, diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan diterima di pejabat JPNM berkenaan:

 
 a) Bagi data perkahwinan yang telah dikemaskini dalam sistem      komputer  20 minit
 b) Bagi data perkahwinan yang belum dikemaskini dalam sistem      komputer  7 hari bekerja
 c) Permohonan Diterima Melalui Pos akan diposkan semula      kepada pemohon  7 hari bekerja

4.

 

 

 

 

Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan (Dalam/Luar Negara)

Permohonan Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tempoh permohonan yang lengkap diterima di kaunter atau melalui pos di mana-mana Pejabat JPN

 
 a) Permohonan Diterima Di Kaunter  1 jam
 b) Permohonan yang diterima melalui Pos akan diposkan semula      kepada pemohon  7 hari bekerja

5. 

 

 

 

Tribunal Perkahwinan

Tribunal Perkahwinan perlu meneylesaikan sesuatu kesulitan hal ehwal perkahwinan dalam temph berikut dari tarikh rujukan dibuat di kaunter pejabat JPNM seperti yang termaktub dalam Seksyen 106(5) (a) Akta membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976

 6 bulan

6.

 

  

Perkahwinan Di Bawah Lesen Khas Setelah Diluluskan oleh Menteri Besar / Ketua Menteri

Permohonan lesen untuk pendaftaran perkahwinan di bawah lesen-lesen khas diterima, setelah diluluskan oleh Menteri Besar / Ketua Menteri diproses dan diselesaikan oleh pihak yang berkuasa

 7 hari bekerja
Tarikh Akhir Kemaskini pada 13 Ogos 2010


KELULUSAN LESEN KHAS BAGI PENDAFTARAN PERKAHWINAN (SEKSYEN 21)
PERMOHONAN UNTUK PENDAFTARAN PERKAHWINAN DI BAWAH LESSEN-LESEN KHAS DITERIMA, DIPROSES DAN DISELESAIKAN OLEH PIHAK YANG BERKUASA UNTUK MELULUSKAN DALAM TEMPOH BERIKUT:- 

NEGERI

KUASA MELULUS

TEMPOH

Johor

Pejabat Menteri Besar Johor
Johor Bahru
@
Pengarah JPN Johor, Johor Bahru

3 hari bekerja

Kedah

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Alor Setar, Kedah
@
Pejabat Daerah Langkawi , Kedah

7 hari bekerja


Kelantan

Pejabat Menteri Besar Kelantan,
Kota Bahru

7 hari bekerja

Melaka

Pejabat Ketua Menteri Melaka
Ayer Keroh
@
Pengarah JPN Melaka, Ayer Keroh

3 hari bekerja

Negeri Sembilan

Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan, Seremban
@
Pengarah JPN Negeri Sembilan
Seremban
[* Sekiranya diturunkan kuasa sementara oleh Menteri Besar Negeri Sembilan]

 

7 hari bekerja

 

Pahang

Pejabat Menteri Besar Pahang
Kuantan
@ Pengarah JPN Pahang, Kuantan

3 hari bekerja

Perak

Pejabat Menteri Besar Perak
Ipoh
@ Pengarah JPN Perak, Ipoh

3 hari bekerja

Pulau Pinang

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang
Georgetown
@
Pengarah JPN Pulau Pinang,
Georgetown

3 hari bekerja

Terengganu

Pejabat Menteri Besar Terengganu Kuala Terengganu
@
Pengarah JPN Terengganu
Kuala Terengganu

3 hari bekerja


Sabah

Pengarah JPN Sabah, Kota Kinabalu

3 hari bekerja

Sarawak

Pejabat Residensi

3 hari bekerja

Selangor

Pejabat Menteri Besar Selangor
Shah Alam
@
Pengarah JPN Selangor, Shah Alam

3 hari bekerja

Wilayah Persekutuan Putrajaya

Pengarah Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, Ibupejabat JPNM,Putrajaya

3 hari bekerja

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pengarah Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, Ibupejabat JPNM,Putrajaya
@
Pengarah JPN W.P. Kuala Lumpur

3 hari bekerja

Wilayah Persekutuan Labuan

Pengarah JPN Sabah, Kota Kinabalu

3 hari bekerja

Tarikh Akhir Kemaskini pada 13 Ogos 2010