Piagam Pelanggan Kewarganegaraan
|
BIL. |
JENIS PERMOHONAN |
TEMPOH PERMOHONAN DIPROSES |
|
1.
|
Permohonan Lengkap Pengesahan Taraf Warganegara Permohonan Pengesahan Taraf Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya |
6 bulan |
|
2.
|
Permohonan Warganegara Permohonan untuk menjadi Warganegara Malaysia diproses dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat sebelum dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri untuk keputusan. Nota: Tempoh 12 bulan tidak termasuk kes-kes yang perlu dirujuk kepada agensi-agensi lain dan tempoh untuk mendapat keputusan dari Kementerian Dalam Negeri serta proses pengeluaran Sijil.
|
12 bulan |
|
3.
|
Permohonan Lengkap Pelepashakan Kewarganegaraan a) Permohonan Pendaftaran Akuan Pelepasan Kewarganegaraan yang diterima di kaunter Ibu Pejabat JPN Putrajaya, diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima. |
14 hari bekerja |
|
b) Permohonan Pelepasan / Penolakan Kewarganegaraan yang diterima di Konsul di luar Negeri dan JPN Ibu Negeri diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya |
30 hari bekerja |
|
|
4.
|
Gantian Sijil Warganegara Permohonan gantian Sijil Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya. |
14 hari bekerja |
|
5.
|
Cabutan Sijil Warganegara Permohonan cabutan Sijil Warganegera diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya. |
5 hari bekerja |
|
6.
|
Carian Sijil Warganegara Permohonan keputusan carian Sijil Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya. |
7 hari bekerja |
|
7.
|
Salinan Sah Sijil Warganegara Permohonan salinan sah Sijil Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya. |
3 hari bekerja |
|
8.
|
Pindaan Butiran Sijil Warganegara Permohonan pindaan butiran Sijil Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya. |
14 hari bekerja |
|
9.
|
Cabutan Sijil W (Kelahiran Luar Negara) Permohonan cabutan Sijil W bagi kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara diproses dan diselesaikan dari tarikh permohonan lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya. |
1 hari bekerja |





