Penjelasan Dasar
Selaras dengan visi Jabatan untuk menjadi 'Jabatan pekhidmatan kaunter terbaik di dunia', JPN sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan. Menepati dasar ini juga, JPN menganggap setiap pelanggan yang datang berurusan adalah tetamu yang perlu diberi layanan sewajarnya. Komitmen untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan yang terbaik ini dimenifistasikan dalam setiap urusan dengan pelanggan sama ada dalam bentuk kualiti layanan, kemudahan, kategori pelanggan yang diberikan perkhidmatan dan sistem serta prosedur.
Untuk menghasilkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan, JPN secara berterusan berusaha menerapkan budaya kerja kelas pertama di kalangan anggota. Secara holistik, budaya kelas pertama yang diterapkan ini bukan terbatas kepada kemudahan dan peralatan yang disediakan, tetapi pembentukan minda anggota yang sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan yang menjangkaui ekspektasi pelanggan.
