| |
LAMAN UTAMA

Privasi Anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan
dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya
anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat
peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi
awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan
dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang
memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman
web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.
Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web
yang Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi
ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan
bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar
privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti
dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di
halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas
kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam
keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang
lain.

Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk
melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan
yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Keselamatan
Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi
dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai
|