Dasar Agensi
Visi Jangka Pendek:
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Sebagai Jabatan Perkhidmatan Kaunter Terbaik Dalam Perkhidmatan Awam
Visi Jangka Panjang:
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Sebagai Jabatan Perkhidmatan Kaunter Terbaik Di Dunia
Misi:
Mendaftar, menyelenggara, menyimpan dan mengeluarkan rekod pengenalan diri yang sahih bagi semua penduduk negara serta memberi perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra pelanggan demi keselamatan dan kesejahteraan negara.
Objektif:
Mengumpul dan menyelenggara rekod-rekod Kelahiran, Kematian, Anak Angkat, kad Pengenalan, Perkahwinan dan Perceraian serta Warganegara bagi semua penduduk Malaysia untuk memenuhi keperluan keselamatan dan pembangunan negara.
-
Mengumpul, menyatupadu dan mendaftar maklumat penting perseorangan;
-
Mengeluarkan sijil pendaftaran;
-
Menjaga rekod pendaftaran kekal; dan
-
Menguatkuasakan akta, Ordinan dan Peraturan Pendaftaran
JABATAN PENDAFTARAN NEGARA
BERKHIDMAT KEPADA WATAN DAN BANGSA
UNTUK MENDAFTAR PERISTIWA PENTING
KESEJAHTERAAN RAKYAT TERGEMBELING
AMANAH, CEKAP DAN MESRA
FALSAFAH DAN JUGA AMALAN KITA
MELAYANI RAKYAT YANG BERKUNJUNG
DISAMBUT HORMAT DAN DISANJUNG
KORUS:
DALAM PEMBANGUNAN NEGARA
PERANAN KAMI TURUT DIHARGA
KUMPUL DATA UNTUK PERANCANGAN
DISUSUN TANPA KERAGUAN
IKRAR JABATAN PENDAFTARAN NEGARA MALAYSIA
BAHAWA KAMI WARGA JPN
BERIKRA, AKAN SENTIASA,
MENJALANKAN TUGAS-TUGAS,
DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH
ADIL DAN SAKSAMA, SERTA RAJIN
DAN BERDISIPLIN,
BAGI MENCAPAI WAWASAN JPN DAN NEGARA






