Perutusan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara

 

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Portal rasmi Jabatan Pendaftaran Negara ini dibina sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan agensi-agensi kerajaan secara dengan mudah dan cepat melalui penggunaan teknologi maklumat yang terkini. Portal ini mengandungi semua maklumat mengenai JPN khususnya teras perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan ini berkaitan dengan MyKad, pendaftaran kelahiran, pendaftaran kematian, pengambilan anak angkat, perkahwinan bukan Islam dan permohonan kewarganegaraan.

Saya mengambil kesempatan ini memaklumkan bahawa jabatan ini sentiasa berusaha membuat inovasi dan penambahbaikan dalam sistem penyampaian perkhidmatan seiring dengan konsep “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”. Penambahbaikan terkini jabatan ini ialah tempoh masa permohonan baru MyKad dapat dilaksanakan dalam tempoh 1Hari di JPN Kuching, Sarawak iaitu mulai bulan Mac, gantian MyKad  1 Hari di JPN Putrajaya dan MyKid Ekspres yang dikeluarkan serentak dengan sijil kelahiran kanak-kanak.

Saya amat berharap portal ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh anda sekalian. Terima kasih kerana melayari portal JPN.

Salam 1Malaysia.

Dato’ Alwi Bin Hj. Ibrahim
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara