Membetulkan Kesilapan Maklumat Sijil Kematian
PERMOHONAN MEMBETULKAN KESILAPAN PERKERANIAN
Permohonan untuk membetulkan kesilapan kecil dilakukan oleh Pendaftar yang cuma melibatkan ejaan yang jika dibetulkan tidak mengubah fakta di dalam Sijil Kematian.
[Seksyen 31(2), Ordinan Sabah,Cap.123]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang Borang PSB 4 & borang PSB 4A dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Pemohon adalah 2 orang waris terdekat si mati. Pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen pengenalan diri ibubapa (jika bukan warganegara)
2. Dokumen pengenalan diri penjaga (jika bukan warganegara) yang dibuktikan dengan Surat Kebenaran Penjagaan dari JKM
3. Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan pindaan
4. Dokumen pengenalan diri pemohon (jika bukan warganegara) yang melebihi 21 tahun
5. Dokumen pengenalan diri waris simati/pemohon (jika bukan warganegara)
6. Dokumen lain yang membuktikan kesilapan
BAYARAN
· RM 5.00 - Bayaran permohonan
· RM 10.00 - Kelulusan
