Cabutan Sijil Kematian
CABUTAN SIJIL KEMATIAN
Permohonan untuk mendapatkan salinan daftar kematian oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran fee yang ditetapkan.
[Seksyen 31(2), Ordinan Sabah,Cap.123]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi Borang P dan Borang N2 dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sabah untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika bukan warganegara)
2. Surat Rasmi Jabatan untuk memohon carian dalam daftar (bagi permohonan dari Jabatan Kerajaan)
3. Sebarang dokumen atau maklumat yang boleh dijadikan asas membuat cabutan dalam daftar kematian seperti Permit Menguburkan / Laporan Polis
BAYARAN
Bayaran permohonan : RM 5.00
