Pendaftaran Lewat Kematian

PENDAFTARAN LEWAT KEMATIAN
 
Pemohon mendaftarkan kematian selepas tamat tempoh 24 jam sehingga 10 hari berikutnya dari tarikh kematian dan pemaklum mestilah Ibu/bapa/saudara/orang yang mengetahui tentang kematian tersebut. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sabah untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
 
 [Seksyen 22), Ordinan Sabah,Cap.123]
 
PROSEDUR PERMOHONAN
 
Pemohon perlu mengisi Borang B dan Borang N2 (Cabutan) dengan lengkap beserta dokumen sokongan.
 
DOKUMEN SOKONGAN  
 
1.      Dokumen Pengenalan Diri simati
2.      Dokumen pengenalan Diri Pemaklum (jika buka warganegara)
3.      Permit Menguburkan
4.      Laporan Polis bagi kematian yang berlaku di rumah
5.      Keterangan Ketua Anak Negeri/Ketua Kampung dan Akuan Saksi
 
BAYARAN
 
Bayaran: RM 10.00