Membetulkan kesilapan maklumat Sijil Kematian

PINDAAN BUTIRAN KEMATIAN
 
i. PERMOHONAN MEMBETULKAN KESILAPAN PERKERANIAN
 
Permohonan tersebut mestilah pembetulan ke atas kesilapan butir-butir di dalam daftar kematian yang dikategorikan sebagai kesilapan perkeranian. Pemohon mestilah Ibu / bapa / anak / adik-beradik / isteri / suami. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sarawak untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
 
Seksyen 25(2), Ordinan Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1951 (Sarawak Cap.10)
 
PROSEDUR PERMOHONAN 
 
Pemohon perlu mengisi borang Borang X1 dan JPN.LM21 dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
 
DOKUMEN SOKONGAN
 
1.      Dokumen pengenalan diri ibubapa (jika bukan warganegara)
2.      Dokumen pengenalan diri penjaga (jika bukan warganegara) yang dibuktikan dengan Surat Kebenaran Penjagaan dari JKM
3.      Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan pindaan
4.      Dokumen pengenalan diri pemohon (jika bukan warganegara) yang melebihi 21 tahun
5.      Dokumen pengenalan diri waris simati/pemohon (jika bukan warganegara)
6.      Dokumen lain yang membuktikan kesilapan
 
BAYARAN
 
·         RM 2.00 - Bayaran proses
·         RM 5.00 - kelulusan
·         RM 5.00 - cabutan baru sijil kematian
 
ii. PERMOHONAN MEMBETULKAN KESILAPAN FAKTA
 
Permohonan untuk membetulkan kesilapan fakta di mana maklumat selain dari nama simati yang diberi pemaklum semasa pendaftaran kematian tidak betul atau tidak diperolehi. Pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan untuk membuktikan kesilapan fakta tersebut.
 
PROSEDUR PERMOHONAN
 
Pemohon perlu mengisi borang Borang X1, Surat Akuan Sumpah SA/81 (jika perlu) dan JPN.LM21 dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
 
Seksyen 25(3), Ordinan Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1951 (Sarawak Cap.10).