Cabutan Sijil Kematian

CABUTAN SIJIL KEMATIAN
 
Permohonan cabutan sijil kematian bagi pemilik daftar yang belum dikeluarkan dengan sijil kematian/permohonan gantian bagi sijil yang rosak/hilang. Pemohon hendaklah waris si mati/isteri/suami/anak/syarikat guaman. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sarawak untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
 
[Seksyen 26, Ordinan Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1951 (Sarawak Cap.10]
 
PROSEDUR PERMOHONAN
 
Pemohon perlu mengisi Borang X1 dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
 
DOKUMEN SOKONGAN
 
1.      Dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika bukan warganegara)
2.      Surat Rasmi Jabatan untuk memohon carian dalam daftar (bagi permohonan dari Jabatan Kerajaan)
3.      Sebarang dokumen atau maklumat yang boleh dijadikan asas membuat cabutan dalam daftar kematian seperti Permit Menguburkan / Laporan Polis
 
BAYARAN
 
·         Percuma - Cabutan pertama
·         RM5.00    - Cabutan kedua dan seterusnya