Pendaftaran Biasa Kematian
PENDAFTARAN BIASA KEMATIAN
Pemohon perlu mendaftarkan kematian dalam tempoh 24 jam dari tarikh kematian dan pemaklum mestilah keluarga terdekat simati (Ibu/bapa/anak/adik-beradik/isteri/suami). Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sarawak untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
Seksyen 15(1) dan (2), Ordinan Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1951 (Sarawak Cap.10]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi Borang III dan Borang XI dengan lengkap beserta dokumen sokongan.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Pengesahan Ketua Masyarakat/Kaum bagi Sarawak
2. Laporan Polis bagi kematian yang berlaku di rumah
3. Borang VIII (Medical Certificate of The Cause of Death)
4. Borang IX (After Post-Mortem)
5. Dokumen Pengenalan diri bagi pemaklum atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)
6. Dokumen Pengenalan Diri simati
7. Laporan Polis jika kad pengenalan/Sijil atau Cabutan Daftar Kelahiran Simati tidak diserahkan
BAYARAN
Tiada bayaran dikenakan.
