Pendaftaran Lambat Kematian

PENDAFTARAN LAMBAT KEMATIAN
 
Pemohon mendaftarkan kematian selepas tamat tempoh 24 jam sehingga 7 hari berikutnya dari tarikh kematian dan pemaklum mestilah keluarga terdekat simati (Ibu/bapa/anak/adik-beradik/isteri/suami). Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sarawak untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
 
Seksyen 15(1) dan (2), Ordinan Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1951 (Sarawak Cap.10]
 
PROSEDUR PERMOHONAN
 
Pemohon perlu mengisi Borang III dan Borang XI dengan lengkap beserta dokumen sokongan.
 
DOKUMEN SOKONGAN  
 
1.      Pengesahan Ketua Masyarakat/Kaum bagi Sarawak
2.      Borang VIII (Medical Certificate of The Cause of Death)
3.      Borang IX (After Post-Mortem)
4.      Dokumen Pengenalan diri bagi pemaklum atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)
5.      Dokumen Pengenalan Diri simati
6.      Laporan Polis jika kad pengenalan/Sijil atau Cabutan Daftar Kelahiran Simati tidak diserahkan
 
BAYARAN
 
Bayaran: RM 5.00