Sebelum Merdeka

PERMOHONAN TARAF KEWARGANEGARAAN DI BAWAH PERKARA 16 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN – SEORANG YANG LAHIR DI PERSEKUTUAN SEBELUM HARI MERDEKA, 31 OGOS 1957)

PENERANGAN PERMOHONAN
Untuk mendaftar sebagai warganegara Malaysia oleh seseorang yang berumur 18 tahun ke atas yang dilahirkan dalam Persekutuan sebelum Hari Merdeka.
SYARAT PERMOHONAN

  • Pemohon hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara/Penolong Pendaftar semasa mengemukakan permohonan.
  • Pemohon hendaklah dilahirkan dalam Persekutuan sebelun Hari Merdeka (tidak termasuk Sabah dan Sarawak).
  • Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas pada tarikh permohonan.
  • Pemohon telah bermastautin dalam Persekutuan dalam tempoh 7 tahun terdahulu tidak kurang daripada 5 tahun daripada dan hingga tarikh permohonan dikemukakan.
  • Pemohon berniat untuk bermastautin dalam Persekutuan
  • Pemohon bekelakuan baik.
  • Pemohon mempunyai pengetahuan asas Bahasa Melayu .
  • Mengisi Borang A dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen sokongan.

PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon dikehendaki hadir ke Kaunter Bahagian Kewargaanegaraan Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN / JPN Cawangan dan membawa bersama dokumen-dokumen asal beserta salinan fotostat seperti berikut.

DOKUMEN SOKONGAN

  • Kad pengenalan pemohon
  • Sijil Kelahiran terbaru pemohon
  • Dokumen perjalanan pemohon
  • Dokumen perkahwinan pemohon
  • Cabutan Butir-butir dari Daftar Kad Pengenalan pemohon
  • Kad pengenalan ibu bapa (jika ada)
  • Sijil Kewarganegaraan ibu bapa (jika ada)
  • Kad Pengenalan isteri/anak-anak (jika ada)
  • Sijil Kelahiran anak-anak (jika ada)
  • 3 keping gambar warna sabjek berukuran pasport

BAYARAN

RM10.00 bayaran permohonan.

Nota: Semua salinan fotostat dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4

Makluman: Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal yang bercetak.  Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat setiap Negeri.  Kecuali permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pendaftaran Pelepashakan kewarganegaraan borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.