Kelahiran

Ibu/bapa, pemilik Sijil Kelahiran atau wakil yang sah (waris/peguam) boleh memohon Cabutan Sijil Kelahiran dengan cara :-

Datang sendiri ke mana-mana kaunter JPN yang berdekatan dengan membawa bersama-sama Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri seterusnya mengisi Borang JPN.LM15. Bayaran tunai RM 5.00 dikenakan bagi setiap Cabutan Sijil Kelahiran.

Individu yang boleh memaklumkan kelahiran kanak-kanak adalah seperti berikut:-

  • Bapa kanak-kanak atau;
  • Ibu kanak-kanak atau;
  • Orang yang tinggal serumah di mana kanak-kanak dilahirkan atau;
  • Mana-mana orang yang menyaksikan kelahiran itu; atau
  • Mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak.

Jika ibu/bapa atau penjaga yang sah mempunyai bukti bahawa kelahiran kanak-kanak tersebut benar-benar berlaku di Malaysia, boleh membuat Pemohonan Daftar Lewat Kelahiran di mana-mana kaunter JPN berhampiran.

Maklumat bapa bagi kanak-kanak yang lahir di luar perkahwinan tidak akan dicatatkan dalam daftar kelahiran, kecuali dengan permohonan bersama oleh ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa kanak-kanak tersebut.  Seseorang yang mengaku sebagai bapa kepada kanak-kanak tersebut perlu menandatangani daftar kelahiran bersama-sama  dengan ibu kanak-kanak.

Nama kanak-kanak dalam Sijil Kelahiran boleh diubah atau ditukar melalui Permohonan Pembetulan Maklumat jika umur kanak-kanak tersebut belum mencapai (1) setahun.

Sekiranya terdapat soalan lain sila membuat pertanyaan melalui e-Pertanyaan (SISPAA JPN) di https://jpn.spab.gov.my

atau sila hubungi:
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
Tel : 03-80008000
Faks : 03-88808288
Emel (@jpn.gov.my): pro

Print Friendly, PDF & Email
.
X