Kematian

Kematian jemaah haji Malaysia di Mekah telah didaftarkan oleh Pendaftar Hedjaz yang dilantik semasa Musim Haji tersebut. Cabutan Sijil Kematian akan diperolehi setelah pemohon (waris yang sah) mengisi Borang JPN.LMH4 dan menyertakan  kad pengenalan atau salinan pemohon ke Ibu Pejabat JPNM, Putrajaya.

 Bagi kes selain di atas, pemohon dinasihatkan membuat pendaftaran kematian dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ke Ibu Pejabat JPN Putrajaya dengan mengemukakan dokumen- dokumen si mati seperti salinan sah pasport, kad pengenalan, sijil kelahiran (jika ada), surat pengesahan kematian oleh Kerajaan Arab Saudi, permit kubur, tiket kapal terbang dan lain-lain dokumen sokongan.

Sekiranya terdapat soalan lain sila membuat pertanyaan melalui e-Pertanyaan (SISPAA JPN) di http://jpn.spab.gov.my

atau sila hubungi:
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
Tel : 03-80008000
Faks : 03-88808288
Emel : pro@jpn.gov.my

.
X