Pejabat Perkhidmatan Pelanggan (Pengurusan Aduan)

Saluran aduan yang boleh digunakan adalah seperti berikut :

  1. Telefon (03-88807077/7071)
  2. Hadir sendiri di mana-mana Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN
  3. Surat
  4. Faks (03-88808288)
  5. Emel (@jpn.gov.my) : pro
  6. Laman Web (SiSPAA): http://jpn.spab.gov.my

Ya. Aduan boleh di kemukakan di http://jpn.spab.gov.my dan email kepada Pegawai Perhubungan Awam JPN ke alamat emel pro@jpn.gov.my

Boleh, Tuan/Puan perlu melengkapkan semua maklumat peribadi yang berkaitan dan juga alamat perhubungan bagi membolehkan Jabatan ini mengemukakan maklumbalas tindakan. Maklumat peribadi tuan/puan akan dirahsiakan.

Ya. Sila kemukakan hasrat pembatalan aduan tersebut melalui saluran sama aduan disalurkan dengan menyatakan nombor rujukan aduan atau salinan aduan yang telah dikemukakan.

Aduan yang dikemukakan akan diberi maklumbalas berdasarkan piagam pelanggan penyelesaian aduan awam JPN.

Tuan/puan hanya akan diminta membantu sekiranya lebih banyak maklumat diperlukan untuk membuat siasatan.

Keupayaan untuk menyelesaikan sesuatu kes dalam mana-mana aduan adalah bergantung kepada maklumat, bukti dan fakta yang diberikan. Oleh itu tidak semua penyelesaian aduan akan memberikan keputusan yang memuaskan kepada semua pihak yang berkepentingan.

Jika tuan/puan tidak berpuashati dengan keputusan penyelesaian aduan, tuan/puan boleh memberikan bukti/ maklumat lanjut sekiranya berkenaan bagi membantu penghasilan penyelesaian aduan yang lebih memuaskan.

Aduan yang akan diambil tindakan adalah aduan yang memenuhi kriteria berikut :

  1. Mempunyai maklumat nama dan alamat pengadu, alamat aduan, nombor telefon pengadu (jika ada), fakta yang jelas dan tarikh.
  2. Aduan berkaitan produk, kakitangan dan perkhidmatan JPN
  3. Aduan berasas
.
X