Perkahwinan dan Penceraian

Print Friendly, PDF & Email

Rujuk soalan lazim di bawah :

Sesuatu perkahwinan yang diupacarakan tidak mengikut peruntukan-peruntukan di bawah Akta adalah PERKAHWINAN   TAKSAH. Selepas tarikh penguatkuasaan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, Akta 164, iaitu, pada 01.03.1982 semua perkahwinan bukan Islam WAJIB didaftarkan di bawah Akta tersebut dan perkahwinan tersebut bersifat monogami.

Perkahwinan Monogami bermaksud selepas tarikh kuatkuasa Akta 164, seseorang yang telah berkahwin secara sah di bawah mana-mana undang-undang tidak boleh berkahwin lagi dengan sah dengan seseorang lain semasa perkahwinan ini masih berterusan sama ada di Malaysia atau di mana-mana negara lain.

Jika seseorang yang telah berkahwin dengan sah di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman berkahwin lagi dalam masa berterusnya perkahwinan itu dan dalam hayat suami atau isteri, maka ia disifatkan sebagai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 494 Kanun Keseksaan.

Perkahwinan hanya boleh diupacarakan oleh seseorang yang telah dilantik sebagai Pendaftar Perkahwinan di bawa Akta 164  di Jabatan Pendaftaran Negara dan pejabat perwakilan Malaysia di luar negara atau Penolong Pendaftar Perkahwinan di kuil, gereja atau persatuan.

Tidak boleh. Adalah menjadi suatu kesalahan jika ia melakukannya dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih daripada 10 TAHUN dan DENDA tidak lebih daripada RM 15,000 (Lima Belas Ribu Ringgit Malaysia).

Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada 3 tahun atau denda tidak lebih daripada RM 3,000.00 (Tiga Ribu Ringgit) atau kedua-duanya sekali.

Boleh. Pihak yang ingin berkahwin itu boleh memohon untuk mendapatkan satu lesen khas di bawah Seksyen 21(1) Akta 164 iaitu, Permohonan Lesen Perkahwinan Tanpa Memerlukan Pemberitahuan Perkahwinan Dan Perakuan Untuk Perkahwinan (JPN.KC01C) daripada Penguasa Pendaftar Perkahwinan di negeri  yang berkenaan. Bayaran untuk lesen khas ini,  jika ia diluluskan, ialah RM 100.00 (Satu Ratus Ringgit Malaysia).

Pendaftaran perkahwinan di bawah Akta 164 hanya boleh diupacarakan di Persatuan/Kuil/Gereja di mana pihak JPNM    telah melantik Penolong Pendaftar Perkahwinan. Penolong Pendaftar Perkahwinan dikeluarkan Sijil Perlantikan bagi sesuatu tempoh tertentu untuk melaksanakan pendaftaran perkahwinan di tempat yang ditetapkan dalam sijil perlantikan mengikut Akta 164 serta perlu mematuhi arahan-arahan Jabatan. Pendaftaran Perkahwinan di Persatuan/Kuil/Gereja  WAJIB diturut serta dengan pengupacaraan perkahwinan adat / agama di khalayak ramai. Tindakan akan diambil ke atas Penolong Pendaftar Perkahwinan yang hanya menjalankan pendaftaran perkahwinan sivil sahaja tanpa upacara perkahwinan mengikut adat / agama.

TIDAK. Perkahwinan yang diupacarakan di bawah adat-istiadat Anak-Anak Negeri Sabah dan Bumiputera Sarawak atau Orang Asli adalah diikhtiraf oleh Kerajaan Malaysia. Namun begitu, Sijil Berian  atau Sijil Perkahwinan Adat-istiadat yang diragui itu perlu disahkan oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah atau Mahkamah Adat Istiadat Sarawak atau Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Pasangan yang telah berkahwin di bawah adat-istiadat masing-masing TIDAK BOLEH mendaftarkan semula perkahwinan mereka itu di  bawah Akta 164 di pejabat JPNM, sebaliknya boleh mendaftarkan perkahwinan adat tersebut di bawah Ordinan Pendaftaran Perkahwinan 1952 secara sukarela. Sekiranya ada pasangan yang ingin berkahwin di bawah Akta 164 dan tidak mahu berkahwin di bawah adat-istiadat masing-masing, maka pendaftaran perkahwinan boleh dilakukan mengikut prosidur di JPNM dan semua syarat dan peraturan di bawah Akta 164 perlu dipatuhi.

Pasangan perlu membuat pendaftaran semula perkahwinan di luar negara di bawah Seksyen 31 Akta 164 sama ada di pejabat JPN yang terdekat atau di pejabat perwakilan Malaysia di luar negara. Pendaftaran semula perkahwinan ini WAJIB dilakukan:

  1. dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh perkahwinan di luar Negara; atau
  2. dalam tempoh enam bulan selepas sahaja tiba di Malaysia (sebelum tamatnya tempoh enam bulan di (a) di atas dan pasangan telah pulang ke Malaysia)

Bayaran penalti akan dikenakan bagi pendaftaran lewat.

Dekri Nisi Mutlak adalah dokumen perceraian yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi bagi pengesahan pembubaran sesuatu perkahwinan yang sah. Mahkamah Tinggi akan mengeluarkan dokumen Dekri Nisi terlebih dahulu dan selepas tiga (3) bulan akan mengeluarkan Dekri Nisi MUTLAK atas permohonan pemohon di mana tertera tarikh pembubaran perkahwinan berkenaan. Satu salinan  ASAL atau salinan yang diakui sah oleh Mahkamah Tinggi berkenaan perlu diserahkan kepada Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, Ibu  Pejabat JPNM, Putrajaya untuk pengemaskinian rekod dan status perkahwinan.

Pemohon boleh mendapatkan salinan Asal daripada peguam yang telah dilantik ataupun salinan yang diakui sah daripada Mahkamah Tinggi yang berkenaan.

Syarat –syaratnya ialah tempoh perkahwinan mestilah telah genap dua (2) tahun. Sekiranya kedua-dua pihak yang berkahwin itu bersetuju untuk perceraian maka mereka boleh memasukkan petisyen perceraian di Mahkamah Tinggi. Namun, jika salah satu pihak tidak bersetuju untuk bercerai, maka rujukkan kepada Tribunal Perkahwinan di Jabatan Pendaftaran Negara hendaklah dilakukan terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, seseorang Hakim mahkamah boleh, atas sesuatu permohonan yang dibuat kepadanya, membenarkan sesuatu petisyen untuk perceraian diserahkan dalam tempoh tertentu (sebelum tempoh dua tahun dari tarikh perkahwinan) atas alasan bahawa hal itu adalah suatu hal yang terbit dari hal keadaan atau kesusahan yang luar biasa yang dideritai oleh pempetisyen itu, tetapi pada memutuskan permohonan itu Hakim hendaklah memberi perhatian kepada kepentingan seseorang anak dari perkahwinan itu dan kepada soalan sama ada ada kebarangkalian yang munasabah bagi pihak-pihak itu berdamai dalam tempoh dua tahun dari tarih perkahwinan itu.

Bagi perkahwinan sivil yang diupacarakan di luar negara dan perceraian juga di bawah undang-undang negara asing berkenaan, pihak warganegara Malaysia kepada perkahwinan itu perlu mendapatkan Perintah Deklarasi daripada Mahkamah Tinggi di Malaysia selaras dengan Seksyen 107(3) Akta 164. Walaupun perkahwinan di luar
negara itu ada didaftarkan semula di Pejabat Perwakilan Malaysia atau JPN di bawah Seksyen 31, namun Pendaftar Besar Perkahwinan tidak ada kuasa untuk mendaftarkan terus Dokumen Perceraian daripada Mahkamah Luar Negara tersebut tanpa Perintah Deklarasi daripada Mahkamah Tinggi Malaysia. Oleh itu, pasangan kepada perkahwinan tersebut hendaklah mendapatkan perintah Deklarasi daripada Mahkamah Tinggi Malaysia dan mengemukakan perintah yang asal bersama dokumen perceraian tersebut kepada JPN untuk tujuan pengemaskinian rekod.

Rujuk saolan lazim di bawah :

Badan Pendamai ertinya:-
sesuatu majlis yang ditubuhkan bagi maksud perdamaian oleh pihak berkuasa yang berkenaan bagi sesuatu agama, puak, kaum, atau persatuan; atau sesuatu Tribunal Perkahwinan di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia di Negeri / Daerah; atau mana-mana badan lain yang diluluskan oleh Menteri melalui pemberitahu dalam Warta.

Selain daripada pegawai dan kakitangan JPNM, pegawai-pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ahli-ahli NGO, pesara pegawai kerajaan dan orang perseorangan yang berminat serta mempunyai kelayakan atau pengalaman dalam bidang psikologi, kaunseling dan bimbingan boleh dilantik sebagai ahli tribunal.

Pengecualian bagi rujukkan ke Tribunal Perkahwinan sekiranya:-

(i)   Salah satu pihak kepada perkahwinan itu telah memeluk agama Islam;
(ii)  Kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu bersetuju untuk bercerai secara persetujuan bersama.
(iii) Sipetisyen ditinggalangsung oleh suamisterinya dan ia tidak tahu di mana suamisterinya berada.
(iv) Pihak menentang itu tinggal di luar negeri dan ia tidak mungkin masuk ke Malaysia dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh petisyen itu.
(v)  Pihak menentang itu dikehendaki hadir di hadapan suatu badan pendamai dan telah sengaja tidak hadir
(vi) Pihak menentang itu dipenjara selama tempoh lima tahun dan lebih
(vii)Sipetisyen mengatakan bahawa pihak menentang itu menghidap adalah menghidap sakit otak yang tidak dapat diubatkan.
(ix)Mahkamah berpuas hati bahawa ada hal keadaan yang terkecuali yang menyebabkan rujukkan kepada suatu badan pendamai tidak praktik

Sipetisyen perlu memasukkan permohonan di pejabat JPN yang terdekat. Sekiranya kedua-dua pihak menetap di kawasan yang berlainan, maka permohonan Tribunal Perkahwinan hendaklah dimasukkan di pejabat JPN tempat tinggal bersama akhir sekali. Pemohon dikehendaki melengkapkan dan menandatangani sendiri Borang JPN.KC14 dan menyerahkannya ke kaunter Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, JPN.

Rujuk soalan lazim di bawah :

Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang ingin berurusan rasmi di luar    negara sama ada untuk bekerja, belajar, berkahwin, pembelian hartanah atau semakkan pihak-pihak berkuasa di luar negara. Surat itu WAJIB disahkan oleh pihak Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra) di Putrajaya sebelum boleh digunapakai di luar negara. Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan dikeluarkan oleh Pendaftar Besar Perkahwinan di Ibu pejabat JPN Putrajaya sebagai penjaga rekod perkahwinan bagi warganegara bukan Islam di seluruh Malaysia.

  • Anda dan pasangan perlu mendapatkan Borang Permohonan Pendaftaran Perkahwinan (Borang JPN.KC02) di mana-mana pejabat JPN Negeri/Daerah/Daerah Kecil/Cawangan yang terdekat.
  • Anda dan pasangan perlu membuat Akuan Berkanun di Bahagian D.2 dalam Borang JPN.KC02 di hadapan seorang Pesuruhjaya Sumpah ataupun Majistret di mahkamah.
  • Ketiga, pasangan perlu hadir ke mana-mana pejabat JPN Negeri/Daerah/Daerah Kecil/Cawangan (Bahagian Perkahwinan) untuk
    i. membuat semakan dan pengesahan maklumat diri dan status perkahwinan;
    ii. mendapatkan Cop Pengesahan di muka hadapan Borang JPN.KC02; dan
    iii. membuat bayaran RM20.00.
  • Sila serahkan Borang JPN.KC02 bersama resit bayaran RM20.00 kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan di kuil yang berkenaan untuk proses pengupacaraan dan pendaftaran perkahwinan.

Pasangan boleh mendapatkan Borang Permohonan Pendaftaran Perkahwinan (Borang JPN.KC02) di Kaunter Perkahwinan, pejabat JPN Negeri/Daerah/Daerah Kecil/Cawangan.

Borang JPN.KC02 yang telah dibuat sumpah Akuan Berkanun di Bahagian D.2 di hadapan seorang Pesuruhjaya Sumpah / Justice of Peace / Majistret di mahkamah dan MyKad masing-masing. Pasangan wajib hadir bersama.

RM20.00 sahaja. Bayaran perlu dibuat di kaunter perkahwinan, pejabat JPN dan resit bayaran akan dikeluarkan atas nama pasangan lelaki.

TIDAK BOLEH. Langkah ini bagi memastikan pihak lelaki dan perempuan yang bakal berkahwin itu mengetahui maklumat dan status perkahwinan pasangan masing-masing sebelum mengemukakan permohonan pendaftaran perkahwinan di Kuil/Gereja/Persatuan.

TIDAK BOLEH. Pasangan yang bakal berkahwin hendaklah serius dan komited dalam menguruskan urusan permohonan pendaftaran perkahwinan mereka. Kehadiran pasangan ke kaunter JPN adalah memastikan data peribadi dilindungi dan tidak didedahkan kepada pihak Ketiga, mengurangkan risiko data peribadi disalahguna dan mendapatkan penjelasan secara insitu sekiranya terdapat perkara berbangkit yang memerlukan pengesahan dan penjelasan lanjut.

Tidak boleh. PPP di Persatuan Hakka yang mewakili sesuatu suku kaum Cina berkenaan (Hakka) dilantik untuk mewakili puak/kaum Hakka sahaja maka pengupacaraan dan pendaftaran perkahwinan adat istiadat / kelaziman hanya boleh dilaksanakan untuk puak/kaum Hakka sahaja. Salah seorang daripada pasangan mestilah terdiri daripada suku kaum Cina berkenaan (Hakka).

Sekiranya terdapat soalan lain sila membuat pertanyaan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA JPNM) 

.
Font Resize
X