Print Friendly

Anak Angkat


De Facto bermaksud seseorang kanak-kanak itu berada dalam jagaan, sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh mana-mana orang atau pasangan suami isteri bersama tidak kurang dari dua (2) tahun.

Salah satu keperluan utama untuk Permohonan Pengangkatan ialah Sijil Kelahiran. Jika kanak-kanak lahir di negara ini tetapi tidak mempunyai Sijil Kelahiran, Permohonan Daftar Lewat Kelahiran hendaklah dibuat terlebih dahulu

Had umur kanak-kanak yang boleh dianakangkatkan adalah di bawah umur 18 tahun.

Syarat umur ibu atau bapa angkat ialah 25 tahun ke atas dan jarak umur dengan anak angkat ialah 18 tahun. Bagi ibu atau bapa angkat yang mempunyai tali persaudaraan dengan ibubapa kandung kanak-kanak, syarat umur ibubapa angkat ialah 21 tahun.

Permohonan Pengangkatan boleh dibuat di mana-mana kaunter JPN berhampiran dengan kawasan kediaman ibu bapa angkat.

Kanak-kanak WAJIB hadir bersama-sama  ibu bapa angkat untuk proses pengangkatan.

Kehadiran ibu bapa kandung tidak diwajibkan jika Surat Keizinan Berkanun dikemukakan.

Pembuktian boleh dibuat melalui Surat Keizinan ibu bapa kandung iaitu Akuan Berkanun yang dibuat oleh ibu bapa kandung semasa proses penyerahan kanak-kanak tersebut  kepada ibu bapa angkat. Tempoh 2 tahun dikira dari tarikh penyerahan dan bukan dari tarikh Akuan Berkanun dibuat.

Tidak, kerana tempoh penjagaan selama 2 tahun itu telah ditetapkan oleh Akta 253.

Tidak. Surat Akuan Berkanun  antara kedua-dua pihak adalah keperluan undang-undang.

Boleh. Syaratnya salah seorang pasangan suami isteri hendaklah mencapai umur 25 tahun dan mereka adalah saudara lelaki atau perempuan, bapa saudara atau ibu saudara, samada melalui pertalian darah atau pertalian kahwin kanak-kanak tersebut .

Tiada sekatan dalam Akta 253 mengenai perkara ini.

Walaupun dalam Akta 253 tidak menyekat mana-mana individu untuk  memohon pengangkatan, permohonan adalah TIDAK DIGALAKKAN dari bapa tunggal sekiranya kanak-kanak tersebut adalah perempuan. Untuk kes-kes seperti ini, rujukan akan dibuat kepada Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Walaupun dalam Akta 253 tidak menyebut tentang perkara ini Buku Arahan Pendaftaran Pengangkatan 1952 menyatakan bahawa kanak-kanak beragama Islam tidak boleh dianakangkatkan oleh ibu bapa angkat yang bukan beragama Islam.

Kanak-kanak yang bukan beragama Islam boleh dianakangkatkan oleh ibu bapa angkat yang beragama Islam.

Pengangkatan melalui Perintah Mahkamah (Akta 257) hanya untuk pemohon-pemohon yang bukan beragama Islam. Manakala pengangkatan melalui Akta Pendaftaran Pengangkatan (Akta 253) adalah terbuka kepada semua yang layak.

Permohonan pengangkatan hanya dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat jika tiada keizinan dari ibu bapa / ibu / bapa kandung kanak-kanak untuk pengangkatan tersebut. Walau bagaimanapun tiada halangan untuk Pendaftar merujuk kes kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut keperluan.

Boleh, dengan syarat kanak-kanak menyempurnakan tempoh pemastautin biasa seperti diwajibkan oleh Akta dan mempunyai surat perjalanan yang sah sebelum layak untuk Permohonan Pengangkatan.

Di bawah Akta 253, kedua-dua ibu bapa angkat dan kanak-kanak hendaklah tinggal bersama di negara ini selama 2 tahun berterusan sebelum layak untuk membuat Permohonan Pengangkatan.

Pengangkatan yang dibuat di bawah Aka 253 hanya boleh dikeluarkan dengan Sijil Pengangkatan dan bukan Sijil Kelahiran.

Sijil Pengangkatan mempunyai  taraf kesahihannya sama seperti  Sijil Kelahiran dan boleh digunakan untuk Pendaftaran Sekolah, Permohonan Kad Pengenalan, Permohonan Pasport dan lain-lain urusan rasmi.

RM 30.00 dikutip sebagai bayaran pendaftaran setelah permohonan diluluskan.

Pemulangan dan pengangkatan semula De Facto tidak dibenarkan, tetapi pengangkatan tersebut boleh dibatalkan dengan Perintah Mahkamah mengikut Sek. 13(2) Akta 253.

Tidak. Dari segi undang-undang sivil, pengangkatan tersebut adalah muktamad. 

Boleh. Tetapi bagi kanak-kanak yang dianakangkatkan melalui Perintah Mahkamah TIDAK BOLEH dianakangkatkan semula melalui proses Pengangkatan De Facto.

Mengambil anak angkat tanpa didaftarkan adalah tidak melanggar mana-mana undang-undang negara tetapi jika didaftarkan ianya dapat memberi perlindungan kepada anak angkat dan ibu bapa angkat kerana ia diiktiraf dari segi undang-undang.

Sekiranya terdapat soalan lain sila membuat pertanyaan melalui e-Pertanyaan (SISPAA JPN) di http://jpn.spab.gov.my

atau sila hubungi:
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
Tel : 03-80008000
Faks : 03-88808288
Emel (pro@jpn.gov.my)