Print Friendly

Perkahwinan & Penceraian


Rujuk soalan lazim di bawah :

Sesuatu perkahwinan yang diupacarakan tidak mengikut peruntukan-peruntukan di bawah Akta adalah PERKAHWINAN   TAKSAH. Selepas tarikh penguatkuasaan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, Akta 164, iaitu, pada 01.03.1982 semua perkahwinan bukan Islam WAJIB didaftarkan di bawah Akta tersebut dan perkahwinan tersebut bersifat monogami.

Perkahwinan Monogami bermaksud selepas tarikh kuatkuasa Akta 164, seseorang yang telah berkahwin secara sah di bawah mana-mana undang-undang tidak boleh berkahwin lagi dengan sah dengan seseorang lain semasa perkahwinan
ini masih berterusan sama ada di Malaysia atau di mana-mana negara lain.

Jika seseorang yang telah berkahwin dengan sah di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman
berkahwin lagi dalam masa berterusnya perkahwinan itu dan dalam hayat suami atau isteri, maka ia disifatkan sebagai
melakukan kesalahan di bawah Seksyen 494 Kanun Keseksaan.
 

Perkahwinan hanya boleh diupacarakan oleh seseorang yang telah dilantik sebagai Pendaftar Perkahwinan di bawah
Akta 164  di Jabatan Pendaftaran Negara dan pejabat perwakilan Malaysia di luar negara atau Penolong Pendaftar Perkahwinan di kuil, gereja atau persatuan.

Tidak boleh. Adalah menjadi suatu kesalahan jika ia melakukannya dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan
hukuman penjara tidak lebih daripada 10 TAHUN dan DENDA tidak lebih daripada RM 15,000 (Lima Belas Ribu
Ringgit Malaysia).

Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada 3 tahun atau denda
tidak lebih daripada RM 3,000.00 (Tiga Ribu Ringgit) atau kedua-duanya sekali.

Boleh. Pihak yang ingin berkahwin itu boleh memohon untuk mendapatkan satu lesen khas di bawah Seksyen 21(1)
Akta 164 iaitu, Permohonan Lesen Perkahwinan Tanpa Memerlukan Pemberitahuan Perkahwinan Dan
Perakuan Untuk Perkahwinan (JPN.KC01C) daripada Penguasa Pendaftar Perkahwinan di negeri  yang berkenaan.
Bayaran untuk lesen khas ini,  jika ia diluluskan, ialah RM 100.00 (Satu Ratus Ringgit Malaysia).

The registration of marriage under Act 164 can be carried out only at an association/temple/church where the NRD has appointed an Assistant Registrar of Marriages. The Assistant Registrar of Marriages will be issued with a certificate of appointment for a specified period of time to conduct marriage registration at the place specified in the certificate of appointment according to Act 164 and must comply with the department directives. Registration of marriages at an association/temple/church MUST be followed with the solemnisation of marriage according to custom/religion in a public ceremony. Action will be taken against the Assistant Registrar of Marriages who carries out only registration of civil marriages without a marriage ceremony according to customs religion.

TIDAK. Perkahwinan yang diupacarakan di bawah adat-istiadat Anak-Anak Negeri Sabah dan Bumiputera Sarawak atau Orang Asli adalah diikhtiraf oleh Kerajaan Malaysia. Namun begitu, Sijil Berian  atau Sijil Perkahwinan Adat-istiadat yang diragui itu perlu      disahkan oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah atau Mahkamah Adat Istiadat Sarawak atau Jabatan Hal Ehwal Orang Asli . Pasangan yang telah berkahwin di bawah adat-istiadat masing-masing TIDAK BOLEH mendaftarkan semula perkahwinan mereka itu di  bawah Akta 164 di pejabat JPNM, sebaliknya boleh mendaftarkan perkahwinan adat tersebut di bawah Ordinan Pendaftaran Perkahwinan 1952 secara sukarela. Sekiranya ada pasangan yang ingin berkahwin di bawah Akta 164 dan tidak mahu berkahwin di bawah adat-istiadat masing-masing, maka pendaftaran perkahwinan boleh dilakukan mengikut prosidur di JPNM dan semua syarat dan peraturan di bawah Akta 164 perlu dipatuhi.

Pasangan perlu membuat pendaftaran semula perkahwinan di luar negara di bawah Seksyen 31 Akta 164 sama ada di pejabat JPN yang terdekat atau di pejabat perwakilan Malaysia di luar negara. Pendaftaran semula perkahwinan ini WAJIB dilakukan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh perkahwinan di luar negara dan selepas tempoh 6 bulan akan dikenakan denda pendaftaran lewat.

Dekri Nisi Mutlak adalah dokumen perceraian yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi bagi pengesahan pembubaran sesuatu perkahwinan yang sah. Mahkamah Tinggi akan mengeluarkan dokumen Dekri Nisi terlebih dahulu dan selepas tiga (3) bulan akan mengeluarkan Dekri Nisi MUTLAK atas permohonan pemohon di mana tertera tarikh pembubaran perkahwinan berkenaan. Satu salinan  ASAL atau salinan yang diakui sah oleh Mahkamah Tinggi berkenaan perlu diserahkan kepada Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, Ibu  Pejabat JPNM, Putrajaya untuk pengemaskinian rekod dan status perkahwinan.

Pemohon boleh mendapatkan salinan Asal daripada peguam yang telah dilantik ataupun salinan yang diakui sah daripada Mahkamah Tinggi yang berkenaan. 

Syarat –syaratnya ialah tempoh perkahwinan mestilah telah genap dua (2) tahun. Sekiranya kedua-dua pihak yang
berkahwin itu bersetuju untuk perceraian maka mereka boleh memasukkan petisyen perceraian di Mahkamah Tinggi.
Namun, jika salah satu pihak tidak bersetuju untuk bercerai, maka rujukkan kepada Tribunal Perkahwinan di Jabatan
Pendaftaran Negara Malaysia hendaklah dilakukan terlebih dahulu

For a civil marriage solemnised abroad and dissolved under the laws of a foreign country, either parties to the marriage who is a citizen of Malaysia needs to obtain a declaration order from the High Court in Malaysia pursuant to Section 107 (3) of Act 164. Although the marriage may have been re-registered at the Malaysia a consulate or at the NRD under Section 31, the Registrar-General of Marriages does not have the authority to register the divorce documents from the foreign court without a declaration order from the High Court of Malaysia.

Rujuk saolan lazim di bawah :

Badan Pendamai ertinya:-
sesuatu majlis yang ditubuhkan bagi maksud perdamaian oleh pihak berkuasa yang berkenaan bagi sesuatu agama, puak, kaum, atau persatuan; atau sesuatu Tribunal Perkahwinan di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia di Negeri / Daerah; atau mana-mana badan lain yang diluluskan oleh Menteri melalui pemberitahu dalam Warta.

Selain daripada pegawai dan kakitangan JPNM, pegawai-pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ahli-ahli NGO, pesara pegawai kerajaan dan orang perseorangan yang berminat serta mempunyai kelayakan atau pengalaman dalam bidang psikologi, kaunseling dan bimbingan boleh dilantik sebagai ahli tribunal.

Pengecualian bagi rujukkan ke Tribunal Perkahwinan sekiranya:-
     
(i)   Salah satu pihak kepada perkahwinan itu telah memeluk agama Islam;
(ii)  Kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu bersetuju untuk bercerai secara persetujuan bersama.
(iii) Sipetisyen ditinggalangsung oleh suamisterinya dan ia tidak tahu di mana suamisterinya berada.
(iv) Pihak menentang itu tinggal di luar negeri dan ia tidak mungkin masuk ke Malaysia dalam tempoh 6 bulan selepas    tarikh petisyen itu.
(v)  Pihak menentang itu dikehendaki hadir di hadapan suatu badan pendamai dan telah sengaja tidak hadir
(vi) Pihak menentang itu dipenjara selama tempoh lima tahun dan lebih
(vii)Sipetisyen mengatakan bahawa pihak menentang itu menghidap adalah menghidap sakit otak yang tidak dapat diubatkan.
(ix)Mahkamah berpuas hati bahawa ada hal keadaan yang terkecuali yang menyebabkan rujukkan kepada suatu badan pendamai tidak praktik

Sipetisyen perlu memasukkan permohonan di pejabat JPN yang terdekat. Sekiranya kedua-dua pihak menetap di
kawasan yang berlainan, maka permohonan Tribunal Perkahwinan hendaklah dimasukkan di pejabat JPN tempat
tinggal bersama akhir sekali. Pemohon dikehendaki melengkapkan dan menandatangani sendiri Borang JPN.KC14
dan menyerahkannya ke kaunter Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, JPN.

 Sekiranya pihak Tribunal Perkahwinan gagal mendamaikan pasangan yang merujuk itu, maka Perakuan (JPN.KC29)
akan dikeluarkan kepada pasangan tersebut. Perakuan tersebut hendaklah diserahkan bersama permohonan
perceraian di mahkamah jika ada. Jika pasangan dapat kembali berdamai atau ingin membatalkan permohonan, maka pemohon hanya perlu melengkapi dan menandatangani Surat Pembatalan/Tarik Balik/Damai (JPN.KC28)

Rujuk soalan lazim di bawah :

Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang ingin berurusan rasmi di luar    negara sama ada untuk bekerja, belajar, berkahwin, pembelian hartanah atau semakkan pihak-pihak berkuasa di luar negara. Surat itu WAJIB disahkan oleh pihak Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra) di Putrajaya sebelum boleh digunapakai di luar negara. Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan dikeluarkan oleh Pendaftar Besar Perkahwinan di Ibu pejabat JPN Putrajaya sebagai penjaga rekod perkahwinan bagi warganegara bukan Islam di seluruh Malaysia.

Sekiranya terdapat soalan lain sila membuat pertanyaan melalui e-Pertanyaan (sistem SISPAA JPN) di http://jpn.spab.gov.my