Print Friendly

Warganegara


Kerajaan belum berpuas hati untuk mempertimbangkan permohonan tuan/puan. Keputusan Y.B.Menteri adalah muktamad dan jika tuan/puan berminat untuk menjadi warganegara Malaysia,  tuan/puan boleh mengemukakan permohonan baru.

Sebelum permohonan dikemukakan, pelanggan telah dimaklumkan bahawa permohonan taraf kewarganegaraan akan diproses dan diselesaikan dalam tempoh 1 tahun dari tarikah permohonan lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya.
Walaubagaimanapun, pelanggan boleh mengemukakan surat menyatakan sebab dan alasan bagi mempercepatkan proses permohonan dan ia bergantung kepada Kerajaan Malaysia untuk membuat pertimbangan dan keputusan.

Tuan/puan boleh mengemukakan permohonan perlanjutan pendaftaran kelahiran luar negeri kepada Y.B. Menteri melalui Ibu Pejabat dengan mengisi borang yang sama serta memberi alasan kenapa lewat mendaftar. Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negeri atau pejabat JPN yang berhampiran jika tuan/puan telah balik ke Malaysia.

Jika kelahiran di Singapura, tidak perlu mendaftar dengan Pejabat Perwakilan di Singapura; jika anak tuan/puan hendak menetap di Malaysia pada suatu masa nanti, memadai dengan memohon pengesahan taraf kewarganegaraan dengan JPN melalui Pejabat Perwakilan di Singapura dan kemudian memohon perakuan taraf dengan Jabatan Imigresen.

Tuan/puan hendaklah mendapatkan status PR terlebih dahulu daripada Jabatan Imigresen.Berikutan itu, tuan/puan hendaklah memohon kebenaran Y.B. Menteri di bawah Perkara 18(2) Perlembagaan Malaysia untuk membolehkan tuan/puan memohon untuk menjadi warganegara Malaysia semula setelah memenuhi syarat-syarat sebagaimana yang diperlukan untuk menjadi warganegara Malaysia di bawah Perkara Perlembagaan yang bersesuaian.

Tuan/puan adalah seorang warganegara secara undang-undang. Untuk tujuan di atas, tuan/puan boleh mengemukakan permohonan pengesahan taraf kewarganegaraan dengan JPN di mana tuan/puan akan dikeluarkan surat pengesahan taraf kewarganegaraan yang menjelaskan taraf kewarganegaraan di bawah Perkara Perlembagaan yang bersesuaian.

Puan boleh memohon warganegara untuk anak tersebut mengikut peruntukan Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan. Puan boleh mengemukakan permohonan di mana-mana Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara yang berhampiran dengan tempat tinggal puan.

 Sila membuat pertanyaan melalui e-Pertanyaan (SISPAA JPN) di http://jpn.spab.gov.my

atau sila hubungi:
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
Tel :03-80008000
Faks :03-88808288
Emel (@jpn.gov.my) : pro