Kad Pengenalan

1. Saya berumur 17 tahun, bilakah patut saya menukar kad pengenalan gantian saya?

Seseorang yang telah mendapat kad pengenalan kali pertama iaitu semasa berumur 12 tahun, dikehendaki  menukar semula kad pengenalannya apabila telah mencapai umur 18 tahun. Sekiranya penukaran ini dibuat dalam tempoh umur  18 - 25 tahun, tiada sebarang denda dikenakan.



2. Saya telah berumur 25 tahun dan masih belum memiliki kad pengenalan. Apakah yang perlu saya lakukan?

Bagi mereka yang belum memiliki kad pengenalan walaupun telah berumur lebih 16 tahun adalah dinasihatkan untuk datang ke mana-mana JPN yang berhampiran untuk memohon daftar lewat kad pengenalan. Pemohon dan penganjur perlu hadir bersama-sama untuk ditemuduga, dengan membawa bersama-sama dokumen berikut:-

  •      Sijil Lahir Pemohon/Sijil AnakAngkat/Borang W atau
  •      Permit Masuk Pemohon/Borang Pengesahan Taraf Warganegara(jika berkenaan)
  •      Kad Pengenalan Penganjur

3. Saya seorang warganegara asing dan telah mendapat permit masuk daripada Jabatan Imigresen
    Malaysia. Adakah saya layak memohon kad pengenalan? Apakah syarat-syarat bagi saya memohon
    kad pengenalan?

Anda layak memohon kad pengenalan dengan status Pemastautin Tetap(Merah). Syarat-syarat permohonan adalah dengan membawa permit masuk dan pasport serta salinan kedua-duanya dan bayaran permohonan sebanyak RM 40.00. Permohonan boleh dibuat di JPN Putrajaya dan Ibu Pejabat JPN Negeri sahaja.


4. Adakah apa-apa bayaran yang dikenakan sekiranya berlaku kerosakan terhadap cip di kad pengenalan saya?

Kerosakan cip yang bukan disebabkan oleh sengaja dirosakkan, salah guna dan sebagainya dalam tempoh satu tahun dari tarikh penyerahan kad adalah diberi gantian secara percuma, dan jika tempoh kad telah dipegang oleh pemohon melebihi satu tahun, bayaran sebanyak RM 10.00 dikenakan.



5. Berapakah bayaran dikenakan sekiranya saya kehilangan kad pengenalan?

Kad pengenalan hilang akan dikenakan bayaran mengikut bilangan kehilangan. Sila lihat Jadual bayaran.



6. Berapa lamakah tempoh permohonan MyKad boleh disiapkan?

MyKad boleh disiapkan dalam tempoh 24 jam bagi pemohon yang memilih untuk menuntut MyKadnya di JPN Ibu Pejabat Putrajaya. Bagi pemohon yang memilih untuk menuntut MyKadnya di mana-mana pejabat cawangan JPN di Semenanjung Malaysia, maka MyKad akan disiapkan dalam tempoh 10 hari bekerja manakala 30 hari bekerja bagi pemohon yang memilih untuk menuntut MyKadnya di mana-mana pejabat cawangan JPN di Sabah, Sarawak atau Labuan. Piagam MyKad siap ini hanya melibatkan permohonan dari Warganegara Malaysia dan permohonan tidak bermasalah sahaja.



7. Bolehkah saya menukar alamat tanpa menukar kad pengenalan saya? Jika boleh berapakah bayaran yang dikenakan?

Boleh dengan bayaran RM2.00 dan maklumat alamat terbaru akan dikemaskini didalam cip. Sekiranya anda ingin menukar kad pengenalan bersekali, bayarannya ialah RM10.00.



8. Adakah JPN menerima bayaran selain daripada tunai ?

Ya, JPN turut menerima pembayaran secara elektronik iaitu melalui Kad Kredit, Kad Debit dan MEPS.
Walaubagaimanapun, terdapat had jumlah minimum yang diterima untuk pembayaran melalui Kad Kredit iaitu  sebanyak RM 50.00.

 

Sekiranya terdapat soalan lain sila membuat pertanyaan melalui e-Pertanyaan (SISPAA JPN) di http://jpn.spab.gov.my

atau sila hubungi:
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
Tel : 03-80008000
Faks : 03-88808288
Emel (@jpn.gov.my): pro