Kelahiran
- Sijil Kelahiran hilang, rosak atau musnah. Bagaimana mendapatkan Salinan atau Cabutan Sijil Kelahiran?
Ibu/bapa, pemilik Sijil Kelahiran atau wakil yang sah (waris/peguam) boleh memohon Cabutan Sijil Kelahiran dengan cara :-
Datang sendiri ke mana-mana kaunter JPN yang berdekatan dengan membawa bersama-sama Kad Pengenalan atau salinan seterusnya mengisi Borang JPN.LM15. Bayaran tunai RM 5.00 dikenakan bagi setiap Cabutan Sijil Kelahiran.
- Ibu yang baru melahirkan anak. Siapakah yang boleh memaklumkan kelahiran kanak-kanak tersebut?
Individu yang boleh memaklumkan kelahiran kanak-kanak adalah seperti berikut:-
- Bapa kanak-kanak atau;
- Ibu kanak-kanak atau;
- Orang yang tinggal serumah di mana kanak-kanak dilahirkan atau;
- Mana-mana orang yang menyaksikan kelahiran itu; atau
- Mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak.
- Kanak-kanak tidak mempunyai Sijil Kelahiran dan usianya telah melebihi 42 hari.
Jika ibu/bapa atau penjaga yang sah mempunyai bukti bahawa kelahiran kanak-kanak tersebut benar-benar berlaku di Malaysia, boleh membuat Pemohonan Daftar Lewat Kelahiran di mana-mana kaunter JPN berhampiran.
- Kelahiran kanak-kanak berlaku di luar perkahwinan/nikah (anak tak sah taraf/anak luar nikah)
(untuk orang yang bukan beragama Islam)Maklumat bapa bagi kanak-kanak yang lahir di luar perkahwinan tidak akan dicatatkan dalam daftar kelahiran, kecuali dengan permohonan bersama oleh ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa kanak-kanak tersebut. Seseorang yang mengaku sebagai bapa kepada kanak-kanak tersebut perlu menandatangani daftar kelahiran bersama-sama dengan ibu kanak-kanak.
- Ibu/bapa ingin mengubah nama anak dalam Sijil Kelahiran.
Nama kanak-kanak dalam Sijil Kelahiran boleh diubah atau ditukar melalui Permohonan Pembetulan Maklumat jika umur kanak-kanak tersebut belum mencapai (1) setahun.
Sekiranya terdapat soalan lain sila membuat pertanyaan melalui e-Pertanyaan (Sistem i-SPAAA JPN) di http://jpn.bpa.jpm.my/eApps/sdmscasepool/SdmsCasePool/add.do
atau sila hubungi:
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
Tel:03-8880 7000
Faks:03-8880 8288
Emel:pro@jpn.gov.my
