Kematian
- Bapa/ibu/saudara meninggal dunia di Mekah semasa menunaikan Fardhu Haji. Bagaimana cara untuk mendaftarkan kematian ?
Kematian jemaah haji Malaysia di Mekah telah didaftarkan oleh Pendaftar Hedjaz yang dilantik semasa Musim Haji tersebut. Cabutan Sijil Kematian akan diperolehi setelah pemohon (waris yang sah) mengisi Borang JPN.LMH4 dan menyertakan kad pengenalan atau salinan pemohon ke Ibu Pejabat JPNM, Putrajaya.Bagi kes selain di atas, pemohon dinasihatkan membuat pendaftaran kematian dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ke Ibu Pejabat JPN Putrajaya dengan mengemukakan dokumen- dokumen si mati seperti salinan sah pasport, kad pengenalan, sijil kelahiran (jika ada), surat pengesahan kematian oleh Kerajaan Arab Saudi, permit kubur, tiket kapal terbang dan lain-lain dokumen sokongan.
Sekiranya terdapat soalan lain sila membuat pertanyaan melalui e-Pertanyaan (Sistem i-SPAAA JPN) di http://jpn.bpa.jpm.my/eApps/sdmscasepool/SdmsCasePool/add.do
atau sila hubungi:
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
Tel:03-8880 7000
Faks:03-8880 8288
Emel:pro@jpn.gov.my
