PEJABAT PERKHIDMATAN PELANGGAN (PENGURUSAN ADUAN)
1. Apakah saluran yang boleh digunakan untuk membuat aduan, komen, teguran, cadangan dan pertanyaan kepada JPN?
Saluran aduan yang boleh digunakan adalah seperti berikut :
i. Telefon (03-88807077/7071)
ii. Hadir sendiri di mana-mana Pejabat Perkhidmatan
Pelanggan JPN
iii. Surat
iv. Faks (03-88808288)
v. E-mail (pro@jpn.gov.my)
vi. Laman Web (i-SPAAA))
2. Bolehkah saya membuat aduan secara on-line?
Ya. Aduan boleh di kemukakan di http://jpn.bpa.jpm.my dan email Pegawai Perhubungan Awam JPN di pro@jpn.gov.my
3. Bolehkah saya membuat aduan tanpa memberikan nama?
Boleh, Tuan/Puan perlu melengkapkan semua maklumat peribadi yang berkaitan dan juga alamat perhubungan bagi membolehkan Jabatan ini mengemukakan maklumbalas tindakan. Maklumat peribadi tuan/puan akan dirahsiakan.
4. Bolehkah saya menarik balik aduan sekiranya saya melakukan kesilapan?
Ya. Sila kemukakan hasrat pembatalan aduan tersebut melalui saluran sama aduan disalurkan dengan menyatakan nombor rujukan aduan atau salinan aduan yang telah dikemukakan.
5. Apakah yang akan berlaku kepada aduan saya setelah ia dikemukakan?
Aduan yang dikemukakan akan diberi maklumbalas berdasarkan piagam pelanggan penyelesaian aduan awam JPN.
6. Adakah saya akan terlibat dengan pasukan penyiasat apabila saya membuat aduan?
Tuan/puan hanya akan diminta membantu sekiranya lebih banyak maklumat diperlukan untuk membuat siasatan.
7. Bagaimana jika saya tidak berpuashati dengan keputusan/ penyelesaian aduan?
Keupayaan untuk menyelesaikan sesuatu kes dalam mana-mana aduan adalah bergantung kepada maklumat, bukti dan fakta yang diberikan. Oleh itu tidak semua penyelesaian aduan akan memberikan keputusan yang memuaskan kepada semua pihak yang berkepentingan.
Jika tuan/puan tidak berpuashati dengan keputusan penyelesaian aduan, tuan/puan boleh memberikan bukti/ maklumat lanjut sekiranya berkenaan bagi membantu penghasilan penyelesaian aduan yang lebih memuaskan.
8. Apakah kriteria aduan yang akan diambil tindakan?
Aduan yang akan diambil tindakan adalah aduan yang memenuhi kriteria berikut :
i. Mempunyai maklumat nama dan alamat pengadu,
alamat aduan, nombor telefon
pengadu (jika ada), fakta yang jelas dan tarikh.
ii. Aduan berkaitan produk, kakitangan dan
perkhidmatan JPN
iii. Aduan berasas
