PENDAFTARAN PERKAHWINAN MELALUI PENOLONG PENDAFTAR PERKAHWINAN
PENDAFTARAN PERKAHWINAN MELALUI PENOLONG PENDAFTAR PERKAHWINAN
1. Saya dan pasangan saya adalah orang Cina, beragama Buddha dan kami berdua berasal daripada Negeri Perak. Memandangkan kami bekerja di Kuala Lumpur, kami bercadang untuk mengadakan majlis pengupacaraan perkahwinan adat/agama Cina dan pendaftaran sivil di salah sebuah kuil di Klang, Selangor. Apakah prosidur / syarat yang wajar kami ikuti?
Pertama, anda dan pasangan perlu mendapatkan Borang Permohonan Pendaftaran Perkahwinan (Borang JPN.KC02) sama ada di mana-mana pejabat JPN Negeri/Daerah/Daerah Kecil yang terdekat atau mendapatkannya daripada PPP di Tokong ataupun muat turun daripada Portal JPN, iaitu, www.jpn.gov.my
Kedua, anda berdua perlu membuat Akuan Berkanun di Bahagian D.2 dalam Borang JPN.KC02 di hadapan seorang Pesuruhjaya Sumpah atau Justice of Peace ataupun Majistret di mahkamah.
Ketiga, pasangan perlu hadir ke mana-mana pejabat JPN Negeri/Daerah/Daerah Kecil (Bahagian Perkahwinan) untuk membuat semakan maklumat diri dan status perkahwinan dan dapatkan Cop Pengesahan di muka hadapan Borang JPN.KC02 tersebut serta membuat bayaran RM20.00.
Akhir sekali, sila serahkan Borang JPN.KC02 bersama resit bayaran RM20.00 kepada PPP di kuil yang berkenaan untuk proses pengupacaraan dan pendaftaran perkahwinan.
2. Di manakah Borang Permohonan Pendaftaran Perkahwinan (Borang JPN.KC02) boleh didapati?
Terdapat tiga (3) pilihan untuk pasangan mendapatkan Borang Permohonan Pendaftaran Perkahwinan (Borang JPN.KC02) iaitu;
- Kaunter Perkahwinan, pejabat JPN Negeri/Daerah/Daerah Kecil
- PPP di Tokong/Kuil/Gereja/Perstauan yang telah dilantik di bawah Seksyen 28(3) Akta 164
- Muat Turun daripada Portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) – www.jpn.gov.my
RM20.00 sahaja. Bayaran perlu dibuat di kaunter perkahwinan, pejabat JPN dan resit bayaran akan dikeluarkan atas nama pasangan lelaki.
Tidak boleh. PPP di Persatuan Hakka yang mewakili sesuatu suku kaum Cina berkenaan (Hakka) dilantik untuk mewakili puak/kaum Hakka sahaja maka pengupacaraan dan pendaftaran perkahwinan adat istiadat / kelaziman hanya boleh dilaksanakan untuk puak/kaum Hakka sahaja. Salah seorang daripada pasangan mestilah terdiri daripada suku kaum Cina berkenaan (Hakka).
Sekiranya terdapat soalan lain sila membuat pertanyaan melalui e-Pertanyaan (sistem i-SPAAA JPN) di http://jpn.bpa.jpm.my/eApps/sdmscasepool/SdmsCasePool/add.do
atau sila hubungi:
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
Tel:03-8880 7000
Faks:03-8880 8288
Emel:pro@jpn.gov.my
