Perkahwinan & Penceraian
PENDAFTARAN PERKAHWINAN
1. Apakah yang akan terjadi kepada perkahwinan-perkahwinan yang diupacarakan tidak mengikuti peruntukan-peruntukan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 ini ?
Sesuatu perkahwinan yang diupacarakan tidak mengikut peruntukan-peruntukan di bawah Akta adalah PERKAHWINAN TAKSAH. Selepas tarikh penguatkuasaan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, Akta 164, iaitu, pada 01.03.1982 semua perkahwinan bukan Islam WAJIB didaftarkan di bawah Akta tersebut dan perkahwinan tersebut bersifat monogami.
2. Apakah maksud PERKAHWINAN MONOGAMI?
Perkahwinan Monogami bermaksud selepas tarikh kuatkuasa Akta 164, seseorang yang telah berkahwin secara sah di bawah mana-mana undang-undang tidak boleh berkahwin lagi dengan sah dengan seseorang lain semasa perkahwinan
ini masih berterusan sama ada di Malaysia atau di mana-mana negara lain.
berkahwin lagi dalam masa berterusnya perkahwinan itu dan dalam hayat suami atau isteri, maka ia disifatkan sebagai
melakukan kesalahan di bawah Seksyen 494 Kanun Keseksaan.
Perkahwinan hanya boleh diupacarakan oleh seseorang yang telah dilantik sebagai Pendaftar Perkahwinan di bawah
Akta 164 di Jabatan Pendaftaran Negara dan pejabat perwakilan Malaysia di luar negara atau Penolong Pendaftar Perkahwinan di kuil, gereja atau persatuan.
hukuman penjara tidak lebih daripada 10 TAHUN dan DENDA tidak lebih daripada RM 15,000 (Lima Belas Ribu
Ringgit Malaysia).
palsu, apakah hukumannya ?
tidak lebih daripada RM 3,000.00 (Tiga Ribu Ringgit) atau kedua-duanya sekali.
Akuan bertulis (JPN.KC02) DIKECUALIKAN untuk perkahwinan-perkahwinan yang akan diupacarakan di pejabat
Akta 164 iaitu, Permohonan Lesen Perkahwinan Tanpa Memerlukan Pemberitahuan Perkahwinan Dan
Perakuan Untuk Perkahwinan (JPN.KC01C) daripada Penguasa Pendaftar Perkahwinan di negeri yang berkenaan.
Bayaran untuk lesen khas ini, jika ia diluluskan, ialah RM 100.00 (Satu Ratus Ringgit Malaysia).
Pendaftaran perkahwinan di bawah Akta 164 hanya boleh diupacarakan di Persatuan/Kuil/Gereja di mana pihak JPNM telah melantik Penolong Pendaftar Perkahwinan. Penolong Pendaftar Perkahwinan dikeluarkan Sijil Perlantikan bagi sesuatu tempoh tertentu untuk melaksanakan pendaftaran perkahwinan di tempat yang ditetapkan dalam sijil perlantikan mengikut Akta 164 serta perlu mematuhi arahan-arahan Jabatan. Pendaftaran Perkahwinan di Persatuan/Kuil/Gereja WAJIB diturut serta dengan pengupacaraan perkahwinan adat / agama di khalayak ramai. Tindakan akan diambil ke atas Penolong Pendaftar Perkahwinan yang hanya menjalankan pendaftaran perkahwinan sivil sahaja tanpa upacara perkahwinan mengikut adat / agama.
TIDAK. Perkahwinan yang diupacarakan di bawah adat-istiadat Anak-Anak Negeri Sabah dan Bumiputera Sarawak atau Orang Asli adalah diikhtiraf oleh Kerajaan Malaysia. Namun begitu, Sijil Berian atau Sijil Perkahwinan Adat-istiadat yang diragui itu perlu disahkan oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah atau Mahkamah Adat Istiadat Sarawak atau Jabatan Hal Ehwal Orang Asli . Pasangan yang telah berkahwin di bawah adat-istiadat masing-masing TIDAK BOLEH mendaftarkan semula perkahwinan mereka itu di bawah Akta 164 di pejabat JPNM, sebaliknya boleh mendaftarkan perkahwinan adat tersebut di bawah Ordinan Pendaftaran Perkahwinan 1952 secara sukarela. Sekiranya ada pasangan yang ingin berkahwin di bawah Akta 164 dan tidak mahu berkahwin di bawah adat-istiadat masing-masing, maka pendaftaran perkahwinan boleh dilakukan mengikut prosidur di JPNM dan semua syarat dan peraturan di bawah Akta 164 perlu dipatuhi.
Pasangan perlu membuat pendaftaran semula perkahwinan di luar negara di bawah Seksyen 31 Akta 164 sama ada di pejabat JPN yang terdekat atau di pejabat perwakilan Malaysia di luar negara. Pendaftaran semula perkahwinan ini WAJIB dilakukan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh perkahwinan di luar negara dan selepas tempoh 6 bulan akan dikenakan denda pendaftaran lewat.
Pemohon boleh mendapatkan salinan Asal daripada peguam yang telah dilantik ataupun salinan yang diakui sah daripada Mahkamah Tinggi yang berkenaan.
Syarat –syaratnya ialah tempoh perkahwinan mestilah telah genap dua (2) tahun. Sekiranya kedua-dua pihak yang
berkahwin itu bersetuju untuk perceraian maka mereka boleh memasukkan petisyen perceraian di Mahkamah Tinggi.
Namun, jika salah satu pihak tidak bersetuju untuk bercerai, maka rujukkan kepada Tribunal Perkahwinan di Jabatan
Pendaftaran Negara Malaysia hendaklah dilakukan terlebih dahulu
sivil negara asing dan juga telah bercerai di Mahkamah negara asing tersebut?
Bagi perkahwinan sivil yang diupacarakan di luar negara dan perceraian juga di bawah undang-undang negara
asing berkenaan, pihak warganegara Malaysia kepada perkahwinan itu perlu mendapatkan Perintah Deklarasi
daripada Mahkamah Tinggi di Malaysia selaras dengan Seksyen 107(3) Akta 164. Walaupun perkahwinan di luar
negara itu ada didaftarkan semula di Pejabat Perwakilan Malaysia atau JPNM di bawah Seksyen 31, namun
Pendaftar Besar Perkahwinan tidak ada kuasa untuk mendaftarkan terus Dokumen Perceraian daripada Mahkamah
Luar Negara tersebut tanpa Perintah Deklarasi daripada Mahkamah Tinggi Malaysia.
Badan Pendamai ertinya:-
16. Siapakah yang boleh dilantik sebagai seorang Ahli Tribunal Perkahwinan?
Selain daripada pegawai dan kakitangan JPNM, pegawai-pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ahli-ahli NGO, pesara pegawai kerajaan dan orang perseorangan yang berminat serta mempunyai kelayakan atau pengalaman dalam bidang psikologi, kaunseling dan bimbingan boleh dilantik sebagai ahli tribunal.
17. Dalam keadaan apakah pihak kepada perkahwinan itu TIDAK PERLU merujuk kepada Tribunal Perkahwinan?
Pengecualian bagi rujukkan ke Tribunal Perkahwinan sekiranya:-
(i) Salah satu pihak kepada perkahwinan itu telah memeluk agama Islam;
(ii) Kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu bersetuju untuk bercerai secara persetujuan bersama.
(iii) Sipetisyen ditinggalangsung oleh suamisterinya dan ia tidak tahu di mana suamisterinya berada.
(iv) Pihak menentang itu tinggal di luar negeri dan ia tidak mungkin masuk ke Malaysia dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh petisyen itu.
(v) Pihak menentang itu dikehendaki hadir di hadapan suatu badan pendamai dan telah sengaja tidak hadir
(vi) Pihak menentang itu dipenjara selama tempoh lima tahun dan lebih
(vii)Sipetisyen mengatakan bahawa pihak menentang itu menghidap adalah menghidap sakit otak yang tidak dapat diubatkan.
(ix)Mahkamah berpuas hati bahawa ada hal keadaan yang terkecuali yang menyebabkan rujukkan kepada suatu badan pendamai tidak praktik
18. Bagaimanakah cara merujukkan masalah kepada Tribunal Perkahwinan di pejabat Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN)?
Sipetisyen perlu memasukkan permohonan di pejabat JPN yang terdekat. Sekiranya kedua-dua pihak menetap di
kawasan yang berlainan, maka permohonan Tribunal Perkahwinan hendaklah dimasukkan di pejabat JPN tempat
tinggal bersama akhir sekali. Pemohon dikehendaki melengkapkan dan menandatangani sendiri Borang JPN.KC14
dan menyerahkannya ke kaunter Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, JPN.
19. Apakah tindakan yang harus diambil selepas tempoh 6 bulan Tribunal Perkahwinan tamat?
Sekiranya pihak Tribunal Perkahwinan gagal mendamaikan pasangan yang merujuk itu, maka Perakuan (JPN.KC29)
akan dikeluarkan kepada pasangan tersebut. Perakuan tersebut hendaklah diserahkan bersama permohonan
perceraian di mahkamah jika ada. Jika pasangan dapat kembali berdamai atau ingin membatalkan permohonan, maka pemohon hanya perlu melengkapi dan menandatangani Surat Pembatalan/Tarik Balik/Damai (JPN.KC28)
Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang ingin berurusan rasmi di luar negara sama ada untuk bekerja, belajar, berkahwin, pembelian hartanah atau semakkan pihak-pihak berkuasa di luar negara. Surat itu WAJIB disahkan oleh pihak Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra) di Putrajaya sebelum boleh digunapakai di luar negara. Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan dikeluarkan oleh Pendaftar Besar Perkahwinan di Ibu pejabat JPN Putrajaya sebagai penjaga rekod perkahwinan bagi warganegara bukan Islam di seluruh Malaysia.
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
Tel:03-8880 7000
Faks:03-8880 8288
Emel:pro@jpn.gov.my
