Portal

1. Apakah itu Portal JPN?

   Portal JPN adalah singkatan untuk Laman Web Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara.
   Portal JPN merupakan gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara
   melalui Internet.

2. Mengapa Laman Portal diwujudkan?

   Dewasa ini, kebanyakan maklumat dan perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara telah disediakan
   secara online dan Portal JPN diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai
   mencari maklumat dan perkhidmatan yang disediakan.

3. Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Portal JPN?

   Umumnya, Portal JPN boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat.
   Bagaimanapun, terdapat beberapa maklumat dan perkhidmatan yang memerlukan anda mendaftar.

4. Apakah dasar privasi Portal JPN? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkodkan?

   Segala akses dan penggunaan anda ke atasPortal JPN tidak akan direkodkan.
   Untuk maklumat lanjut, sila layari 'Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan' di bahagian bawah setiap halaman.

5. Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Jabatan Pendaftaran Negara?


    Anda boleh menghubungi:-
    Pejabat Perkhidmatan Pelanggan
    Tel: 03-8880 8206 / 7071 / 7077 / 7067 / 7069
    Faks: 03-8880 8288 atau
    Emel: pro@jpn.gov.my

6. Bagaimanakah cara untuk saya menghantar maklum balas kepada agensi-agensi Kerajaan?

   Anda boleh mengisi borang di dalam "ISPAA " .   Ia akan disalurkan kepada bahagian-bahagian berkaitan.