Tag - Anak Angkat

Pengangkatan

Permohonan Pendaftaran Pengangkatan(De Facto)

Print Friendly and PDF

Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253) (De Facto) adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara. Akta ini bertujuan bagi mendaftarkan anak angkat De Facto di mana seseorang kanak-kanak  berada dalam jagaan, sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh seseorang atau pasangan suami isteri secara bersama, sebagai anaknya atau anak mereka sendiri bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun yang berterusan sebelum pendaftaran pengangkatan dibuat. Pengangkatan ini termaktub di bawah Akta 253 dan terpakai bagi mereka yang beragama Islam dan bukan Islam.

Permohonan Pendaftaran Pengangkatan De Facto boleh dibuat di Pejabat JPN yang berhampiran dengan tempat tinggal seseorang atau ibu bapa angkat dan anak  angkat tersebut.

Di bawah Seksyen 6(1) Akta 253

1.  Kelayakan Kanak-kanak

i. Belum pernah berkahwin.

ii. Berumur di bawah 18 tahun dan bermastautin di Semenanjung Malaysia.

iii. Telah dalam jagaan dan dipelihara serta dididik oleh seseorang atau pasangan suami isteri secara bersama, sebagai anaknya atau anak mereka sendiri bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun yang berterusan sebelum pendaftaran pengangkatan  dibuat.

iv. Kanak-kanak bertaraf warganegara atau bukan warganegara.

v. Kanak-kanak memiliki dokumen pengenalan diri (Sijil Kelahiran/ Kad Pengenalan/ Passport/ Permit Masuk bagi warganegara asing/ dan visa perlu cukup tempoh dua tahun).

2.  Kelayakan Pemohon

i. Salah seorang ibu bapa angkat (suami/isteri) atau ibu angkat (tunggal) atau bapa angkat (tunggal) bertaraf Warganegara atau Penduduk Tetap;

ii. Ibu bapa angkat atau ibu angkat (tunggal) atau bapa angkat (tunggal) berumur 25 tahun ke atas dan sekurang-kurangnya 18 tahun lebih tua daripada kanak-kanak;

iii. Pasangan suami isteri memiliki Dokumen Perkahwinan yang sah;

iv. Mendapat keizinan pengangkatan daripada ibu dan bapa kandung atau ibu tunggal. Sekiranya tiada keizinan ibu dan bapa kandung atau ibu tunggal pengangkatan masih boleh dilaksanakan melalui perintah mahkamah atau laporan sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

v. Permohonan perlu dikemukakan di JPN dalam daerah  ibu dan bapa angkat bermastautin.

i. Borang Permohonan Pendaftaran Pengangkatan – JPN.AA01;

ii. Sijil Kelahiran atau dokumen pengenalan diri kanak-kanak (Asal dan Salinan);

iii. Surat Akuan Berkanun atau Surat Keizinan Pengangkatan (JPN.AA07)oleh ibu dan bapa kandung atau ibu tunggal. Sekiranya ibu kandung berumur bawah 18 tahun, surat keizinan pengangkatan hendaklah ditandatangani bersama dengan salah seorang ibu atau bapa  atau adik beradik ibu kandung yang telah berumur 18 tahun;

iv. Surat  Akuan  Berkanun oleh ibu bapa angkat / ibu angkat / bapa angkat – Lampiran A;

v. Satu salinan Kad Pengenalan atau passport ibu dan bapa kandung kanak-kanak seperti yang tercatat pada Sijil Kelahiran kanak-kanak;

vi. Kad Pengenalan atau Passport dan Visa ibu bapa angkat (Asal dan Salinan);

vii. Dokumen perkahwinan ibu bapa angkat (Asal dan Salinan);

viii. Sijil Kelahiran atau Dokumen pengenalan diri anak-anak kandung ibu bapa angkat (jika ada);

ix. Gambar penuh kanak-kanak ukuran poskad;

x. Bukti pemastautin ibu bapa angkat seperti bil letrik/ bil air /bil telefon /cukai pintu dan sebagainya;

xi. Sijil Kematian ibu bapa kandung kanak-kanak sekiranya ibu bapa kandung meninggal dunia;

xii. Salinan penyata gaji pemohon (jika ada); dan

xiii. Borang 13 (Pemohon perlu mendapatkan Borang 12 dari mana-mana Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara yang berhampiran atau dari Pejabat Kebajikan Masyarakat dalam kawasan bermastautin ibu bapa angkat sebelum Borang 13 dikeluarkan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat)

i. Semua permohonan pendaftaran pengangkatan akan ditemuduga melalui sesi prosiding di hadapan Pendaftar. Pihak yang perlu hadir adalah:

a) Ibu bapa angkat atau ibu angkat atau bapa angkat

b) Kanak-kanak

c) Ibu bapa kandung / penjaga kanak-kanak yang sah.

ii. Kehadiran ibu bapa kandung boleh dikecualikan sekiranya ada surat keizinan pengangkatan (JPN.AA07).

iii. Bayaran setelah diluluskan adalah sebanyak RM 30.00.

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal

 

Borang Permohonan Pendaftaran Anak Angkat JPN.AA01;

Permohonan Carian Dan Cabutan Daftar Pengangkatan (De-Facto)

Print Friendly, PDF & Email

Carian daftar pengangkatan dibuat bagi menyemak sama ada sesuatu pengangkatan telah didaftarkan atau belum di JPN. Cabutan daftar pengangkatan (De-Facto) dibuat jika berlaku kehilangan atau kerosakan atau gantian Sijil Anak Angkat tersebut. Permohonan Carian dan Cabutan Sijil Anak Angkat De-Facto hendaklah dikemukakan di mana-mana pejabat JPN yang mengeluarkan daftar atau Ibu Pejabat JPN Putrajaya .

Permohonan pendaftaran pengangkatan kanak-kanak boleh dibuat oleh individu berikut:

  • Pemilik Sijil Anak Angkat (jika telah memiliki kad pengenalan);
  • Ibu atau bapa angkat;
  • Adik-beradik angkat;
  • Firma Guaman atau wakil Firma Guaman yang di lantik oleh keluarga angkat(surat pelantikan asal dan satu (1) salinan Kad Pengenalan wakil Firma Guaman hendaklah disertakan).
  • Borang Permohonan Carian atau Cabutan Daftar Pengangkatan JPN.AA 02;
  • Kad Pengenalan atau pasport pemohon (asal dan salinan);
  • Sijil Pengangkatan (AM233) kanak-kanak (asal dan salinan) bagi permohonan gantian sahaja.
  • Bayaran proses RM5.00

    Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal

    Permohonan Carian Dan Cabutan Daftar Pengangkatan (De-Facto)

    Permohonan Pembetulan Maklumat Dalam Daftar Pengangkatan (De-Facto)

    Print Friendly and PDF

    Permohonan pembetulan maklumat dalam daftar pengangkatan (de-facto) dibuat sekiranya terdapat kesilapan maklumat yang bercanggah dengan fakta sebenar pemilik Sijil Anak Angkat. Permohonan Pembetulan Maklumat dalam Daftar pengangkatan di bawah Seksyen 13(1) Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253) boleh dikemukakan di mana-mana JPN.

    Permohonan pembetulan maklumat dalam daftar pengangkatan (De-factor) boleh dibuat oleh individu berikut:

  • Ibu dan bapa angkat atau ibu/bapa angkat tunggal; dan
  • Pemilik Sijil Anak Angkat.
  • Borang JPN.AA 03 yang telah lengkap diisi;
  • Kad Pengenalan atau pasport pemohon(asal dan salinan);
  • Sijil Pengangkatan (AM233) (asal atau cabutan dan satu (1) salinan ); dan
  • Akuan Berkanun SA81.
  • Bayaran proses RM10.00

    Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal

    Permohonan Pembetulan Maklumat Dalam Daftar Pengangkatan (De-Facto)

    Permohonan Pengangkatan Melalui Perintah Mahkamah

    Print Friendly and PDF

    Pemohon yang ingin mendaftarkan pengangkatan melalui perintah mahkamah perlu memohon melalui Firma Guaman yang dilantik oleh ibu bapa angkat atau Jabatan Bantuan Guaman.Permohonan perlu dikemukakan ke Ibu Pejabat JPNM, Putrajaya sahaja. Perintah Pengangkatan ini dibuat di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Sesyen. Pengangkatan ini  terpakai bagi orang bukan beragama Islam sahaja.

    Permohonan pendaftaran pengangkatan melalui perintah mahkamah kanak-kanak boleh dibuat oleh individu berikut:

    • Ibu bapa angkat atau ibu/bapa angkat tunggal;
    • Firma Guaman atau wakil Firma Guaman (Surat Rasmi Pelantikan daripada Pejabat Firma Guaman asal dan satu (1) salinan Kad Pengenalan wakil Firma Guaman hendaklah disertakan).
    • Borang JPN.AA 04 yang telah lengkap diisi;
    • Surat Litup (Letter Head) daripada Mahkamah (asal dan salinan );
    • Perintah dan Jadual Seksyen 25 (2) daripada Mahkamah (asal dan salinan );
    • Satu (1) salinan Kad Pengenalan atau pasport ibu bapa angkat atau ibu/bapa angkat (tunggal) yang telah disahkan oleh pihak Firma Guaman ; dan
    • Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal dan salinan )

    Bayaran proses RM5.00.

    Permohonan Cabutan Sijil Kelahiran (Anak Angkat) Melalui Perintah Mahkamah

    Print Friendly, PDF & Email

    Sijil Kelahiran (Anak Angkat) melalui perintah mahkamah boleh dibuat cabutan sekiranya sijil asal hilang atau rosak dengan mengemukakan. permohonan ke Ibu Pejabat JPNM, Putrajaya.

    Permohonan cabutan sijil kelahiran (anak angkat) melalui perintah mahkamah boleh dibuat oleh individu berikut:

    • Ibu bapa angkat;
    • Adik-beradik angkat;
    • Pemilik Sijil Kelahiran (Anak Angkat);
    • Firma Guaman yang dilantik oleh anak guam (surat pelantikan asal dan salinan Kad Pengenalan wakil hendaklah disertakan).
    • Borang JPN.AA 04 yang telah lengkap diisi;
    • Kad Pengenalan atau pasport Ibu bapa angkat atau atau Firma Guaman atau wakil (asal dan salinan );
    • Satu (1) salinan asal Sijil Kelahiran (Anak Angkat) kanak-kanak (jika pemohon membuat permohonan gantian sijil baru).

    Bayaran proses RM5.00.

    Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal

    Borang JPN.AA 04- Permohonan Pendaftaran Pengangkatan

    .
    X