Tag - Kad Pengenalan

Kad Pengenalan

Permohonan Cabutan Daftar Kad Pengenalan Dan Cabutan Daftar Alamat

Print Friendly and PDF

Mengikut Peraturan 12 (1) dan (2), Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) daftar tidaklah boleh dibuka untuk pemeriksaan oleh orang awam. Tiada pegawai awam, melainkan jika dibenarkan dengan wajar oleh Ketua Pengarah bagi maksud itu atau seorang pegawai polis pada menjalankan kuasa-kuasanya di bawah Bab XIII Kanun Prosedur Jenayah boleh memeriksa daftar itu;tetapi cabutan daripada daftar itu boleh, menurut budi bicara Ketua Pengarah dikeluarkan kepada pegawai awam atau pembayaran suatu fi yang ditetapkan oleh Peraturan-Peraturan ini kepada mana-mana anggota orang awam.

1. Cabutan Daftar Kad Pengenalan (JPN.KP12)

1.1 Pemohon mestilah telah memiliki Kad Pengenalan.

1.2 Pemohon atau waris mesti hadir ke mana-mana Pejabat JPN.

1.3 Waris-waris terdekat adalah seperti berikut: –

1.3.1 Ibu atau Bapa pemilik

1.3.2 Ibu atau bapa angkat pemilik

1.3.3 Anak pemilik

1.3.4 Suami/Isteri

1.3.5 Datuk atau Nenek

1.3.6 Adik beradik kandung

1.3.7 Penjaga yang sah

1.4 Borang Permohonan JPN.KP02 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

 

2. Cabutan Daftar Alamat (JPN.KP13)

2.1 Pemohon atau wakil (agensi kerajaan/agensi penguatkuasa/badan berkanun/firma guaman) mesti mengemukakan maklumat yang lengkap kepada Pejabat JPN melalui kaunter/emel rasmi Jabatan/surat untuk dibuat semakan terlebih dahulu.

2.2 Surat permohonan hendaklah dikemukakan oleh pemohon yang mempunyai kepala surat yang sah.

1. Cabutan Daftar Kad Pengenalan (JPN.KP12)

1.1 Pemohon/waris/wakil hendaklah hadir ke kaunter JPN atau pos permohonan ke Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau Pejabat JPN Ibu Negeri.

 

2. Cabutan Daftar Alamat (JPN.KP13)

2.1 Pemohon atau wakil (agensi kerajaan/agensi penguatkuasa/badan berkanun/firma guaman) mesti mengemukakan maklumat yang lengkap kepada Pejabat JPN melalui kaunter/emel rasmi Jabatan/surat untuk dibuat semakan terlebih dahulu.

2.2 Surat permohonan hendaklah dikemukakan oleh pemohon yang mempunyai kepala surat yang sah.

2.3 Permohonan yang dibuat melalui emel hendaklah dihantar ke alamat seperti di Lampiran.

1. Cabutan Daftar Kad Pengenalan (JPN.KP12)

1.1 Dokumen yang dikemukakan oleh pemilik adalah seperti berikut:

i) Kad pengenalan pemohon atau salinannya; atau

ii) Permit Masuk; atau

iii) Lain-lain dokumen seperti Sijil Kelahiran, Sijil Kematian, Lesen Memandu, Pasport, buku bank atau lain-lain dokumen yang ada mencatatkan nombor kad pengenalan.

1.2 Dokumen yang dikemukakan oleh  waris terdekat adalah seperti berikut:

i) Kad pengenalan pemohon; atau

ii) Sijil Kelahiran pemohon dan pemilik ;atau

iii) Sijil Kematian,atau

iv) Sijil Nikah;atau

v) Lain-lain dokumen yang membuktikan hubungan dengan pemilik.

 

2. Cabutan Daftar Alamat (JPN.KP13)

2.1 Dokumen yang dikemukakan oleh wakil/ agensi kerajaan/agensi penguatkuasa/ badan berkanun/firma guaman.

i) Surat dari pihak guaman bagi pihak ketiga/wakil.

ii) Surat permohonan yang mempunyai kepala surat daripada agensi kerajaan/agensi penguatkuasa/badan berkanun/ firma guaman.

Bil Jenis Cabutan Bayaran Permohonan (RM)
1 Cabutan Daftar Kad Pengenalan (JPN.KP12) RM50.00
2 Cabutan Daftar Alamat (JPN.KP13) RM50.00

Jadual:Bayaran Fi Cabutan Daftar Kad Pengenalan Dan Cabutan Daftar Alamat

–Borang PermohonanJPN.KP02
Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan dan rujukan sahaja. Sila gunakan borang asal untuk permohonan Cabutan Daftar Kad Pengenalan.

Permohonan Gantian Tukar Alamat Kad Pengenalan

Mengikut Peraturan 15, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) setiap orang yang memiliki kad pengenalan dan bertukar tempat kediaman ke suatu tempat yang  seseorang itu akan tinggal selama tempoh 90 hari atau lebih hendaklah membuat gantian penukaran alamat pada kad pengenalan.

1. Pemohon mestilah hadir dimana-mana kaunter JPN.

2. Borang Pertukaran Alamat (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

3. Alamat mestilah menggunakan alamat tinggal tetap di dalam Malaysia. Alamat tempat bekerja atau pejabat atau organisasi atau alamat peti surat (P.O. Box) tidak dibenarkan.

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan (asal).

1. Dokumen Pemohon (Asal)

1.1. Kad Pengenalan.

1. Warganegara

1.1 Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru: RM10.00

1.2 Jika pertukaran alamat dalam cip (kemaskini) tanpa melibatkan pengeluaran kad baru: RM2.00

2. Bukan Warganegara

2.1. Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru: RM40.00

2.2 Jika pertukaran alamat dalam cip (kemaskini) tanpa melibatkan pengeluaran kad baru: RM2.00

Permohonan Gantian Rosak Kad Pengenalan

Print Friendly and PDF

Mengikut Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990(Pindaan 2007) setiap orang yang kad pengenalannya rosak atau musnah hendaklah dengan segera memohon kad pengenalan gantian.

1. Pemohon mestilah hadir di mana-mana kaunter JPN; atau

2. Memohon gantian kad pengenalan hilang secara atas talian seperti berikut:

2.1. Portal www.jpn.gov.my melalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad”; atau

2.2. Perkhidmatan Phone-in di talian 03-88808066
(bagi permohonan yang tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat untuk pemohon yang bertaraf Warganegara.)

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan (asal).

1. Dokumen Pemohon (Asal)

1.1. Kad Pengenalan pemohon yang rosak semasa permohonan dibuat di kaunter; atau semasa pengambilan Kad Pengenalan baru bagi urusan permohonan melalui portal atau telefon.

1. Warganegara : RM 10.00

2. Bukan Warganegara : RM 40.00

3. Permohonan gantian Kad Pengenalan rosak dalam tempoh 12 bulan dari tarikh serahan kad yang rosak tersebut adalah PERCUMA.

4. Bayaran permohonan gantian Kad Pengenalan rosak melalui laman web diterima melalui kredit sahaja.

5. Pengembalian wang tidak akan dipertimbangkan bagi permohonan gantian Kad Pengenalan rosak yang telah diproses oleh Bahagian Kad Pengenalan.

Permohonan Pindaan Butiran Kad Pengenalan

Print Friendly and PDF

Menurut Peraturan 14, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990(Pindaan 2007) setiap orang yang memiliki kad pengenalan dan mendapati di dalam kad pengenalan mengandungi butir-butir yang pada pengetahuannya adalah tidak betul hendaklah memohon pindaan butiran kad pengenalan.

1. Pemohon mestilah hadir dimana-mana kaunter JPN

2. Pemohon telah memiliki Kad Pengenalan. Pemohon yang belum memiliki Kad Pengenalan tidak layak memohon.

3. Borang Permohonan JPN.KP16 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan (asal dan salinan).

1. Dokumen Pemohon (Asal dan Salinan)

1.1. Surat Akuan Berkanun (jika pemohon berumur kurang 18 tahun, Akuan Berkanun hendaklah dibuat oleh ibu atau bapa atau*penjaga.*Penjaga adalah datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).

1.2. Kad Pengenalan pemohon.

1.3. Sijil Kelahiran atau Sijil Anak Angkat atau Sijil Warganegara atau Pengesahan Taraf Warganegara atau Permit Masuk (yang mana berkaitan).

1.4. Pasport (jika ada).

1.5. Dokumen sokongan lain yang berkaitan dengan permohonan seperti:

1.5.1. Kad Memeluk Agama Islam daripada Jabatan Agama Islam atau Majlis Agama Islam Negeribagi mereka yang memeluk agama Islam tidak kira sama ada menukar nama atau mengekalkan nama asal; atau

1.5.2. Perintah Mahkamah Syariah atau Pengesahan Majlis Agama Islam atau Jabatan Agama Islam bagi permohonan pertukaran agama daripada Islam kepada bukan Islam dan pertukaran nama Islam kepada nama bukan Islam; atau

1.5.3. Sijil Baptisma atau Surat pengesahan memeluk agama Buddha atau Hindu atau Sikhisma bagi permohonan menukar agama yang melibatkan pertukaran nama. Jika mengekalkan nama asal, hanya perlu mengisi Lampiran “A” di kaunter dan permohonan diterima tanpa perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti di atas; atau

1.5.4. Daftar Perkahwinan KC07 yang dikeluarkan oleh JPN bagi permohonan untuk memasukkan nama suami bagi mereka yang berkahwin dengan warganegara asing sahaja; atau

1.5.5. Lain-lain dokumen yang diperlukan oleh Jabatan untuk menyokong permohonan pindaan.

1    Bayaran Proses Pindaan Butiran (Warganegara atau Bukan Warganegara): RM10.00

2    Jika permohonan Pindaan Butiran diluluskan, bayaran permohonan gantian Kad akan dikenakan seperti berikut:

2.1    Warganegara: RM10.00

2.2    Bukan Warganegara: RM40.00

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal

Borang Permohonan JPN.KP16 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

Permohonan Gantian Hilang Kad Pengenalan (MyKad/MyTentera Atau MyPR/MyKAS)

Mengikut Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990(Pindaan 2007) setiap orang yang hilang kad pengenalannya hendaklah dengan segera memohon kad pengenalan gantian.

1. Pemohon mestilah hadir dimana-mana kaunter JPN; atau

2. Memohon gantian kad pengenalan hilang secara atas talian di laman web (www.jpn.gov.my) melalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad” bagi permohonan yang tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat pemohon yang bertaraf Warganegara.

1.   Pemohon perlu hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran untuk permohonan gantian hilang kad pengenalan.
2.  Perlu mengemukakan laporan polis sama ada bagi kes kehilangan kad pengenalan akibat jenayah ataupun akibat kecuaian. Laporan polis perlu menyatakan dengan jelas butir-butir kejadian serta menyebut butir-butir Kad Pengenalan yang hilang.

1. Surat pengesahan atau Kad Kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Surat pengesahan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli atau Penghulu atau Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Pejabat Daerah atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung [bagi orang-orang miskin atau daif atau orang-orang kurang upaya (OKU)]; atau

2. Surat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Jabatan Bomba dan Penyelamat atau Penghulu atau Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Pejabat Daerah atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung [bagi orang-orang yang ditimpa bencana alam]; atau

3. Bagi kehilangan Kad Pengenalan yang disebabkan kes rompakan, samun, kecurian, malapetaka dan seumpamanya,laporan polis perlu disertakan yang menyatakan dengan jelas mengenai butir-butir kejadian dan Kad Pengenalan yang hilang.

Makluman: Bagi permohonan melalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad” di portal JPN bayaran hanya menggunakan kad kredit sahaja.

Warganegara. 
Bayaran Hilang bagi MyKad atau MyTentera Sahaja.
Jadual Pembayaran 4A

Kehilangan Bayaran Permohonan (RM) Bayaran Proses (RM) Jumlah Bayaran (RM)
Kali Pertama 10.00 100.00 110.00
Kali Kedua 10.00 300.00 310.00
Kali Ketiga dan seterusnya 10.00 1,000.00 1,010.00

Bukan Warganegara.
Bayaran Hilang bagi MyPR atau MyKAS sahaja.
Jadual Pembayaran 4B

Kehilangan Bayaran Permohonan (RM) Bayaran Proses (RM) Jumlah Bayaran (RM)
Kali Pertama 40.00 100.00 140.00
Kali Kedua 40.00 300.00 340.00
Kali Ketiga dan seterusnya 40.00 1,000.00 1,040.00

Pengembalian wang tidak akan dipertimbangkan bagi permohonan gantian hilang Kad Pengenalan yang telah diproses oleh Bahagian Kad Pengenalan atau sekiranya Kad Pengenalan lama dijumpai semula.

Permohonan Gantian Kad Pengenalan (MyPR) Bukan Warganegara

Print Friendly and PDF

Pemohon yang memegang Kad Pengenalan(MyKad) bertaraf Pemastautin Tetap hendaklah memohon gantian kad pengenalan tersebut kepada Kad Pengenalan Pemastautin Tetap(MyPR).

Pemohon mestilah hadir di mana-mana kaunter JPN

Pemohon dikehendaki datang ke mana-mana Kaunter JPN dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan(asal dan salinan).

1    Dokumen Pemohon (Asal Dan Salinan)

1.1    Kad Pengenalan.

1.2    Permit Masuk atau Cabutan Butir-Butir Daftar Kad Pengenalan (JPN.KP12).

1.3    Pasport (jika ada)

Bayaran Permohonan Gantian Kad Pengenalan(MyPR) di Bawah Peraturan 18
(BUKAN WARGANEGARA)
Permohonan yang melewati mendaftar semula selepas mencapai umur 18 tahun sehingga 25 tahun akan dikenakan bayaran proses.

Umur Bayaran Permohonan (RM) Bayaran Proses (RM) Jumlah Bayaran (RM)
Selepas 25 tahun 40.00 10.00 50.00

Permohonan Kad Pengenalan Bagi Orang Baru Tiba (OBT)

Print Friendly and PDF

Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007)  setiap orang yang tidak berada di Malaysia sepanjang tempoh umur 12 hingga 16 tahun dan bertaraf Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya dalam tempoh 30 hari dari tarikh tiba di Malaysia.

1. Pemohon mestilah berumur genap 16 tahun atau lebih.

2. Pemohon mestilah hadir di pejabat JPN Ibu Negeri atau JPN Ibu Pejabat sahaja.

3. Pemohon tidak berada di dalam Malaysia sepanjang tempoh umur 12 hingga 16 tahun (Pasport sebagai bukti perjalanan).

4. Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

5. Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh tiba di Malaysia. Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan.

Pemohon mestilah hadir di pejabat JPN Ibu Negeri atau JPN Ibu Pejabat sahaja dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan (asal dan salinan).

1. Dokumen Pemohon (Asal Dan Salinan)

1.1. Sijil Kelahiran atau Sijil Anak Angkat atau Sijil Warganegara atau Pengesahan Taraf Warganegara atau Borang Warganegara.
1.2. Pasport.

Warganegara
Jadual Pembayaran 6A
Bayaran Kad Pengenalan(MyKad) Bagi OBT

Perkara Bayaran Proses (RM) Jumlah Bayaran (RM)
Tarikh permohonan – Tarikh Tiba di Pasport < 30 hari PERCUMA TIADA BAYARAN
30 Hari < Tarikh permohonan – Tarikh Tiba di Pasport ≤ 60 hari 10.00 10.00

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal.

Permohonan Kad Pengenalan Bagi Orang Baru Tiba (OBT)

Permohonan Kad Pengenalan (MyPR) Kanak-Kanak 12 Tahun Atau Kali Pertama Bukan Warganegara

Print Friendly and PDF

Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007)  setiap orang yang bertaraf Pemastautin Tetap adalah wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya dalam tempoh 30 hari dari tarikh berumur genap 12 tahun atau dari tarikh rujukan di Permit Masuk yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

1. Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun atau lebih. Bagi pemohon berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun perlu hadir bersama penganjur. (Penganjur: Ibu atau Bapa atau *Penjaga. *Penjaga adalah datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun)

2. Pemohon mestilah hadir di Ibu pejabat JPNM Putrajaya dan Ibu Pejabat JPN Negeri sahaja.

3. Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

4. Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh berumur genap 12 tahun atau dari tarikh rujukan di Permit Masuk (cop bujur). Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan.

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter ke Ibu Pejabat JPNM dan Ibu Pejabat Negeri dengan membawa dokumen yang perlu dikemukakan (asal dan salinan).

1. Permohonan Kad Pengenalan(Mypr) Kanak-Kanak 12 Tahun Bertaraf Pemastautin Tetap

1.1. Dokumen Pemohon (Asal Dan Salinan)

1.1.1. Sijil Kelahiran atau Sijil Anak Angkat (bagi permohonan kanak-kanak berumur 12 tahun bertaraf Pemastautin Tetap yang lahir di Malaysia).

1.1.2. Permit Masuk.

1.1.3. Pasport Antarabangsa.

1.2. Dokumen Penganjur (Asal Dan Salinan)

1.2.1. Kad Pengenalan Penganjur (Ibu Atau Bapa Atau Penjaga).

1.2.2. Penjaga yang tiada mempunyai hubungan kekeluargaan, Surat Pengesahan Penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.

1.2.3. Pasport negara asal bagi penganjur yang Bukan Warganegara.

2. Permohonan Kad Pengenalan(Mypr) Kali Pertama Bertaraf Pemastautin Tetap

2.1. Dokumen Pemohon (Asal Dan Salinan)

2.1.1. Permit Masuk.

2.1.2. Pasport Antarabangsa yang masih sah laku.

Jadual Pembayaran 6A
Bayaran Permohonan Kad Pengenalan(MyPR) Kanak-kanak 12 Tahun bagi Pemastautin Tetap
(BUKAN WARGANEGARA)

Perkara Bayaran Permohonan (RM) Bayaran Proses (RM) Jumlah Bayaran (RM)
12 tahun hingga 12 tahun 30 hari 40.00 PERCUMA 40.00
12 tahun melebihi 30 hari hingga 16 tahun 40.00 10.00 50.00

Jadual Pembayaran 7A
Bayaran Kerana Lewat Memohon MyPR Bagi Pemastautin Tetap

Perkara Bayaran Permohonan (RM) Bayaran Proses (RM) Jumlah Bayaran (RM)
TARIKH PERMOHONAN – TARIKH RUJ. DIPERMIT MASUK < 30 HARI 40.00 TIADA 40.00
30 HARI < TARIKH PERMOHONAN – TARIKH RUJ. DIPERMIT MASUK ≤ 60 HARI 40.00 10.00 50.00
60 HARI < TARIKH PERMOHONAN – TARIKH RUJ. DIPERMIT MASUK ≤ 90 HARI 40.00 10.00 50.00
90 HARI < TARIKH PERMOHONAN – TARIKH RUJ. DIPERMIT MASUK ≤ 180 HARI 40.00 10.00 50.00
180 HARI < TARIKH PERMOHONAN – TARIKH RUJ. DIPERMIT MASUK 40.00 10.00 50.00

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal.

Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

Permohonan Kad Pengenalan Pesara Polis Atau Tentera

Print Friendly and PDF

Mengikut Peraturan 3(2), Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007)  setiap anggota polis atau tentera yang telah tamat perkhidmatan adalah wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat tamat perkhidmatan polis atau tentera..

1.    Pemohon mestilah hadir dimana-mana kuanter JPN.

2.   Borang permohonan JPN.KP01 boleh didapati di mana-mana pejabat JPN yang berhampiran yang telah diisi dengan lengkap. Sekiranya pemohon adalah pemegang kad pengenalan plastik (KPP) atau kad pengenalan bermutu tinggi (KPT) yang kali terakhir di pegang sebelum menyertai polis/tentera.

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan (asal dan salinan).

1    Dokumen Pemohon (Asal Dan Salinan)

1.1    Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran.

1.2    Surat tamat perkhidmatan polis atau tentera.

Bayaran PERCUMA.

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal.

Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

.
X