Tag - Penceraian

Pengemaskinian Rekod Perkahwinan (Perceraian / Pembatalan)

Pengemukaan keputusan perceraian / pembatalan perkahwinan oleh mahkamah kepada Pendaftar Besar Perkahwinan untuk mengemaskinikan rekod perkahwinan peribadi seseorang.

Rekod perkahwinan berkaitan perceraian atau pembatalan perkahwinan hanya boleh dikemaskini oleh Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya sahaja atau jika melalui pos perlu dialamatkan kepada:

Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara
(Bahagian Perkahwinan dan Perceraian)
No. 20, Persiaran Perdana
Presint 2
62551 PUTRAJAYA.

(Jika permohonan dihantar melalui pos, alamat surat menyurat yang tepat dan boleh dihubungi perlu dinyatakan)

    1. MyKad  (salinan fotostat jika melalui pos).

 

    1. Pasport ASAL (salinan fotostat di dalam mukasurat yang mengandungi maklumat diri jika melalui pos).

 

    1. Salinan fotostat Daftar Perkahwinan.

 

  1. Dikri nisi mutlak (sijil perceraian) ASAL atau salinan fotostat yang diakui sah oleh Mahkamah berkenaan atau e-filing mahkamah.
    1. Pemohon dinasihatkan untuk membuat salinan fotostat dikri nisi mutlak (sijil perceraian) bagi tujuan kegunaan peribadi di masa hadapan.

 

  1. Perkahwinan warganegara Malaysia yang didaftarkan di negara asing dan didaftarkan semula dengan kerajaan Malaysia (JPN atau perwakilan Malaysia), kemudiannya bercerai di luar negara  maka satu perintah perlu diperolehi daripada Mahkamah Tinggi Malaysia untuk menerima perceraian itu sebagai sah untuk pengemaskinian rekod perkahwinan berkenaan di JPN.
.
X