Tag - Perkahwinan

Perkahwinan

Permohonan Perlantikan Sebagai Penolong Pendaftar Perkahwinan

Print Friendly and PDF

Permohonan ini adalah bagi ahli-ahli jawatankuasa gereja, kuil dan persatuan kaum yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Penolong Pendaftar Perkahwinan bagi mengupacara dan mendaftarkan perkahwinan mengikut agama atau adat di premis seperti dinyatakan di dalam sijil perlantikan.

1.    Pemohon adalah terdiri dari Ahli Jawatankuasa Gereja, Kuil dan Persatuan Kaum yang mengendalikan hal-ehwal agama atau adat kaum tertentu yang disokong oleh Jawatankuasa Pertubuhan berkenaan.

2.    Pemohon dilantik secara sukarela dan disifatkan sebagai seorang penjawat awam serta tertakluk di bawah Kanun Keseksaan.

3.    Permohonan perlu dikemukakan di pejabat JPN dalam daerah berkenaan.

1. Borang JPN.KC16 dilengkapkan (ASAL)
2. Tiga (3) keping gambar terkini pemohon berukuran pasport
3. Salinan MyKad  pemohon
4. Salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan (Gereja / Kuil / Persatuan).
5. Salinan dokumen Bukti kelulusan pindaan nama, alamat dan Perlembagaan (jika berkaitan)
6. Salinan Perlembagaan Pertubuhan (jika berkaitan)
7. Senarai Ahli Jawatankuasa Gereja / Kuil / Persatuan semasa
8. Salinan Penyata Kewangan Tahunan Tiga Tahun Terkini untuk Persatuan sahaja
9. Salinan Sijil Akademik tidak kurang daripada kelulusan MCE /  SPM / SPMV

(Lulus subjek Bahasa Melayu) (untuk PERMOHONAN BARU SAHAJA)

10. Had umur tidak melebihi 70 tahun
11. Bukan seorang Pesuruhanjaya Sumpah.
12. Gambar-gambar dilekatkan pada kertas saiz A4: (ASAL)

12.11  Frontage’ premis.
12.2  Ciri-ciri keselamatan premis (pintu dan tingkap berjeriji).
12.3  Kabinet besi berkunci untuk menyimpan dokumen terkawal.

13. Permohonan perlanjutan mestilah dihantar kepada pejabat JPN di daerah berkenaan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh tamat perlantikan.
14. Nota: (a) Semua salinan fotostat dokumen perlu disahkan oleh Pendaftar Perkahwinan dengan menurunkan tandatangan, nama, jawatan dan cop rasmi.

(b) Tiada caj atau bayaran boleh dikenakan ke atas pasangan perkahwinan untuk pengupacaraan serta pendaftaran perkahwinan yang dijalankan secara sukarela oleh penolong pendaftar perkahwinan.

Percuma

1.    Semua salinan fotostat dokumen perlu disahkan oleh Pendaftar Perkahwinan dengan menurunkan tandatangan, nama, jawatan dan cop rasmi.
2.    Tiada caj atau bayaran boleh dikenakan ke atas pasangan perkahwinan untuk pengupacaraan serta pendaftaran perkahwinan yang dijalankan secara sukarela oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan.
3.    Pengupacaraan dan pendaftaran perkahwinan tidak boleh dijalankan di luar premis yang diluluskan sepertimana dinyatakan di dalam sijil perlantikan.

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal

JPNKC16 – Borang Permohonan Perlantikan Sebagai Penolong Pendaftar Perkahwinan

Permohonan Rujukan Ke Tribunal Perkahwinan

Print Friendly and PDF

Permohonan oleh seseorang yang bukan berugama Islam untuk merujuk kesulitan hal ehwal perkahwinan kepada tribunal perkahwinan bagi tujuan pendamaian.

Pemohon dikehendaki hadir ke kaunter JPN mengikut daerah tempat tinggal bersama terakhir  pasangan untuk mengemukakan permohonan.

Permohonan dikemukakan melalui pihak ketiga tidak diterima

1.    Borang JPN.KC14 dilengkapkan.

2.    MyKad  pemohon.

3.    Pasport ASAL dan salinan fotostat di dalam mukasurat yang mengandungi maklumat diri serta tarikh ketibaan terkini ke Malaysia bagi bukan warganegara Malaysia.

4.    Daftar Perkahwinan ASAL serta salinan fotostatnya.

5.    Dokumen sokongan sebagai bukti, jika berkaitan.

1.    RM2.00 bagi bayaran permohonan.

2.    RM20.00 jika Perakuan Tribunal JPN.KC29 dikeluarkan.

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal

JPNKC14 – Borang Permohonan Rujukan Ke Tribunal Perkahwinan

Kaveat

Print Friendly, PDF & Email

Kaveat adalah satu permohonan bantahan ke atas sesuatu permohonan perkahwinan di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara atau di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negeri sebelum perakuan perkahwinan dikeluarkan.

1.    Pemohon wajib hadir di kaunter JPN atau di Pejabat Perwakilan  Malaysia di luar negeri berkenaan di mana permohonan perkahwinan sedang dipamerkan.

2.    Kaveat hanya boleh dibuat sekiranya terdapat permohonan perkahwinan diterima dan sebelum Perakuan Untuk Perkahwinan dikeluarkan oleh Pendaftar Perkahwinan.

3.    Pemohon kaveat perlu memahami bahawa kaveat tidak boleh dikemukakan sewenang-wenangnya tanpa bukti yang kukuh dan alasan yang munasabah selaras dengan peruntukan undang-undang yang menyatakan:
Seksyen 20(7) , Akta 164:
“Jika Mahkamah Tinggi menetapkan alasan-alasan bantahan itu sebagai dangkal dan sebagai tidak sepatutnya menghalang pengeluaran perakuan untuk perkahwinan maka orang yang menyerahkan kaveat itu adalah bertanggung membayar kos bagi semua langkah-langkah pembicaraan berhubung dengannya dan gantirosak yang akan dituntut melalui guaman atau tindakan oleh pihak yang terhadap perkahwinannya kaveat itu diserahkan”

1.    Borang JPN.KC04 dilengkapkan.

2.    MyKad.

3.    Pasport ASAL serta salinan fotostat maklumat diri serta tarikh ketibaan terkini ke Malaysia di dalam paspot bagi warganegara asing.

4.    Dokumen sokongan lain sebagai bukti bantahan (jika berkaitan).

RM20.00 bagi bayaran permohonan.

Sila klik sini

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal

JPN.KC04 – Borang Kaveat Perkahwinan

Permohonan Pembetulan Kesilapan Dalam Daftar Perkahwinan

Print Friendly and PDF

Permohonan ini adalah untuk memperbetulkan kesilapan di dalam daftar perkahwinan.

    1. Permohonan ini hanya untuk memperbetulkan kesilapan yang berlaku pada masa pendaftaran perkahwinan dijalankan.

 

  1. Pemohonan boleh dikemukakan di mana-mana kaunter JPN atau jika melalui pos perlu dialamatkan kepada:Ketua Pengarah
    Jabatan Pendaftaran Negara
    (Bahagian Perkahwinan dan Perceraian)
    No. 20, Persiaran Perdana
    Presint 2
    62551 PUTRAJAYA.

    (Jika permohonan dihantar melalui pos, alamat surat menyurat yang tepat dan boleh dihubungi perlu dinyatakan).

1.    Borang JPN.KC08 dilengkapkan.

2.    MyKad pemohon (salinan fotostat MyKad jika permohonan melalui pos).

3.    Pasport ASAL (salinan fotostat di dalam mukasurat yang mengandungi maklumat diri jika permohonan melalui pos).

4.    Daftar Perkahwinan ASAL.

5.    Akuan Berkanun  berkaitan kesilapan yang dipohon.

6.    Dokumen-dokumen sokongan lain (jika berkaitan).

1.    RM2.00 bagi bayaran permohonan.

2.    RM6.00 bagi bayaran pindaan  maklumat.

–        Sila klik sini

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal

JPN.KC08 – Borang Permohonan Pembetulan Kesilapan Dalam Daftar Perkahwinan

Carian / Cabutan Daftar Perkahwinan

Print Friendly and PDF

Permohonan ini adalah bertujuan untuk carian atau cabutan Daftar Perkahwinan bagi mereka yang pernah mendaftarkan perkahwinan.

    1. Pemohonan boleh dikemukakan di mana-mana kaunter JPN atau melalui pos kepada mana-mana pejabat Jabatan Pendaftaran Negara.

 

    1. Salah seorang daripada pasangan atau anak pasangan, ibu, bapa, abang, kakak, adik atau peguam yang diberikan surat wakil kuasa sahaja yang boleh menguruskan carian dan cabutan Daftar Perkahwinan. Pihak yang tidak berkaitan dengan perkahwinan pasangan TIDAK DIBENARKAN untuk menguruskan carian atau cabutan Daftar Perkahwinan.

 

  1. Peguam yang mengemukakan permohonan bagi pihak anakguamnya perlu mengemukakan maklumat lengkap termasuk nama dan nombor MyKad beliau serta menurunkan cop rasmi guaman di Borang JPN.KC09.
1. Borang JPN.KC09:

1.1. Bahagian A dilengkapkan:

1.1.1. Nama Pasangan Lelaki & dokumen pengenalan diri

1.1.2. Nama Pasangan Perempuan & dokumen pengenalan diri

1.2. Bahagian B dilengkapkan:

1.2.1. Tarikh dan Tempat Perkahwinan; atau

1.2.2. Tahun Carian 1.2.3. Tandakan jenis permohonan.

1.3. Bahagian C dilengkapkan:

1.3.1. Nama pemohon & dokumen pengenalan diri

1.3.2. Sebab-sebab permohonan

1.3.3. Tandatangan dan Cop Rasmi (jika agensi kerajaan/ peguam)

2. MyKad ASAL bagi Warganegara (salinan fotostat jika melalui pos).
3. Paspot ASAL (salinan fotostat di mukasurat maklumat diri)(Permohonan melalui pos atau kaunter)
4. Surat kuasa daripada pemilik Daftar Perkahwinan, jika berkaitan (ASAL)
5. Surat permohonan daripada pejabat peguam jika permohonan dibuat melalui peguam (ASAL)
6. Surat permohonan daripada Pemohon jika permohonan melalui pos (ASAL)
7. Dokumen sokongan tambahan contohnya bil elektrik, air, telefon dan lain-lain yang bersesuaian jika permohonan melalui pos.
8. Bayaran:

8.1. RM5.00 bayaran bagi setiap tahun yang dikehendaki bagi carian perkahwinan

8.2. RM50.00 bagi bayaran Cabutan Daftar Perkahwinan.

8.3. RM4.00 bagi bayaran Cabutan Daftar Perkahwinan di bawah Ordinan Pendaftaran Perkahwinan 1952.

    1. RM5.00 bayaran bagi setiap tahun yang dikehendaki bagi carian perkahwinan.

 

    1. RM50.00 bagi bayaran Cabutan Daftar Perkahwinan.

 

  1. RM4.00 bagi bayaran Cabutan Daftar Perkahwinan di bawah Ordinan Pendaftaran Perkahwinan 1952.

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal

JPNKC09 – Borang Permohonan Carian / Cabutan

Permohonan Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan.

Print Friendly and PDF

Permohonan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pengesahan taraf perkahwinan bagi warganegara Malaysia yang bukan Islam sahaja yang ingin berkahwin di luar negara.

1. Permohonan boleh dikemukakan di kaunter, Ibu Pejabat JPN, Putrajaya sahaja atau jika melalui pos yang perlu dialamatkan kepada.

Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara
(Bahagian Perkahwinan dan Perceraian)
No. 20, Persiaran Perdana
Presint 2
62551 PUTRAJAYA.
(Jika permohonan dihantar melalui pos, alamat surat menyurat yang tepat dan boleh dihubungi perlu dinyatakan).

2. Tempoh sahlaku Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan adalah 150 hari dari tarikh surat dikeluarkan.

    1. Borang JPN.KC09 wajib dilengkapkan sepenuhnya terutamanya nombor dokumen pengenalan dan nama pasangan serta tahun carian.

 

    1. MyKad  (salinan fotostat MyKad jika permohonan melalui pos).

 

    1. Salinan dokumen pengenalan diri yang mengandungi maklumat diri bagi bakal pasangan bukan warganegara Malaysia.

 

    1. Surat permohonan dengan menyatakan tujuan permohonan (ASAL)

 

    1. Akuan Berkanun Pemohon yang menyatakan status perkahwinan pemohon yang terkini. Jika pemohon berada di luar negara, akuan berkanun tersebut perlu dibuat di hadapan pihak Pejabat Perwakilan Malaysia di negara terdekat (ASAL)

 

    1. Pemohon perlu memberikan surat wakil kuasa kepada ibu, bapa,anak, abang, kakak, atau peguam untuk menguruskan permohonan ini, jika berkaitan (ASAL)

 

  1. Surat permohonan daripada pihak peguam berserta surat wakil kuasa dari pemohon jika permohonan dibuat melalui peguam (ASAL)

RM5.00 bayaran bagi setiap tahun yang dikehendaki bagi carian perkahwinan.

Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan yang telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya dicadangkan untuk disahkan oleh Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) di  Putrajaya, Kuching atau Kota Kinabalu sebelum boleh digunapakai di luar negara. Sila berhubung dengan perwakilan negara asing terdekat mengenai keperluan pihak mereka.

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal

JPNKC09 – Borang Permohonan Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan

Pendaftaran Semula Perkahwinan Bagi Pasangan Bukan Islam Yang Telah Didaftarkan Mengikut Undang-Undang Negara Asing Pada Atau Selepas 01.03.1982

Print Friendly and PDF
  1. Permohonan untuk pendaftaran semula perkahwinan bagi warganegara Malaysia bukan Islam yang mendaftarkan perkahwinan di bawah undang-undang negara asing.
  2. Pendaftaran semula ini tidak terpakai bagi warganegara asing yang telah mendapat status warganegara Malaysia selepas perkahwinan beliau didaftarkan mengikut undang-undang negara asing.
  1. Pasangan dikehendaki hadir ke kaunter JPN atau pejabat perwakilan Malaysia di luar negara semasa permohonan dan pendaftaran perkahwinan.
  2. Perkahwinan yang didaftarkan di bawah undang-undang negara asing wajib didaftarkan semula dalam tempoh 6 bulan di perwakilan Malaysia di negara berkenaan. Jika pasangan masuk ke Malaysia sebelum tamatnya tempoh 6 bulan daripada tarikh perkahwinan itu maka pengiraan tempoh 6 bulan itu akan bermula dari tarikh masuk terkini ke Malaysia yang tercatit di dalam pasport.
  3. Pendaftaran perkahwinan selepas tempoh 6 bulan akan dikenakan bayaran PENALTI.
  4. Perhatian: Seksyen 35, Akta 164:
    “ Jika seseorang dikehendaki oleh Seksyen 31 supaya hadir di hadapan seorang Pendaftar dan ianya tidak hadir dalam tempoh yang ditetapkan, maka ia boleh apabila disabitkan dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau kedua-duanya.”
1. Permohonan boleh dikemukakan di
a. Jabatan Pendaftaran Negara
b. Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara
2. Borang JPN.KC06 yang lengkap
3. MyKad ASAL (Warganegara Malaysia)
4. Pasport ASAL dan salinan fotostat mukasurat yang mengandungi maklumat diri serta tarikh ketibaan terkini ke Malaysia bagi warganegara Malaysia dan warganegara asing, jika berkaitan
5. Pasport ASAL dan salinan fotostat mukasurat yang mengandungi maklumat diri serta tarikh berada di negara berkenaan semasa pendaftaran perkahwinan dilakukan bagi warganegara Malaysia dan warganegara asing
6. Dokumen pengenalan diri yang digunakan untuk tujuan pendaftaran perkahwinan oleh warganegara asing berkenaan sekiranya berkaitan
7. Satu (1) keping gambar warna berukuran pasport bagi setiap pemohon.
8. Sijil perkahwinan luar negara (ASAL dan salinan fotostat)
8.1 Sijil perkahwinan dari negara India, Thailand, Indonesia, Filipina, Nigeria, Sri Lanka, Vietnam, Kemboja, Laos atau dari mana-mana negara lain sekiranya dikehendaki, perlu:
8.2 disahkan oleh pihak perwakilan Malaysia di negara pemohon. atau kedutaan negara pemohon di Malaysia, dan
8.3 disahkan semula oleh Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) di Putrajaya, Kuching atau Kota Kinabalu.
8.4 Sijil Perkahwinan dikeluarkan oleh Kerajaan Vietnam perlu disahkan oleh Kedutaan Vietnam di Malaysia (ASAL ).
9. Sijil lahir bagi warganegara asing (ASAL dan salinan fotostat)
10. Dekri nisi mutlak (sijil perceraian), jika berkaitan (ASAL dan salinan fotostat)
11. Sijil / Daftar Kematian pasangan sebelum ini, jika berkaitan (ASAL dan salinan fotostat).
12. Surat daripada Kerajaan Myanmar yang mengesahkan   sijil perkahwinan di Myanmar adalah sah.
13. Surat pengesahan bahawa pemohon bukan beragama Islam dari kerajaannya (Iran, Iraq, Mesir, Algeria, Pakistan, Bangladesh atau negara Islam yang lain atau mana-mana negara lain sekiranya diperlukan).
14. Sila pastikan bahawa semua dokumen ASAL yang bukan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris perlu disertakan dokumen terjemahan ASAL yang diterjemahkan oleh penterjemah bertauliah dan disertakan maklumat nama penterjemah, tandatangan, jawatan, maklumat untuk dihubungi dan tarikh terjemahan.

Bagi terjemahan yang dilakukan di Mahkamah Malaysia atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia tidak perlu mendapat pengesahan Pejabat Perwakilan Negara pemohon di Malaysia dan Kementerian Luar Negeri Malaysia di Putrajaya.

RM20.00 bagi bayaran Daftar Perkahwinan

Penalti bagi pendaftaran  lewat melebihi 6 bulan dari tarikh pendaftaran perkahwinan di luar Malaysia adalah:

  1. RM100.00 bagi tahun pertama.
  2. RM50.00 bagi setiap tahun berikut atau sebahagiannya.

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal

JPNKC06-Borang Pendaftaran Perkahwinan

Pendaftaran Semula Perkahwinan Bagi Pasangan Bukan Islam Yang Telah Berkahwin Mengikut Sesuatu Undang-Undang, Adat Atau Kelaziman Sebelum 01.03.1982

Print Friendly and PDF

1. Permohonan untuk pendaftaran semula perkahwinan bagi warganegara Malaysia bukan Islam yang berkahwin mengikut sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman sebelum 01.031982.
2. Pendaftaran semula ini tidak terpakai bagi warganegara asing yang telah mendapat status warganegara Malaysia selepas perkahwinan beliau didaftarkan mengikut undang-undang negara asing.

Pasangan dikehendaki hadir ke kaunter JPN semasa permohonan dan pendaftaran perkahwinan.

  1. Borang JPN.KC06 perlu dilengkapkan.
  2. MyKad.
  3. Jika perkahwinan  diupacarakan di luar Malaysia, bukti dokumen dan dokumen perjalanan perlu dikemukakan iaitu pasport ASAL Warganegara Malaysia dan warganegara asing serta salinan-salinan fotostat paspot yang mengandungi maklumat diri, tarikh ketibaan terkini ke Malaysia, dan maklumat tarikh masuk serta keluar  dari negara berkenaan semasa perkahwinan itu didaftarkan.
  4. Satu (1) keping gambar warna berukuran pasport bagi setiap pemohon.
  5. Daftar Perkahwinan ASAL dan salinan fotostat
  6. Daftar Kelahiran ASAL anak-anak dan salinan fotostat (jika ada).
  7. Kad jemputan perkahwinan (jika ada).
  8. Gambar perkahwinan mengikut undang-undang, adat, agama atau kelaziman (jika ada)
  9. Semua dokumen, jika berkaitan perlu diterjemahkan ke dalam  Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris oleh penterjemah bertauliah dan disertakan bersama permohonan.

RM20.00 bagi bayaran Daftar Perkahwinan

Perkahwinan, jika sah mengikut undang-undang, agama, adat atau kelaziman sebelum 01/03/1982, iaitu, tarikh penguatkuasaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164],  maka ia disifatkan sebagai telah didaftarkan. Oleh itu, pendaftaran perkahwinan bagi pasangan berkaitan adalah secara sukarela.

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal

JPNKC06 – Borang Pendaftaran Perkahwinan

Pendaftaran Perkahwinan Di Bawah Ordinan Pendaftaran Perkahwinan 1952

Print Friendly and PDF

Permohonan untuk pendaftaran  perkahwinan bagi:

a. pasangan yang beragama Islam yang berkahwin di Luar Negara mengikut Hukum Syarak ; atau

b. Anak Negeri Sabah yang bukan beragama Kristian yang berkahwin mengikut adat ; atau

c. Anak Negeri Sarawak yang bukan beragama Kristian yang berkahwin mengikut adat; atau

d. Orang Asli Semenanjung Malaysia yang bukan beragama Kristian yang berkahwin mengikut adat.

Pasangan dikehendaki hadir ke kaunter JPN semasa permohonan dan pendaftaran perkahwinan.

    1. Borang JPN.KC13 yang lengkap.

 

    1. MyKad.

 

    1. Pasport ASAL dan salinan fotostat mukasurat yang mengandungi maklumat diri serta tarikh ketibaan terkini ke Malaysia jika berkaitan.

 

    1. Pasport ASAL dan salinan fotostat mukasurat yang mengandungi maklumat diri serta tarikh berada di negara berkenaan semasa pendaftaran perkahwinan dilakukan jika berkaitan.

 

    1. Dokumen pengenalan diri yang digunakan untuk tujuan pendaftaran perkahwinan jika berkaitan

 

    1. Sijil Pernikahan (Hukum Syarak) luar negara ASAL serta Sijil Pendaftaran Semula Pernikahan dari Jabatan Agama Islam berkenaan dan salinan fotostat(bagi pasangan beragama Islam) jika berkaitan.

 

    1. Sijil Perkahwinan Adat yang ASAL daripada Majlis Adat Istiadat Bumiputera Sarawak / Mahkamah Anak Negeri Sabah / Jabatan Kemajuan Orang Asli dan salinan fotostat jika berkaitan.

 

    1. Daftar Kelahiran ASAL anak-anak dan salinan fotostat (jika ada).

 

    1. Kad Jemputan Perkahwinan (jika ada) (ASAL dan salinan fotostat) (jika ada)

 

    1. Gambar perkahwinan mengikut undang-undang, adat, agama atau kelaziman (jika ada)

 

    1. Dokumen sokongan yang lain sekiranya diperlukan

 

    1. Semua dokumen jika berkaitan perlu diterjemahkan ke dalam  Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris oleh penterjemah bertauliah dan disertakan bersama permohonan.Bagi terjemahan yang dilakukan di Mahkamah Malaysia atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia tidak perlu mendapat pengesahan Pejabat Perwakilan Negara pemohon di Malaysia dan Kementerian Luar Negeri

 

RM5.00 bagi bayaran Daftar Perkahwinan.

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal

JPN.KC13 -Borang Pendaftaran Perkahwinan

.
Font Resize
X