Tag - Sabah

Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 31 (2) Dalam Sijil Kematian Bagi Kesilapan Perkeranian (Sabah)

Print Friendly and PDF

Permohonan untuk membetulkan kesilapan ejaan yang mana jika pembetulan dibuat tidak akan mengubah fakta di dalam Sijil Kematian.

Permohonan pembetulan maklumat seksyen 31 (2) boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Ibu atau bapa kandung si mati;
  2. Suami atau isteri si mati;
  3. Adik-beradik kandung si mati;
  4. Anak kandung atau anak angkat yang sah kepada si mati;
  1. Borang PSB 4 dan PSB 4A yang lengkap;
  2. Sijil Kematian si mati (asal dan salinan );
  3. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan )
  4. Sijil Nikah atau dokumen perkahwinan bagi permohonan yang dibuat oleh suami atau isteri si mati;
  5. Dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong permohonan.
  1. Bayaran pendaftaran permohonan RM5.00;
  2. Bayaran cabutan Sijil Kelahiran RM10.00.

Laporan Kematian Luar Negara (Sabah)

Setiap kematian penduduk Malaysia di luar negara, hendaklah dilaporkan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Jabatan ini akan mengemaskini maklumat kematian si mati di dalam sistem JPN dan satu (1) surat Perakuan Pengesahan Kematian akan dikeluarkan kepada pemohon.

Pemohon perlu mengisi Borang B (Kemaskini Kematian Luar Negara) dengan lengkap berserta dokumen sokongan. Laporan kematian luar negara boleh dibuat dimana-mana Pejabat JPN di seluruh Sabah.

Permohonan laporan  Kematian luar negara boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Suami atau isteri si mati;
  2. Anak si mati yang berumur 18 tahun dan ke atas;
  3. Ibu atau bapa si mati;
  4. Adik-beradik kandung si mati yang berumur 18 tahun ke atas;
  5. Individu yang mengetahui tentang kematian dan dapat mengemukakan keterangan atau bukti mengenai kematian.

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Borang B (Kemaskini Kematian Luar Negara);
  2. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati yang asal;
  3. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon; (asal dan  salinan);
  4. Dokumen bukti kematian:-

4.1   Sijil Kematian yang dikeluarkan oleh negara di mana kematian berlaku (asal dan salinan); 4.2   Terjemahan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sekiranya Sijil Kematian dalam bahasa selain daripada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris (asal dan salinan);4.3   Surat Pengesahan daripada klinik atau hospital di luar negara di mana kematian berlaku(asal dan salinan );4.4   Surat Pengesahan Kematian oleh Pejabat Kedutaan Malaysia di luar negara (asal dan salinan).

Tiada bayaran dikenakan.

Laporan Anggapan Kematian (Sabah)

Print Friendly, PDF & Email

Seksyen 8 Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Sabah CAP.123) telah menyatakan dengan jelas bahawa kematian tiap-tiap orang yang mati di Malaysia hendaklah didaftarkan kematiannya dengan syarat mayatnya dijumpai. Sehubungan dengan itu, bagi kes individu yang telah di deklarasikan sebagai telah dianggap mati oleh Mahkamah Tinggi, satu perintah Anggapan Kematian akan dikeluarkan oleh pihak mahkamah.Bagi kes anggapan kematian, Jabatan ini tidak akan mendaftarkan atau mengeluarkan sijil kematian. Walaubagaimanapun, Jabatan ini hanya akan mengemaskini maklumat individu yang telah dianggap mati oleh Mahkamah Tinggi di dalam sistem. Untuk sebarang urusan berkaitan individu yang telah dianggap mati, waris perlulah menggunakan perintah mahkamah yang telah di keluarkan oleh Mahkamah Tinggi.Permohonan untuk mengemaskini maklumat individu yang telah dianggap mati melalui perintah mahkamah hanya diuruskan oleh JPN  Ibu Pejabat Putrajaya sahaja. Walau bagaimanapun, pemaklum boleh juga mengemukakan permohonan di JPN Ibu Negeri untuk dipanjangkan ke JPN Ibu Pejabat Putrajaya.

Permohonan laporan anggapan kematian boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Ibu atau bapa pemilik Perintah Mahkamah;
  2. Suami atau isteri pemilik Perintah Mahkamah;
  3. Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik Perintah Mahkamah;
  4. Adik-beradik kandung pemilik Perintah Mahkamah;
  5. Firma Guaman;
  1. Borang B yang lengkap;
  2. Perintah Anggapan Kematian daripada Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan. (Perintah Anggapan Kematian selain daripada mahkamah yang dinyatakan tidak boleh diterima);
  3. Surat permohonan daripada Firma Guaman (sekiranya pemohon adalah Firma Guaman);
  4. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan);
  5. Kad Pengenalan anak guam (sekiranya pemohon adalah Firma Guaman) (salinan );
  6. Kad pengenalan si mati.

Tiada bayaran dikenakan.

Cabutan Sijil Kematian (Sabah)

Print Friendly and PDF

Permohonan untuk mendapatkan salinan daftar kematian oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran yang ditetapkan. Permohonan cabutan sijil kematian ini boleh dibuat di JPN Negeri dan JPN Putrajaya sahaja.

Permohonan Cabutan Sijil Kematian boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Ibu atau bapa si mati ;
  2. Suami atau isteri si mati ;
  3. Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik Sijil Kematian;
  4. Adik-beradik kandung pemilik Sijil Kematian;
  5. Firma Guaman;
  6. Badan Berkanun;
  7. Agensi kerajaan.

KATEGORI 1: INDIVIDU DALAM KATEGORI A HINGGA D

  1. Borang N2 yang lengkap;
  2. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan);
  3. Salinan sijil kematian si mati  (sekiranya ada).

KATEGORI 2: INDIVIDU DALAM KATEGORI E

  1. Borang N2 yang lengkap;
  2. Surat Rasmi Pejabat Firma Guaman untuk memohon carian dan cabutan dalam daftar;
  3. Surat lantikan daripada anak guam (pemohon);
  4. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri anak guam (pemohon) (salinan);
  5. Surat wakil kuasa untuk menguruskan permohonan (sekiranya berkaitan).

KATEGORI 3: INDIVIDU DALAM KATEGORI F DAN G

  1. Borang N2 yang lengkap;
  2. Surat Rasmi Badan Berkanun atau Agensi Kerajaan untuk memohon carian atau cabutan dalam daftar;
  3. Surat wakil kuasa pemohon untuk menguruskan permohonan (sekiranya berkaitan).

Bayaran permohonan RM 5.00. Manakala permohonan daripada Agensi Kerajaan adalah dikecualikan bayaran.

BorangN2 – Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan.Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.Bagi urusan,sila gunakan borang asal.

Pendaftaran Lambat Kematian (Sabah)

Print Friendly and PDF

Pemohonan pendaftaran kematian lambat bermaksud pendaftaran kematian dibuat pada hari ke-2 hingga hari ke-10 selepas kematian berlaku..

Permohonan pendaftaran kematian boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Waris si mati;
  2. Individu yang mengetahui tentang kematian.
  1. Borang B dan Borang N2 (cabutan) diisi dengan lengkap;>
  2. Laporan polis bagi kematian yang berlaku di rumah (asal dan salinan);
  3. Pengesahan atau perakuan kematian jika kematian berlaku di hospital (asal dan salinan);
  4. Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport pemaklum(asal dan salinan);
  5. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati. Jika tiada/hilang  laporan polis hendaklah disertakan.

Bayaran proses RM5.00.

Borang B dan BorangN2  – Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan.Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.Bagi urusan,sila gunakan borang asal.

Pendaftaran Lewat Kematian (Sabah)

Print Friendly, PDF & Email

Pemohon daftar lewat kematian adalah kematian yang berlaku di Sabah dan didaftarkan selepas hari kesepuluh dari tarikh kematian.

Permohonan pendaftaran lewat  kematian boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Ibu si mati;
  2. Bapa si mati;
  3. Anak si mati;
  4. Adik-beradik si mati;
  5. Isteri atau suami si mati;
  6. Pegawai polis yang menjalankan siasatan jika tiada waris kepada si mati.
  1. Borang B dan Borang N2 (Cabutan);
  2. Dokumen pengenalan diri si mati.;
  3. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum (asal dan salinan);
  4. Laporan Polis bagi kematian yang berlaku di rumah dan pengesahan oleh pegawai perubatan jika kematian berlaku di hospital/klinik;
  5. Keterangan Ketua Anak Negeri atau Ketua Kampung dan Akuan Saksi.

Bayaran proses RM 10.00.

Borang B dan BorangN2 – Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan.Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.Bagi urusan,sila gunakan borang asal.

Pendaftaran Biasa Kematian (Sabah)

Print Friendly and PDF

Pemohonan pendaftaran kematian biasa bermaksud setiap kematian yang berlaku di Sabah hendaklah didaftarkan dalam tempoh 24 jam dari tarikh kematian.

Permohonan pendaftaran kematian boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Waris kepada si mati;
  2. Individu yang mengetahui tentang kematian.
  1. Borang pendaftaran kematian (Borang B) dan Borang N2 (cabutan) diisi dengan lengkap;
  2. Laporan polis bagi kematian yang berlaku di rumah (asal dan salinan);
  3. Pengesahan atau perakuan kematian jika kematian berlaku di hospital (asal dan salinan);
  4. Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport waris kepada si mati atau individu yang mengetahui tentang kematian (asal dan salinan);
  5. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati yang asal. Jika tiada/hilang laporan polis hendaklah disertakan;

Tiada bayaran dikenakan.

Borang B and BorangN2  – Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan.Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.Bagi urusan,sila gunakan borang asal.

Kematian – Sabah

Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 27(3) Dalam Sijil Kematian Bagi Pembetulan Kesilapan Fakta (Sabah)

Print Friendly and PDF

Permohonan untuk membetulkan kesilapan atau memasukkan fakta di mana maklumat yang diberi pemaklum semasa pendaftaran kematian tidak betul atau tidak diperolehi.

Permohonan pendaftaran kematian boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Ibu atau bapa kandung si mati;
  2. Suami atau isteri si mati;
  3. Adik-beradik kandung si mati;
  4. Anak kandung atau anak angkat yang sah kepada si mati

DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN

  1. Borang JPN.LM21 yang lengkap;
  2. Borang JPN.LM22;
  3. Sijil Kematian si mati (asal dan salinan);
  4. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan);
  5. Sijil Nikah atau dokumen perkahwinan bagi permohonan yang dibuat oleh suami atau isteri si mati;
  6. Dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong permohonan seperti Sijil atau Kad Memeluk Agama Islam ibu atau bapa si mati, Sijil Kelahiran atau Sijil Kematian ibu atau bapa si mati dan surat kelulusan penukaran nama daripada Bahagian Kad Pengenalan, JPN;
  1. Other supporting documents such as the certificate or card certifying embracing of Islam of a parent of the deceased, Birth or Death Certificate of a parent of the deceased and the letter of approval for change of name from the Identity Card Division of NRD
  1. Bayaran pendaftaran permohonan RM2.00;
  2. Bayaran kelulusan RM5.00
  3. Bayaran cabutan Sijil Kematian RM5.00.

JPN.LM21 – Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan.Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.Bagi urusan,sila gunakan borang asal.

2. JPN.LM22 – Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan.Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.Bagi urusan,sila gunakan borang asal.

Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 30 Dalam Sijil Kelahiran Bagi Kesilapan Fakta (Sabah)

Print Friendly and PDF

Permohonan untuk membetulkan kesilapan fakta di mana maklumat selain dari nama kanak-kanak yang diberi pemaklum semasa pendaftaran kelahiran tidak betul atau tidak diperolehi.

Permohonan Pembetulan Maklumat Kesilapan Fakta boleh dibuat oleh individu berikut:

  • Pemilik Sijil Kelahiran;
  • Ibu atau bapa kandung kanak-kanak;
  • Penjaga kanak-kanak yang sah;
  • Dua (2) orang individu yang mengenali kanak-kanak.
  • Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara di Sabah dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

    DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)

  • Borang PSB 4 dan Borang PSB 4A yang lengkap;
  • Surat Akuan Sumpah;
  • Borang Maklumat Keluarga BMK-81;
  • Borang MyKid;
  • Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal dan salinan );
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri kanak-kanak (asal dan salinan );
  • Pasport atau dokumen insurans atau buku bank kanak-kanak sekiranya kanak-kanak telah mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans (asal dan salinan );
  • Gambar kanak-kanak berukuran 3R (poskad) dan berukuran pasport;
  •  

    DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)

    1.         Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan);

    2.         Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung kanak-kanak yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan;

    3.         Perkahwinan atau Sijil Perceraian atau Sijil Kematian ibu bapa kanak-kanak (asal dan salinan);

    4          Surat Kebenaran Penjagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika permohonan dibuat oleh penjaga kanak-kanak) (asal dan  salinan );

    5          Dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong permohonan seperti Sijil atau Kad  Memeluk Agama Islam ibu atau bapa kanak-kanak, Sijil Kelahiran atau Sijil Kematian ibu atau bapa kanak-kanak dan surat kelulusan penukaran nama daripada Bahagian Kad Pengenalan, JPN;

     

    DOKUMEN ADIK BERADIK (ASAL DAN SALINAN)

    1.         Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak jika ada (asal dan salinan);

  • Bayaran pendaftaran permohonan RM2.00
  • Bayaran kelulusan permohonan RM 5.00
  • Bayaran cabutan Sijil Kelahiran RM 5.00
  • BMK-81 – Borang Maklumat Keluarga

    JPN.MYKID01-Borang Permohonan MyKid

    Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

    .
    X