Tag - Sarawak

Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 13 Dalam Sijil Kelahiran Bagi Pengubahan Nama Kanak-Kanak Di Bawah Satu (1) Tahun (Sarawak)

Print Friendly, PDF & Email

Permohonan mengubah nama kanak-kanak yang telah didaftarkan hanya boleh dibuat dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kelahiran kanak-kanak itu berlaku.

Permohonan Pembetulan Maklumat seksyen 11 boleh dibuat oleh individu berikut:

  • Ibu atau bapa kandung kanak-kanak;
  • Penjaga kanak-kanak yang sah;

Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara di Sarawak dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)

  • Borang Form VIl dan Borang X yang lengkap;
  • Surat Akuan Sumpah;
  • Borang Maklumat Keluarga BMK81 dan BMK 81A;
  • Sijil Kelahiran kanak-kanak; (asal dan salinan);
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon; (asal dan salinan);
  • Pasport atau dokumen insurans atau buku bank kanak-kanak sekiranya kanak-kanak telah mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans; (asal dan salinan)
  • Gambar kanak-kanak berukuran 3R (poskad) dan berukuran pasport;
  • Surat akuan bersekolah jika kanak-kanak bersekolah;
  • Surat Akuan Penghulu di kawasan tempat tinggal kanak-kanak;

DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)

  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan);
  • Surat Kebenaran Penjagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika permohonan dibuat oleh penjaga kanak-kanak);
  • Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung kanak-kanak yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan;
  • Bayaran pendaftaran permohonan RM2.00
  • Bayaran kelulusan permohonan RM 5.00
  • Bayaran cabutan Sijil Kelahiran RM 5.00

borang x-Permohonan Carian/Cabutan

BMK 81-Borang Maklumat Keluarga

BMK-81A-Senarai Gambar Pemohon,Ibu,Bapa dan Adik beradik

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 12 Dalam Sijil Kelahiran Bagi Kemasukan Nama Kanak-Kanak (Sarawak)

Print Friendly and PDF

Permohonan ini dibuat adalah bertujuan untuk memasukkan nama kanak-kanak yang telah didaftarkan “Tiada Bernama” semasa pendaftaran kelahiran bagi kanak-kanak yang berumur kurang daripada satu (1) tahun.

Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 11 boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Pemilik Sijil Kelahiran;
  2. Ibu atau bapa kandung kanak-kanak;
  3. Penjaga kanak-kanak yang sah;

Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara di Sarawak dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)

  1. >Borang Form VII dan Borang X yang lengkap;
  2. Surat Akuan Sumpah;
  3. Borang Maklumat Keluarga BMK81;
  4. Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal dan salinan );
  5. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri kanak-kanak (asal dan Salinan)
  6. Pasport atau dokumen insurans atau buku bank kanak-kanak sekiranya kanak-kanak telah mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans (asal dan salinan );
  7. Surat akuan bersekolah jika kanak-kanak bersekolah;
  8. Surat Akuan Penghulu di kawasan tempat tinggal kanak-kanak;
  9. Dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong permohonan.

DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)

  1. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa atau Sijil Kematian ibu bapa kanak-kanak (asal dan salinan);
  2. Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung kanak-kanak yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan;
  3. Perkahwinan atau Sijil Perceraian (asal dan salinan);
  4. Surat Kebenaran Penjagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika permohonan dibuat oleh penjaga kanak-kanak) (asal dan  salinan );
  5. Dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong permohonan seperti Sijil atau Kad  Memeluk Agama Islam ibu atau bapa kanak-kanak, Sijil Kelahiran atau Sijil Kematian ibu atau bapa kanak-kanak dan surat kelulusan penukaran nama daripada Bahagian Kad Pengenalan, JPN;

DOKUMEN ADIK BERADIK (ASAL DAN SALINAN)

  1. Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak jika ada (asal dan salinan);
  1. Bayaran pendaftaran permohonan RM2.00
  2. Bayaran kelulusan permohonan RM 5.00
  3. Bayaran cabutan Sijil Kelahiran RM 5.00

Borang x-Permohonan Carian/Cabutan

BMK-81-Borang Maklumat Keluarga

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

Cabutan Sijil Kelahiran (Sarawak)

Print Friendly, PDF & Email

Permohonan untuk mendapatkan salinan daftar kelahiran oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran yang ditetapkan. Cabutan kelahiran ini boleh dibuat di Pejabat JPN Negeri dan JPN Putrajaya sahaja.

  • Pemilik Sijil Kelahiran;
  • Ibu atau bapa pemilik Sijil Kelahiran;
  • Suami atau isteri pemilik Sijil Kelahiran;
  • Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik Sijil Kelahiran;
  • Adik-beradik kandung pemilik Sijil Kelahiran;
  • Firma Guaman;
  • Badan Berkanun;
  • Agensi kerajaan.
KATEGORI 1: INDIVIDU DALAM KATEGORI 1 HINGGA 5
1.Borang X yang lengkap;
2.Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan);
3.Salinan sijil kelahiran pemilik daftar (sekiranya ada).

 

KATEGORI 2: INDIVIDU DALAM KATEGORI 6
1.Borang X yang lengkap;
2.Surat Rasmi Pejabat Firma Guaman untuk memohon carian dan cabutan dalam daftar;
3.Surat lantikan daripada anak guam (pemohon);
4.Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri anak guam (pemohon) (asal dan salinan);
5.Surat wakil kuasa untuk menguruskan permohonan (sekiranya berkaitan).

 

KATEGORI 3: INDIVIDU DALAM KATEGORI 7 DAN 8
1.Borang X yang lengkap;
2.Surat Rasmi Badan Berkanun atau Agensi Kerajaan untuk memohon carian atau cabutan dalam daftar;
3.Surat wakil kuasa pemohon untuk menguruskan permohonan (sekiranya berkaitan).

Bayaran permohonan RM 5.00. Manakala permohonan daripada Agensi Kerajaan adalah dikecualikan bayaran.

Borang x-Permohonan Carian/Cabutan

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

Pendaftaran Lambat Kelahiran Mati (Sarawak)

Print Friendly and PDF
Permohonan pendaftaran kelahiran biasa bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia dan didaftarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut dan pemaklum mestilah Ibu/bapa/saudara/orang yang mengetahui kelahiran tersebut.
Seksyen 18, Ordinan Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1951 (Sarawak Cap.10)

Pemohon perlu mengisi Borang I dan Borang X (Cabutan) dengan lengkap beserta dokumen sokongan.

  1. Dokumen Pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah
  2. Dokumen Pemeriksaan ibu mengandung
  3. Pengesahan Kelahiran atau kelahiran mati
  4. Sijil Perkahwinan ibu bapa

Bayaran permohonan : RM 5.00

Borang x-Permohonan Carian/Cabutan

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

Pendaftaran Lewat Kelahiran (Sarawak)

Print Friendly, PDF & Email

Pemohonan pendaftaran kelahiran lewat bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Sarawak yang didaftarkan selepas 42 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.

KELAYAKAN PEMOHON ATAU PENGANJUR ATAU PEMAKLUM
  • Ibu atau bapa kandung kanak-kanak;
  • Jika bapa kandung tidak diperolehi, ibu atau seorang penganjur yang mengetahui mengenai kelahiran yang umurnya 10 tahun lebih tua daripada kanak-kanak;
  • Jika bapa tidak diperolehi dan ibu telah meninggal dunia, permohonan boleh dibuat oleh dua (2) orang penganjur yang mengetahui mengenai kanak-kanak tersebut dan masing-masing berumur 21 tahun dan ke atas di mana perbezaan umur sekurang-kurangnya 15 tahun lebih tua daripada kanak-kanak;
  • Jika kanak-kanak yang baru dilahirkan hidup dan terdedah dan kelahirannya tidak didaftarkan, permohonan boleh dikemukakan oleh dua (2) orang penganjur yang merupakan Pegawai Kebajikan Masyarakat atau orang yang diberi hak penjagaan kanak-kanak mengikut AKta Perlindungan Kanak-Kanak 1991;
  • Pemohonan pendaftaran lewat kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN Sarawak yang berhampiran dengan tempat tinggal pemohon dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

    DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)
  • Borang I – Daftar Kelahiran
  • Borang X – Carian/Cabutan Daftar Kelahiran.
  • Surat pengesahan kelahiran oleh Tuai Rumah/Ketua Kampung/Kapitan/Penghulu (Borang SPK)
  • Surat pengesahan kelahiran oleh Bidan (Borang SPB)
  • Salinan kad pengenalan atau salinan sijil kematian (jika bidan telah meninggal dunia) Tuai Rumah dan Bidan
  • Gambar berukuran passport (terkini) pemohon
  • Cabutan Daftar Sekolah atau Sijil Persekolahan berserta pengesahan oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah jika kanak-kanak bersekolah dan berumur tujuh (7) tahun ke atas atau Surat Akuan Kanak-Kanak Tidak Pernah Bersekolah perlu diisi oleh Penghulu atau Ketua Kaum atau Ahli Parlimen atau ADUN dalam kawasan di mana kanak-kanak tinggal dan kanak-kanak berumur tujuh (7) tahun ke atas.
  •  

    DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)
  • Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport (ibu bapa kanak-kanak atau pemaklum atau saksi atau penganjur) atau Sijil Kematian ibu bapa kanak-kanak (asal dan  salinan);
  • Sijil Perkahwinan atau Sijil Perceraian (asal dan salinan);
  • Gambar Terkini Ukuran Pasport ibu dan bapa (satu (1) keping);
  •  

    DOKUMEN ADIK BERADIK (ASAL DAN SALINAN)
  • Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak jika ada (asal dan salinan);
  • Gambar Terkini Ukuran Pasport adik-beradik kandung seibu sebapa (satu (1) keping);
  • Borang Maklumat Keluarga BMK81 dan BMK81A;
  •  

    DOKUMEN PENGANJUR (ASAL DAN SALINAN)
  • Akuan Sumpah Berkanun SA-81 bagi dua (2) orang penganjur yang mengetahui tentang kelahiran;
  • Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport atau Sijil Kematian pemaklum atau saksi atau penganjur (asal dan salinan);
  • DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)
  • Borang I – Daftar Kelahiran
  • Borang X – Carian/Cabutan Daftar Kelahiran.
  • Kad Pranatal atau Rawatan Mengandung, Kad Kesihatan & Imunisasi Kanak-Kanak, Surat Akuan Bidan atau Doktor (asal dan salinan).
  • Discharge Summary (asal dan salinan)
  • Gambar berukuran passport (terkini) pemohon
  • Cabutan Daftar Sekolah atau Sijil Persekolahan berserta pengesahan oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah jika kanak-kanak bersekolah dan berumur tujuh (7) tahun ke atas atau Surat Akuan Kanak-Kanak Tidak Pernah Bersekolah perlu diisi oleh Penghulu atau Ketua Kaum atau Ahli Parlimen atau ADUN dalam kawasan di mana kanak-kanak tinggal dan kanak-kanak berumur tujuh (7) tahun ke atas.
  •  

    DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)
  • Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport (ibu bapa kanak-kanak atau pemaklum atau saksi atau penganjur) atau Sijil Kematian ibu bapa kanak-kanak (asal dan salinan);
  • Sijil Perkahwinan atau Sijil Perceraian(asal dan salinan);
  • Gambar Terkini Ukuran Pasport ibu dan bapa (satu (1) keping);
  •  

    DOKUMEN ADIK BERADIK (ASAL DAN SALINAN)
  • Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak jika ada (asal dan salinan);
  • Gambar Terkini Ukuran Pasport adik-beradik kandung seibu sebapa (satu (1) keping);
  • Borang Maklumat KeluargaBMK81 dan BMK-81A;
  •  

    DOKUMEN PENGANJUR (ASAL DAN SALINAN)
  • Akuan Sumpah Berkanun SA-81 bagi dua (2) orang penganjur yang mengetahui tentang kelahiran;
  • Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport atau Sijil Kematian pemaklum atau saksi atau penganjur (asal dan salinan);
  • Bayaran proses RM 10.00

    Borang x-Permohonan Carian/Cabutan

    BMK-81-Borang Maklumat Keluarga

    BMK-81A-Senarai Gambar Pemohon,Ibu,Bapa dan Adik beradik

    Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

    Pendaftaran Kelahiran Lambat (Sarawak)

    Print Friendly, PDF & Email

    Pemohonan pendaftaran kelahiran lambat bermaksud pendaftaran kelahiran dibuat pada hari ke-15 hingga hari ke-42 selepas kelahiran kanak-kanak berlaku.

    Permohonan pendaftaran kanak-kanak boleh dibuat oleh individu berikut:

    • Ibu atau bapa kanak-kanak;
    • Penjaga kanak-kanak yang sah;
    • Individu yang mengetahui tentang kelahiran kanak-kanak.
    • Ibu dan bapa kanak-kanak (Bagi pendaftaran anak tak sah taraf)

    DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)

    • Borang I dan Borang X (cabutan) diisi dengan lengkap;
    • Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Akuan Bidan/Doktor bagi kelahiran di rumah (asal);
    • Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) (asal dan salinan); dan

    DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)

    • Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport bagi ibu dan bapa atau Sijil Kematian ibu dan bapa kanak-kanak serta individu yang melaporkan kelahiran (asal dan salinan);
    • Sijil Perkahwinan atau Sijil Perceraian (asal dan salinan).

    DOKUMEN PEMAKLUM (ASAL DAN SALINAN)

    • Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport (asal dan salinan);

    Bayaran proses RM5.00.

    Borang x-Permohonan Carian/Cabutan

    Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

    Pendaftaran Biasa Kelahiran Mati (Sarawak)

    Print Friendly and PDF

    Permohonan pendaftaran kelahiran biasa bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia dan didaftarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut dan pemaklum mestilah Ibu/bapa/saudara/orang yang mengetahui kelahiran tersebut. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sarawak untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.Seksyen 14(a) dan (b), Ordinan Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1951 (Sarawak Cap.10).

    Pemohon perlu mengisi Borang I dan Borang X (Cabutan) dengan lengkap beserta dokumen sokongan.

    1. Dokumen Pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah
    2. Dokumen Pemeriksaan ibu mengandung
    3. Pengesahan Kelahiran atau kelahiran mati
    4. Sijil Perkahwinan ibu bapa

    Tiada bayaran dikenakan.

    Borang x-Permohonan Carian/Cabutan

    Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

    Pendaftaran Kelahiran Biasa (Sarawak)

    Print Friendly and PDF

    Pemohonan pendaftaran kelahiran biasa bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.

    Permohonan pendaftaran kanak-kanak boleh dibuat oleh individu berikut:

    1. Ibu atau bapa kanak-kanak;
    2. Penjaga kanak-kanak yang sah;
    3. Individu yang mengetahui tentang kelahiran kanak-kanak.
    4. Ibu dan bapa kanak-kanak (Bagi pendaftaran anak tak sah taraf)

    DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)

    1. Borang I dan Borang X (cabutan) diisi dengan lengkap;
    2. Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Akuan Bidan/Doktor bagi kelahiran di rumah (asal);
    3. Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) (asal dan salinan); dan

    DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)

    1. Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport bagi ibu dan bapa serta individu yang melaporkan kelahiran (asal dan salinan);
    2. Sijil Perkahwinan atau Sijil Perceraian (asal dan salinan).
    3. Sijil Kematian ibu bapa (asal dan salinan) (jika berkenaan)

    DOKUMEN PEMAKLUM (ASAL DAN SALINAN)

    1. Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport (asal dan salinan);

    Tiada bayaran dikenakan

    Borang x-Permohonan Carian/Cabutan

    Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

    Kelahiran – Sarawak

    .
    X