Tag - Warganegara

Warganegara

Permohonan Pembetulan Kesilapan Dalam Daftar Kewarganegaraan

Print Friendly and PDF

Bagi mereka yang berkehendakkan pembetulan butir-butir oleh kerana kesilapan, orang yang berkenaan dengan sijil itu, boleh membuat satu permohonan bertulis dalam borang yang ditetapkan.

Mengisi Borang P dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen bersaiz A4 yang perlu dibawa bersama.

Permohonan boleh diterima di mana-mana kaunter  Bahagian Kewarganegaraan Ibu Pejabat JPN Putrajaya /JPN Negeri/Cawangan atau melalui pos.

1. Kad pengenalan atau Cabutan Butir-butir dari Daftar Kad Pengenalan pemohon.

2. Sijil Warganegara asal/Sijil Pengesahah Taraf Kewarganegaraan asal/Borang W asal/Borang K asal

3. Dokumen sokongan bukti pindaan butiran

4. 3 keping gambar terbaru pemilik dokumen berukuran pasport berlatar belakangkan warna biru

5. Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil kelahiran terbaru pemohon (jika ada)

6. Dokumen perkahwinan (jika ada)

7. Jika permohonan melalui pos, hanya salinan dokumen yang perlu dikemukakan

8. Pemohonon boleh dibuat oleh:

8.1. Pemilik dokumen atau
8.2. Ibu/bapa pemilik dokumen atau
8.3. Suami/isteri pemilik dokumen atau
8.4. Anak kepada pemilik dokumen
8.5. Waris terdekat (datuk/nenek sahaja)

1. RM10.00 bayaran pendaftaran permohonan.
2. RM10.00 bayaran pengeluaran dokumen

Nota: Bayaran boleh dibuat dalam bentuk wang tunai atau wang pos dalam nilai RM10.00 sekeping.

Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal . Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri / Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.

Permohonan Pelepasan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 23 Perlembagaan Persekutuan

Print Friendly, PDF & Email

Bagi mereka yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih, sempurna akal dan yang telah menjadi atau akan menjadi warganegara asing boleh menolak taraf kewarganegaraan Malaysianya. Bagi perempuan yang telah berkahwin faktor umur tidak diambil kira.

1. Pemohon hendaklah berumur 21 tahun ke atas.

2. Sempurna akal.

3. Telah memperolehi taraf warganegara negara asing atau perakuan negara berkenaan akan menjadi warganegara negara asing.

4. Mengisi Borang K dalam 2 salinan dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang perlu dibawa bersama.

with copies of the necessary documents.

Pemohon dikehendaki hadir sendiri di mana-mana kaunter  Bahagian Kewarganegaraan JPN atau di Pejabat Konsul Malaysia di luar negara dengan melengkapi 2 keping Borang K (asal).

1. Salinan pasport Negara asing

2. Salinan sijil warganegara Negara asing atau Salinan Surat Pengesahan yang pemohon akan menjadi Warganegara asing

3. Sijil kelahiran atau Cabutan sijil kelahiran terbaru bagi kelahiran di Malaysia atau Borang W bagi kelahiran di Luar Negara (jika ada)

4. Sijil Warganegara (jika ada)

5. Kad pengenalan (jika ada)

6. 2 keping gambar pemohon berukuran pasport, berlatar belakang biru

7. Cap ibu jari kiri dan kanan pemohon

8. Borang K hendaklah ditandatangani dan disahkan dihadapan Majistret/Jaksa Pendamai/Peguamcara/Notari Awam atau Pesuruhjaya Sumpah

9. Pasport Malaysia atau lain-lain dokumen perjalanan

10. Dokumen perkahwinan (jika perempuan yang berumur bawah 21 tahun)

Nota: Semua salinan fotostat dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4

RM10.00 bayaran pendaftaran permohonan.

Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal .  Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri / Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan,  borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.

Permohonan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan – Berumur 21 Tahun Atau Lebih

Print Friendly, PDF & Email

Untuk mendapatkan satu perakuan sijil sebagai warganegara Malaysia dengan cara masukan.

1. Pemohon hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan permohonan.

2. Pemohon hendaklah berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan dikemukakan.

3. Pemohon telah bermastautin dalam Persekutuan selama tempoh kesemuanya tidak kurang daripada 10 tahun dalam 12 tahun termasuk 12 bulan terdahulu pada tarikh permohonan dikemukakan.

4. Pemohon berniat untuk bermastautin dalam Persekutuan selama-lamanya.

5. Pemohon berkelakuan baik.

6. Pemohon mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang memadai.

7. Pemohon hendaklah ditaja oleh dua orang penyokong bertaraf warganegara berumur 21 tahun ke atas, tiada talian persaudaraan, bukan orang yang diupah atau peguambela atau peguamcara dengan pemohon.

8. Mengisi Borang C dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang perlu dibawa bersama.

Pemohon dikehendaki hadir ke Kaunter Bahagian Kewarganegaraan Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN Negeri /Cawangan dan membawa bersama dokumen-dokumen asal beserta salinan.

1. DOKUMEN PEMOHON (ASAL DAN SALINAN)

1.1. Kad pengenalan.
1.2. Permit Masuk atau Cabutan Butir-Butir dari Daftar Kad Pengenalan.
1.3. Pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika ada)
1.4. Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil kelahiran terbaru atau Sijil Anak Angkat (jika ada).
1.5. Tiga (3) keping gambar terbaru berukuran pasport berlatar belakangkan warna biru.

2. DOKUMEN PENYOKONG (SALINAN)

2.1. Kad pengenalan.
2.2. Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil kelahiran terbaru (jika ada).
2.3. Sijil warganegara (jika ada).

3. DOKUMEN SUAMI, ISTERI & ANAK- ANAK (SALINAN)

3.1. Kad Pengenalan (jika ada).
3.2. Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil kelahiran terbaru (jika ada).
3.3. Sijil Warganegara (jika ada)

4. DOKUMEN IBU BAPA DAN ADIK BERADIK (SALINAN)

4.1. Kad Pengenalan (jika ada)

Nota: Semua salinan fotostat dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4

1. RM10.00 bayaran pendaftaran permohonan.

2. RM200.00 bayaran pengeluaran Sijil Warganegara bagi yang berada di Persekutuan pada Hari Merdeka, 31 Ogos 1957 (jika diluluskan).

3. RM300.00 bayaran pengeluaran Sijil Warganegara bagi yang tidak berada di Persekutuan pada Hari Merdeka, 31 Ogos 1957 (jika diluluskan).

Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal . Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri / Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.

Makluman: Borang dalam portal ini hanyalah untuk panduan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

Borang C – Permohonan Warganegara Bawah Perkara 19(1)(A)(i) Perlembagaan Persekutuan

Permohonan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan – Anak Yang Berumur Kurang Daripada 21 Tahun Kepada Warganegara

Print Friendly and PDF

Pendaftaran permohonan sebagai warganegara Malaysia oleh seseorang yang berumur dibawah dua puluh satu tahun, jika sekurang-kurangnya salah seorang daripada  ibu bapanya (atau pada masa kematiannya) seorang warganegara.

1. Pemohon dan orang yang didaftarkan hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan permohonan.

2. Orang yang didaftarkan hendaklah berumur kurang daripada 21 tahun pada tarikh permohonan dikemukakan.

3. Salah seorang dari ibu bapanya adalah seorang warganegara Malaysia.

4. Permohonan hendaklah dikemukakan oleh ibu atau bapanya atau penjaga.

5. Mengisi Borang B dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang perlu dibawa bersama.

6. Mengisi Lampiran A.15(2) iaitu Surat Akuan Persetujuan bersama permohonan kewarganegaraan Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan yang dipohon di Pejabat Konsul Luar Negara dalam tempoh satu (1) tahun daripada tarikh kelahiran.

Pemohon dan orang yang didaftarkan dikehendaki hadir ke Kaunter Bahagian Kewarganegaraan Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau Ibu Pejabat  JPN Negeri / JPN Cawangan dan membawa bersama dokumen-dokumen asal beserta salinan.

1. DOKUMEN ORANG YANG DIDAFTARKAN (ASAL DAN SALINAN)

1.1. Kad pengenalan (jika ada).
1.2. Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru atau Sijil Anak Angkat (Terjemahan sijil kelahiran dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris oleh Mahkamah/Pejabat Konsol/Penterjemah awam jika kanak-kanak lahir di luar Negara).
1.3. Permit Masuk atau pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika ada)
1.4. Tiga (3) keping gambar terbaru berukuran pasport berlatar belakangkan warna biru.
1.5. Dokumen bukti persekolahan (jika bersekolah)

2. DOKUMEN PEMOHON ATAU PENJAGA (ASAL DAN SALINAN)

2.1. Kad pengenalan

3. DOKUMEN IBU BAPA & ADIK BERADIK (ASAL DAN SALINAN)

3.1. Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil kelahiran terbaru
3.2. Kad Pengenalan
3.3. Sijil Warganegara (jika ada)
3.4. Dokumen Perkahwinan

Nota: Semua salinan fotostat dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4.

1. RM10.00 bayaran pendaftaran permohonan.

2. RM100.00 bayaran pengeluaran Sijil Warganegara (jika diluluskan).

Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal . Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri/Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.

Makluman: Borang dalam portal ini hanyalah untuk panduan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

Borang B -Permohonan Warganegara Bawah Perkara 15A & 15(2) Perlembagaan Persekutuan

Permohonan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan – Isteri Kepada Warganegara

Print Friendly and PDF

Permohonan oleh mana-mana perempuan yang bersuami dan suaminya seorang warganegara.

1. Bahawa perkahwinannya masih berterusan.

2. Bahawa ia telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh dua tahun sebelum tarikh permohonan itu dan berniat hendak berbuat demikian secara tetap.

3. Bahawa ia berkelakuan baik.

4. Bahawa perkahwinannya telah didaftarkan mengikut mana-mana undang -undang bertulis yang berkuat kuasa di Persekutuan.

1. Pemohon dan suami hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan permohonan.

2. Mengisi Borang A dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang perlu dibawa bersama.

Pemohon dan suami dikehendaki hadir ke kaunter Bahagian Kewarganegaraan JPN yang berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen asal beserta salinan.

1. DOKUMEN PEMOHON (ASAL DAN SALINAN)

1.1. Kad Pengenalan
1.2. Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil kelahiran terbaru atau Sijil Anak angkat (jika ada)
1.3. Dokumen Perkahwinan yang didaftar mengikut Undang-Undang bertulis di Malaysia
1.4. Permit Masuk atau Cabutan Butir-Butir dari Daftar Kad Pengenalan pemohon
1.5. Pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika ada)
1.6. Tiga (3) keping gambar terbaru berukuran pasport berlatar belakangkan warna biru.

2. DOKUMEN SUAMI (ASAL DAN SALINAN)

2.1. Kad Pengenalan
2.2. Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru (jika ada)
2.3. Sijil Warganegara (jika ada)
2.4. Pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika ada)
2.5. Satu (1) keping gambar terbaru berukuran pasport berlatar belakangkan warna biru.

3. DOKUMEN IBU BAPA & ADIK BERADIK (SALINAN)

3.1 Kad pengenalan (jika ada)

4. DOKUMEN ANAK ANAK (SALINAN)

4.1. Sijil Kelahiran (jika ada)
4.2. Kad Pengenalan (jika ada)

Nota: Semua salinan fotostat dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4.

1. RM10.00 bayaran pendaftaran permohonan.
2. RM300.00 bayaran pengeluaran Sijil Warganegara (jika diluluskan).

Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal . Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri/Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.

Makluman: Borang dalam portal ini hanyalah untuk panduan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

Borang A – Permohonan Warganegara Bawah Perkara 15(1) & 16 Perlembagaan Persekutuan

Permohonan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan – Pendaftaran Kewarganegaraan Dalam Keadaan Khas

Print Friendly, PDF & Email

Untuk mendaftar sebagai warganegara Malaysia oleh mereka yang berumur di bawah dua puluh satu tahun dalam keadaan khas.

1. Pemohon dan orang yang didaftarkan hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan permohonan.

2. Orang yang didaftarkan hendaklah berumur kurang daripada 21 tahun pada tarikh permohonan dikemukakan.

3. Nyatakan sebab memohon warganegara dalam keadaan khas di ruangan F dan Para A dalam borang permohonan atau sertakan lampiran berasingan jika ruangan tidak mencukupi.

4. Mengisi Borang B dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang perlu dibawa bersama.

5. Permohonan hendaklah dikemukakan oleh ibu atau bapa atau penjaga yang mempunyai talian persaudaraan.

Pemohon dan orang yang didaftarkan dikehendaki hadir ke Kaunter Bahagian Kewarganegaraan Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN Negeri / JPN Cawangan dan membawa bersama dokumen-dokumen asal berserta salinan.

1. DOKUMEN ORANG YANG DIDAFTARKAN (ASAL DAN SALINAN)

1.1. Kad Pengenalan (jika ada)

1.2. Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru atau Sijil Anak Angkat (Terjemahan sijil kelahiran dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris oleh Mahkamah/Pejabat Konsol/Penterjemah awam jika kanak-kanak lahir di luar Negara).

1.3. Permit Masuk atau pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika ada)

1.4. Dokumen bukti persekolahan (jika bersekolah)

1.5. Tiga (3) keping gambar terbaru berukuran pasport berlatar belakangkan warna biru.

2. DOKUMEN PEMOHON (ASAL DAN SALINAN)

2.1. Kad Pengenalan

3. DOKUMEN IBU ATAU BAPA ATAU PENJAGA (ASAL DAN SALINAN)

3.1. Kad pengenalan (jika ada)

3.2. Sijil Warganegara (jika ada)

3.3. Dokumen Perkahwinan (jika ada)

3.4. Perintah mahkamah mengenai penjagaan (jika ada)

Nota: Semua salinan fotostat dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4

1. RM10.00 bayaran pendaftaran permohonan.
2. RM100.00 bayaran pengeluaran Sijil Warganegara (jika diluluskan).

Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal . Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri/Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.

Makluman: Borang dalam portal ini hanyalah untuk panduan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

Borang B – Permohonan Warganegara Bawah Perkara 15A & 15(2) Perlembagaan Persekutuan

Permohonan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 16 Perlembagaan Persekutuan – Seorang Yang Lahir Di Persekutuan Sebelum Hari Merdeka (31 Ogos 1957)

Print Friendly and PDF

Untuk mendaftar sebagai warganegara Malaysia oleh seseorang yang berumur 18 tahun ke atas yang dilahirkan dalam Persekutuan sebelum Hari Merdeka.

1. Pemohon hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan permohonan.

2. Pemohon hendaklah dilahirkan dalam Persekutuan sebelum Hari Merdeka (tidak termasuk Sabah dan Sarawak).

3. Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas pada tarikh permohonan.

4. Pemohon telah bermastautin dalam Persekutuan dalam tempoh 7 tahun terdahulu dan tidak kurang daripada 5 tahun pada tarikh permohonan dikemukakan.

5. Pemohon berniat untuk bermastautin dalam Persekutuan

6. Pemohon berkelakuan baik.

7. Pemohon mempunyai pengetahuan asas Bahasa Melayu.

8. Mengisi Borang A dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang perlu dibawa bersama.

Pemohon dikehendaki hadir ke Kaunter Bahagian Kewargaanegaraan Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN / JPN Cawangan dan membawa bersama dokumen-dokumen asal beserta salinan.

1. DOKUMEN PEMOHON (ASAL DAN SALINAN)

1.1. Kad pengenalan
1.2. Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru
1.3. Pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika ada)
1.4. Dokumen perkahwinan (jika ada)
1.5 Tiga (3) keping gambar terbaru berukuran pasport berlatar belakangkan warna biru

2. DOKUMEN IBU & BAPA (SALINAN)

2.1. Kad pengenalan (jika ada)
2.2. Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru
2.3. Sijil Warganegara (jika ada)

3. DOKUMEN SUAMI ATAU ISTERI (SALINAN)

3.1. Kad Pengenalan

4. DOKUMEN ANAK-ANAK (SALINAN)

4.1. Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru (jika ada)
4.2. Kad Pengenalan (jika ada)

1. RM10.00 bayaran permohonan.

2. RM100.00 bayaran pengeluaran Sijil Warganegara (jika diluluskan).

Nota: Semua salinan fotostat dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4

Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal . Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri / Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.

Makluman: Borang dalam portal ini hanyalah untuk panduan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

Borang A – Permohonan Warganegara Bawah Perkara 15(1) & 16 Perlembagaan Persekutuan

Permohonan Carian Dalam Daftar Kewarganegaraan

Print Friendly and PDF

Bagi mereka yang hendak mendapatkan carian ke atas Surat Permohonan, Sijil, Notis, Perintah, Akuan Dalam Daftar yang diberi di bawah Bahagian lll, Perlembagaan atau di bawah peruntukan-peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1948 ia boleh membuat satu permohonan bertulis dalam borang yang ditetapkan.

Mengisi Borang O dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen bersaiz A4 yang perlu dibawa bersama.

Permohonan boleh diterima di mana-mana kaunter  Bahagian Kewarganegaraan Ibu Pejabat JPN Putrajaya /JPN Negeri/Cawangan atau melalui pos.

1. Butir-butir maklumat untuk pengeluaran carian (seperti No. Sijil, Perkara, tempat dan tarikh dikeluarkan jika ada).

2. No. Kad pengenalan pemohon (jika nama pemohon tercatat dalam Sijil Warganegara ibu/bapa, kembarkan sijil kelahiran).

3. Berikan sebab-sebab memohon carian dengan jelas dalam borang permohonan serta nyatakan tahun carian Sijil Warganegara dikeluarkan.

4. Pemohonon boleh dibuat oleh:

4.1. Pemilik dokumen atau
4.2. Ibu/bapa pemilik dokumen atau
4.3. Suami/isteri pemilik dokumen atau
4.4. Anak kepada pemilik dokumen atau
4.5. Waris terdekat (datuk/nenek sahaja)

1. RM5.00 bayaran bagi carian satu tahun atau sebahagian darinya RM5.00

2. RM5.00 bayaran bagi carian tambahan bagi setiap tahun atau sebahagian darinya RM5.00

Nota: Bayaran boleh dibuat dalam bentuk wang tunai atau wang pos dalam nilai RM5.00 sekeping.

Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal . Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri / Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.

Permohonan Cabutan Atau Salinan Diperakui Sah Dalam Daftar Kewarganegaraan

Print Friendly and PDF

Bagi mereka yang hendak mendapatkan cabutan atau salinan yang sah ke atas Borang Permohonan, Sijil, Notis, Perintah, Akuan Dalam Daftar yang diberi di bawah Bahagian lll, Perlembagaan atau di bawah peruntukan-peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1948 ia boleh dibuat dalam bentuk satu permohonan bertulis dalam borang yang ditetapkan.

Mengisi Borang N dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen bersaiz A4 yang perlu dibawa bersama.

Permohonan boleh diterima di mana-mana kaunter  Bahagian Kewarganegaraan Ibu Pejabat JPN Putrajaya /Ibu Pejabat JPN Negeri/Cawangan atau melalui pos.

1. Butir-butir maklumat untuk pengeluaran cabutan (seperti No. Sijil, Perkara, tempat dan tarikh dikeluarkan)

2. No. Kad pengenalan pemohon (jika nama pemohon tercatat dalam Sijil Warganegara ibu/bapa, kembarkan sijil kelahiran).

3. Jika pemohon adalah anak kepada pemegang sijil yang diminta dan ibu/bapa sebagai pemegang sijil telah meninggal dunia, kembarkan sijil kematian ibu bapa.

4. Berikan sebab-sebab memohon cabutan dengan jelas dalam borang permohonan.

5. Pemohonon boleh dibuat oleh:

5.1 Pemilik dokumen atau
5.2 Ibu/bapa pemilik dokumen atau
5.3 Suami/isteri pemilik dokumen atau
5.4 Anak kepada pemilik dokumen atau
5.5 Waris terdekat (datuk/nenek sahaja)

1. RM2.00 bayaran pendaftaran permohonan

2. RM5.00 bayaran pengeluaran dokumen

Nota: Bayaran boleh dibuat dalam bentuk wang tunai atau wang pos dalam nilai RM2.00 sekeping dan RM5.00 sekeping.

.
Font Resize
X