Tag - Warganegara

Permohonan Gantian Sijil Kewarganegaraan

Print Friendly and PDF

Bagi mereka yang hendak mendapatkan gantian ke atas Sijil Kewarganegaraan yang hilang, rosak atau binasa, ianya boleh membuat satu permohonan bertulis dalam borang yang ditetapkan.

Mengisi Borang P dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen bersaiz A4 yang perlu dibawa bersama.

Permohonan boleh diterima di mana-mana kaunter  Bahagian Kewarganegaraan Ibu Pejabat JPN Putrajaya /JPN Negeri/Cawangan atau melalui pos.

1. Butir-butir maklumat untuk pengeluaran gantian (seperti No. Sijil, Perkara, tempat dan tarikh dikeluarkan (jika ada).

2. Kad pengenalan pemohon atau Cabutan Butir-butir dari Daftar Kad Pengenalan.

3. Sijil Warganegara (jika ada)

4. 4 keping gambar terbaru pemilik dokumen berukuran pasport berlatar belakangkan warna biru

5. Jika permohonan melalui pos, hanya salinan dokumen yang perlu dikemukakan

6. Permohonon boleh dibuat oleh:

6.1. Pemilik dokumen atau
6.2. Ibu/bapa pemilik dokumen atau
6.3. Suami/isteri pemilik dokumen atau
6.4. Anak kepada pemilik dokumen atau
6.5. Waris terdekat (datuk/nenek sahaja)

1. RM2.00 bayaran pendaftaran permohonan
2. RM5.00 bayaran pengeluaran dokumen

Nota: Bayaran boleh dibuat dalam bentuk wang tunai atau wang pos dalam nilai RM2.00 sekeping dan RM5.00 sekeping.

Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal . Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri / Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara

Permohonan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan – Pengesahan Taraf Kewarganegaraan (Kelahiran Luar Negara)

Print Friendly and PDF

Permohonan untuk mengesahkan taraf kewarganegaraan seseorang  yang dilahirkan di luar negara berdasarkan taraf kewarganegaraan bapa.

1. Pemohon dan orang yang didaftarkan hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara / Pegawai Konsul semasa mengemukakan pemohonan selaras dengan Kaedah 28, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 (Pindaan 1996).

2. Pemohon adalah:

2.1 Bapa atau Ibu ;
2.2 Penjaga atau saudara mara terdekat.

3. Mengisi Borang D dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang perlu dibawa bersama.

Pemohon dan orang yang didaftarkan dikehendaki hadir ke Kaunter Bahagian Kewarganegaraan JPNM Ibu Pejabat Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN Setiap Negeri atau Pejabat Konsul di Luar Negara dan membawa bersama dokumen-dokumen asal berserta salinan.

1. DOKUMEN ORANG YANG DIDAFTARKAN (ASAL DAN SALINAN)

1.1 Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru (Terjemahan sijil kelahiran dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris oleh Mahkamah/Pejabat Konsol/Penterjemah awam).
1.2 Permit masuk atau pasport atau lain-lain dokumen perjalanan.
1.3 Tiga (3) keping gambar terbaru berukuran pasport berlatar belakangkan warna biru.

2. DOKUMEN IBU & BAPA (ASAL DAN SALINAN)

2.1. Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru
2.2. Kad Pengenalan (jika ada)
2.3. Pasport atau lain-lain dokumen perjalanan
2.4. Sijil Warganegara
2.5. Dokumen Perkahwinan

Nota: Semua salinan dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4. 

1. RM 20.00 bayaran pendaftaran permohonan.

2. RM 10.00 bayaran pengeluaran sijil oleh Kedutaan (jika diluluskan).

3. RM 30.00 bayaran pengeluaran sijil oleh Pendaftar Besar Warganegara dengan kelulusan Menteri Dalam Negeri

Note: Bayaran dalam bentuk wang pos boleh diterima dalam nilai RM 10.00 sekeping.

1. Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal . Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri/Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.

2. Bagi anak yang dilahirkan sebelum perkahwinan didaftarkan, taraf anak tersebut adalah mengikut taraf ibu sepertimana yang dinyatakan pada Seksyen 17, Bahagian III Jadual kedua Perlembagaan Persekutuan.

Makluman: Borang dalam portal ini hanyalah untuk panduan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

Borang D – Permohonan Daftar Lahir Luar Negara

Permohonan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan – Pengesahan Taraf Kewarganegaraan (Kelahiran Dalam Negara)

Print Friendly and PDF

Permohonan untuk mengesahkan taraf kewarganegaraan seseorang  yang dilahirkan di dalam negara berdasarkan taraf kewarganegaraan ibu atau bapa.

1. Pemohon dan orang yang hendak didaftarkan hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan pemohonan selaras dengan Kaedah 28, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 (Pindaan 1996).

2. Pemohon adalah:

2.1 Bapa atau Ibu;
2.2 Penjaga atau saudara mara terdekat;
2.3. Orang yang hendak didaftarkan sendiri.

3. Mengisi Borang E dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang perlu dibawa bersama.

Pemohon dan orang yang didaftarkan dikehendaki hadir ke Kaunter Bahagian Kewarganegaraan, Ibu Pejabat Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN setiap Negeri atau JPN Cawangan dan membawa bersama dokumen-dokumen asal beserta salinan.

1. DOKUMEN ORANG YANG DIDAFTARKAN (ASAL DAN SALINAN)

1.1 Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru
1.2 Kad Pengenalan (jika ada)
1.3 Pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika ada)
1.4 Dokumen bukti persekolahan (jika bersekolah)
1.5 Tiga (3) keping gambar terbaru berukuran pasport berlatar belakangkan warna biru.

2. DOKUMEN IBU & BAPA (ASAL DAN SALINAN)

2.1 Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru (jika ada)
2.2 Kad Pengenalan (jika ada)
2.3 Permit masuk atau pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika ada)
2.4 Sijil Warganegara (jika ada)
2.5 Dokumen Perkahwinan (jika perkahwinan berlaku di luar negara bagi pasangan islam, kemukakan pengesahan oleh Jabatan Agama Islam)

3. DOKUMEN ADIK BERADIK (ASAL DAN SALINAN)

3.1 Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru
3.2 Kad Pengenalan (jika ada)

Nota: Semua salinan dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4. 

1. RM 2.00 bayaran pendaftaran permohonan.

2. RM 10.00 bayaran pengeluaran Sijil Pengesahan Taraf (jika diluluskan).

Nota: Bayaran dalam bentuk wang pos boleh diterima dalam nilai RM 10.00 sekeping.

1. Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal . Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri/Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.

2. Bagi anak yang dilahirkan sebelum perkahwinan didaftarkan, taraf anak tersebut adalah mengikut taraf ibu sepertimana yang dinyatakan pada Seksyen 17, Bahagian III Jadual kedua Perlembagaan Persekutuan.

Makluman: Borang dalam portal ini hanyalah untuk panduan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

Borang E – Permohonan Pengesahan Taraf

.
Font Resize
X