Mengubah Nama Kanak-Kanak
MENGUBAH NAMA KANAK-KANAK BERUMUR DI BAWAH 1 TAHUN)
Permohonan mengubah nama kanak-kanak yang telah didaftarkan hanya boleh dibuat dalam tempoh 1 tahun dari tarikh kelahiran kanak-kanak itu berlaku. Pemaklum hendaklah ibu/bapa atau penjaga (jika ibu bapa telah meniggal dunia). Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sarawak untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
Seksyen 13, Ordinan Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1951 (Sarawak Cap.10)
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi Form VI dan Borang X dengan lengkap berserta dokumen sokongan. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sarawak untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen pengenalan diri ibubapa (jika bukan warganegara)
2. Dokumen pengenalan diri penjaga (jika bukan warganegara) yang dibuktikan dengan Surat Kebenaran Penjagaan dari JKM
3. Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan pindaan
4. Dokumen pengenalan diri pemohon (jika bukan warganegara) yang melebihi 21 tahun
5. Dokumen lain yang membuktikan kesilapan
BAYARAN
· RM 2.00 semasa permohonan dikemukakan.
· RM 5.00 untuk penukaran nama dalam daftar.
· RM 5.00 untuk cetakan cabutan Sijil Kelahiran.
