Author - Amirul Mohamad Sazli bin Kamarulzaman

KAD PENGENALAN PEMASTAUTIN SEMENTARA (MYKAS) – 7 JULAI 2017

1. Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) ingin membuat penjelasan bagi
mengelakkan kekeliruan orang ramai terhadap isu yang ditularkan di media sosial
dengan tajuk “Benarkah pemegang Kad Pengenalan Sementara layak mengundi”.
2. Paparan gambar Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKAS) yang ditularkan
oleh pihak tidak bertanggungjawab tersebut adalah tangkapan skrin (screenshot)
contoh MyKAS dari laman web JPN pada tahun 2012. Paparan contoh MyKAS telah
pun dipadamkan oleh JPN susulan dakwaan sama yang pernah ditimbulkan pada
tahun tersebut. Contoh MyKAS tersebut dipercayai telah disunting oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab dengan niat untuk memburukkan Jabatan ini.
3. Hasil penelitian terhadap paparan tersebut mendapati bahawa kad berwarna hijau
yang didakwa sebagai MyKAS itu sama sekali tidak menepati ciri-ciri fizikal MyKAS
yang dikeluarkan oleh JPN. Selain itu, semakan terhadap rekod JPN mendapati
bahawa ketiga-tiga nama yang dipaparkan di atas MyKAS tersebut telah
dianugerahkan taraf kewarganegaraan Malaysia sejak tahun 2004 dan 2007.
Sehubungan dengan itu, mereka layak untuk mengundi pada pilihanraya yang
dijalankan selepas mereka dianugerahkan taraf kewarganegaraan Malaysia.
Justeru, dakwaan bahawa kesemua individu ini bukan bertaraf warganegara
Malaysia dan layak mengundi walaupun hanya memiliki MyKAS adalah tidak benar
sama sekali.
4. Ciri-ciri fizikal MyKAS yang asli adalah berwarna hijau sepenuhnya dengan catatan
Pemastautin Sementara serta status kewarganegaraan pula tercatat dengan jelas
sebagai BUKAN WARGANEGARA. Gambar pemegang kad dipaparkan di ruang
kanan kad berkenaan. Kad ini memaparkan tarikh luput di bahagian tengah di muka
hadapannya.
5. Untuk makluman, MyKAS hanya dikeluarkan kepada individu bertaraf Bukan
Warganegara yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan di bawah Peraturan 5(3)
(c) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 iaitu:
i. seseorang yang memasuki Malaysia secara sah melalui suatu pas imigresen
atau permit yang sah dan dibenarkan menetap di Mlaysia bagi tempoh 12 bulan
dan ke atas; atau
ii. seseorang yang dilahirkan di Malaysia tetapi taraf kewarganegaraannya tidak
dapat ditentukan.
6. Jabatan ini ingin mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan
dakwaan yang tidak benar terutamanya paparan melalui media sosial yang ternyata
berniat tidak baik terhadap Kerajaan, khususnya JPN serta bertujuan mengelirukan
orang ramai.

Tamat

Read more...

MAKLUMAN PERUBAHAN WAKTU OPERASI PEJABAT JPN UTC SUNGAI PETANI, KEDAH

Dimaklumkan bahawa terdapat perubahan waktu operasi Pejabat JPN UTC Sungai Petani, Kedah bagi aktiviti penyelenggaraan sistem pada ketetapan berikut:

Tarikh: 5 Julai 2017 (Rabu)

Masa: 5.00 petang

Pejabat akan beroperasi seperti biasa pada 6 Julai 2017 (Khamis)

Sekian, terima kasih

Read more...

PEMBERITAHUAN PENUTUPAN OPERASI KAUNTER JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN) BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2017

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin memaklumkan kepada orang ramai berkaitan penutupan pejabat JPN di seluruh Malaysia bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2017. Jadual penutupan operasi pejabat JPN adalah sebagaimana ketetapan berikut:

TARIKH PENUTUPAN PEJABAT JPN

JPN seluruh Malaysia:
24 hingga 26 Jun 2017 (Sabtu hingga Isnin)

JPN seluruh Malaysia
(kecuali JPN Kelantan,
Terengganu, Johor dan Kedah)
27 Jun 2017 (Sabtu)

Ibu Pejabat JPN Putrajaya, JPN Negeri Selangor, JPN Negeri Perlis, JPN Negeri Sembilan dan JPN Negeri Pulau Pinang

1 Julai 2017 (Sabtu)

Ingin dimaklumkan jua, bagi cuti gantian Hari Raya Aidilfitri penutupan pejabat JPN di UTC seluruh Malaysia adalah tertakluk kepada negeri masing-masing.

Sehubungan itu, perkhidmatan kaunter JPN yang terlibat akan kembali beroperasi semula seperti biasa selepas tamat cuti hari kelepasan am Hari Raya Aidilfitri.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat JPN Putrajaya di talian 03 – 8880 7077 atau e-mel ke pro@jpn.gov.my.

Sekian, harap maklum.

Read more...

PEMBERITAHUAN PENUTUPAN OPERASI KAUNTER JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN) BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2017

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin memaklumkan kepada orang ramai berkaitan penutupan pejabat JPN di seluruh Malaysia bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2017. Jadual penutupan operasi pejabat JPN adalah sebagaimana ketetapan berikut:

PEJABAT JPN TARIKH PENUTUPAN

JPN seluruh Malaysia:
24 hingga 26 Jun 2017 (Sabtu hingga Isnin)

JPN seluruh Malaysia
(kecuali JPN Kelantan,
Terengganu, Johor dan Kedah)
24 hingga 27 Jun 2017 (Sabtu hingga Selasa)

Ingin dimaklumkan jua, bagi cuti gantian Hari Raya Aidilfitri penutupan pejabat JPN di UTC seluruh Malaysia adalah tertakluk kepada negeri masing-masing.

Sehubungan itu, perkhidmatan kaunter JPN yang terlibat akan kembali beroperasi semula seperti biasa selepas tamat cuti hari kelepasan am Hari Raya Aidilfitri.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat JPN Putrajaya di talian 03 – 8880 7077 atau e-mel ke pro@jpn.gov.my.

Sekian, harap maklum.

Read more...

MAKLUMAN PERUBAHAN WAKTU OPERASI PEJABAT JPN UTC KENINGAU, SABAH

Dimaklumkan bahawa terdapat perubahan waktu operasi  Pejabat JPN UTC Keningau, Sabah bagi urusan pengujian penambahbaikan sistem pada ketetapan berikut:

Tarikh : 19 Mei 2017 (Jumaat)

Masa : 8.00 pagi – 5.30 petang

Perkhidmatan kaunter akan beroperasi seperti biasa pada 20 Mei 2017 (Sabtu)

Sekian, terima kasih.

Read more...

MAKLUMAN PERUBAHAN WAKTU OPERASI PEJABAT JPN UTC KOTA KINABALU, SABAH

Dimaklumkan bahawa terdapat perubahan waktu operasi  Pejabat JPN UTC Kota Kinabalu, Sabah bagi urusan pengujian penambahbaikan sistem pada ketetapan berikut:

Tarikh : 17 Mei 2017 (Rabu)

Masa : 8.00 pagi – 5.30 petang

Perkhidmatan kaunter akan beroperasi seperti biasa pada 18 Mei 2017 (Khamis)

Sekian, terima kasih.

Read more...
Font Resize
X