Hebahan

PEMBERITAHUAN PEMBUKAAN SEMULA OPERASI KAUNTER JABATAN PENDAFTARAN NEGARA UTC KERAMAT

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa JPN UTC Keramat yang ditutup sementara bagi kerja-kerja penyelenggaraan sebelum ini akan kembali beroperasi seperti biasa bermula 2 Januari 2017 dan waktu operasi kaunter adalah seperti berikut:

 

Waktu Operasi : Isnin – Ahad : 8.30 pagi – 10.00 malam

 

Waktu Rehat    :

 

7.00 malam – 8.00 malam
  12.15 tengahari – 2.45 petang (Jumaat Sahaja)

 

  Hari Kelepasan Am : TUTUP

 

 

 

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi JPN UTC Keramat di talian 03-42510605/0620/0589.

Sekian, harap maklum.

 

Read more...

OPERASI KAUNTER HUJUNG MINGGU JPN IBU PEJABAT JPN DITUTUP SEMPENA HARI KRISMAS 2016

Dengan ini Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa kaunter hujung minggu di Ibu Pejabat JPN di seluruh Malaysia akan ditutup pada 24 Disember (Sabtu) bersempena Hari Krismas 2016.

Ibu Pejabat yang terlibat adalah JPN W.P. Putrajaya, JPN Negeri Sembilan, JPN Selangor, JPN Pulau Pinang dan JPN Perlis. Operasi kaunter Ibu Pejabat JPN tersebut akan kembali beroperasi seperti biasa pada 27 Disember 2016 (Selasa).

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN di talian 03 – 8880 7077 atau e-mel di pro@jpn.gov.my.

JPN juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada semua warga Malaysia yang beragama Kristian.

Sekian, harap maklum.

Read more...

PEMBERITAHUAN PEJABAT JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN) DI UTC DITUTUP SEMPENA HARI KRISMAS 2016

Dengan ini Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Pejabat JPN di UTC seluruh Malaysia (kecuali Sarawak) akan ditutup selama 2 hari mulai 24 Disember (Sabtu) dan 25 Disember 2016 (Ahad) bersempena Hari Krismas 2016. Pejabat JPN di UTC terlibat akan kembali beroperasi seperti biasa pada 26 Disember 2016 (Isnin).

 

Manakala Pejabat JPN di UTC Negeri Sarawak akan ditutup selama 3 hari mulai 24 Disember (Sabtu) hingga 26 Disember 2016 (Isnin) dan akan kembali beroperasi seperti biasa pada 27 Disember 2016 (Selasa).

 

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN di talian 03 – 8880 7077 atau e-mel di pro@jpn.gov.my.

 

JPN juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada semua warga Malaysia yang beragama Kristian.

 

Sekian, harap maklum.

Read more...

JPN NEGERI SELANGOR DITUTUP SEMPENA HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN SELANGOR DAN MAULIDUR RASUL

Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh Negeri Selangor akan ditutup selama 2 hari mulai 12.12.2016 (Isnin) hingga 13.12.2016 (Selasa) sempena hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor yang jatuh pada 11.12.2016 (Ahad) dan Sambutan Maulidur Rasul pada 12.12.2016 (Isnin). JPN di Negeri Selangor akan kembali beroperasi kembali pada 14.12.2016 (Rabu).

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN di talian 03-88807077 atau pro@jpn.gov.my

Harap maklum.

Read more...

PEMBERITAHUAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI KAUNTER JABATAN PENDAFTARAN NEGARA UTC KERAMAT

Jabatan Pendaftaran Negara  (JPN) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa JPN UTC Keramat memberhentikan operasi sementara mulai 1 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016 bagi kerja – kerja penyelenggaraan pejabat oleh pihak kontraktor.

 

Walau bagaimanapun, JPN UTC Keramat masih membuka operasi di kaunter sementara bertempat di kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) UTC Keramat, khusus untuk urusan permohonan seperti berikut:

 

  1. Gantian Kad Pengenalan (Biasa/ Hilang/ Cip Rosak/ Kemaskini Cip)
  2. Cabutan Sijil Kelahiran
  3. Cabutan Sijil Kematian
  4. Serahan Kad Pengenalan Siap

 

Selain itu bagi kemudahan dan penyampaian perkhidmatan yang berterusan, JPN WPKL akan memanjangkan waktu operasi. Orang ramai boleh mengunjungi JPN yang berhampiran seperti butiran berikut:

 

PEJABAT HARI WAKTU OPERASI KAUNTER
Jabatan Pendaftaran Negara

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Aras G, Kompleks Kementerian Dalam Negeri

Jalan Sri Hartamas 1, Off Jalan Dutamas 1

50551 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-6205 7600

 

Isnin – Jumaat

Sabtu – Ahad

Waktu Rehat (Jumaat)

7.30 pagi – 5.30 Petang

9.00 pagi – 2.00 petang

12.15 tengah hari – 2.45 petang

Jabatan Pendaftaran Negara

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Cawangan UTC Kuala Lumpur

Aras 2, Wisma UTC

Jalan Pudu (Pudu Sentral)

55100 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-2026 1264/1875

Isnin – Ahad

Waktu Rehat

Waktu Rehat (Jumaat)

8.30 pagi – 10.00 malam

7.00 malam – 8.00 malam

12.15 tengah hari – 2.45 petang

Jabatan Pendaftaran Negara

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Cawangan UTC Sentul

Aras 3, Kompleks Bandar Baru Sentul

51000 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-4040 0703/0705/0706

 

JPN memohon agar orang ramai dapat berkerjasama dan segala kesulitan amatlah dikesali.

 

Sekian, harap maklum.

Read more...

PEMBERITAHUAN MENGENAI PENUTUPAN OPERASI KAUNTER JPN CAWANGAN UTC KUALA LUMPUR PADA 19 NOVEMBER 2016 (SABTU)

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa kaunter JPN Cawangan UTC Kuala Lumpur akan ditutup pada 19 November 2016 (SABTU) berikutan daripada perhimpunan BERSIH yang akan diadakan di sekitar kawasan berhampiran dengan UTC Kuala Lumpur @ Pudu Sentral.

 

Demi mengambil kira faktor keselamatan orang awam dan juga kakitangan yang bertugas selain berkemungkinan akan berlaku kesulitan akibat jalan-jalan utama ditutup, pihak pengurusan bangunan berkenaan akan menutup akses ke bangunan.

 

Oleh yang demikian, JPN UTC Kuala Lumpur akan beroperasi semula seperti biasa pada 20 November 2016 (AHAD).

 

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN Putrajaya di talian 03 – 8880 7077 atau e-mel di pro@jpn.gov.my.

 

Sekian, harap maklum.

Read more...
Font Resize
X